omniture

SIFF 2025: Landas Pelancaran Tayangan Perdana untuk Filem Berbahasa Cina dan Promosi Global

SIFF
2025-06-22 02:39 49

SHANGHAI, 22 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Festival Filem Antarabangsa Shanghai (SIFF) ke-27 kini berlangsung dengan rancaknya, jelas menunjukkan momentum filem berbahasa Cina yang semakin melonjak. Daripada lima bahagian terasnya dan satu siri acara bertema, filem berbahasa Cina menunjukkan bukti yang hebat—muncul bukan sahaja sebagai khazanah budaya, tetapi sebagai kuasa sinematik yang membawa impak di peringkat global yang menuntut perhatian.

Dalam Pertandingan Utama, filem-filem yang berpengaruh seperti ONE WACKY SUMMER oleh Cao Baoping, MY FATHER'S SON oleh Qiu Sheng dan penampilan sulung Wang Tong melalui WILD NIGHTS, TAMED BEASTS menunjukkan keupayaan industri ini untuk menggabungkan visi artistik dengan tarikan komersial. Sementara itu, bahagian Bakat Baharu Asia mengetengahkan suara-suara baru muncul: AS THE WATER FLOWS oleh Bian Zhuo, ODDS BEATER oleh Cheng Liang, SEVEN DAYS oleh Qiu Yujie, THE LAST SUMMER oleh Shi Renfei dan WATER CAN GO ANYWHERE oleh Fang Liang, membuktikan bahawa generasi pembikin filem berbahasa Cina yang akan datang bersedia untuk meneruskan tradisi kuasa sinematik ini.

Antara filem-filem berkenaan, AS THE WATER FLOWS menyelami kerumitan dalam hubungan ibu bapa dan anak serta konflik antara generasi. "Filem ini benar-benar boleh dikaitkan dengan setiap keluarga," kata pelakon Li Zhenping, "Penonton mungkin mentafsirkannya dengan cara yang berbeza, namun mereka mempunyai harapan yang sama: agar keluarga mereka sendiri dapat berkembang dengan lebih baik dan lebih mendatangkan kepuasan." Pengarah Cheng Liang menangani subjek yang sentiasa berlaku iaitu peperiksaan kemasukan kolej kebangsaan China, gaokao, dalam karya filemnya "ODDS BEATER." Beliau berkata: "Kami menumpukan pada gaokao namun kami menceritakannya dengan cara yang tidak diduga, lebih daripada sekadar menggambarkannya. Tidak seperti sesetengah cerita yang lazimnya membangkitkan semangat, kami mengambil pendekatan yang lebih bernuansa bagi menyampaikan wajah dilema."

Selain daripada pertandingan, SIFF turut mempersembahkan Tayangan Blokbuster Filem Berbahasa Cina yang melaluinya sembilan buah filem diperkenalkan, termasuk: DONGJI RESCUE, STRANGE TALES OF LIAOZHAI: LANRUO TEMPLE, A COOL FISH 2, GIFT FROM A CLOUD, THE LYCHEE ROAD, ASSASSIN IN RED 2, MAN HUANG JIN DI, ECHOES OF ENCOUNTER dan I KNOW WHO YOU ARE. Filem-filem ini mempersembahkan kehebatan yang beraneka dalam filem berbahasa Cina secara kolektif pada tahun 2025.

DONGJI RESCUE oleh Guan Hu yang dirakam dengan teknologi IMAX, mengisahkan tentang misi menyelamat WWII. Penerbit Liang Jing menyatakan, "Ramai daripada mereka yang dapat meneroka potensi mereka yang belum diterokai dan melakar kejayaan yang besar dalam bidang lakonan. Pelakon Ni Ni menjalani latihan bina badan khas untuk wataknya."

Di samping itu, sebagai bahagian yang penting dalam pawagam Cina, filem-filem Hong Kong telah lama menjadi daya penggerak kepada inovasi dan pertukaran dalam industri filem berbahasa Cina. Festival ini turut menganjurkan forum "Hong Kong New Power Projects Showcase" ("Tayangan Projek Kuasa Baharu Hong Kong") yang memfokuskan pada kolaborasi industri dan juga inovasi. Sementara itu, forum "New Opportunities for Southeast Asian and Chinese-Language Cinema" ("Peluang Baharu untuk Pawagam Asia Tenggara dan Bahasa Cina") menghimpunkan penerbit dan pengedar dari Hong Kong dan seluruh rantau ini untuk meninjau peluang penerbitan bersama dan strategi pemasaran rentas sempadan. Seperti yang dikatakan oleh En. Mak Sing Hei: "Sebagai platform yang penting untuk mempromosikan pertukaran budaya dalam industri perfileman, Festival Filem Antarabangsa Shanghai sentiasa terlibat secara aktif, dengan harapan dapat memberi peluang untuk memaparkan dan membangunkan karya serta bakat filem Hong Kong."

Source: SIFF
Keywords: Entertainment Film & Motion Picture Awards