SINGAPURA dan LONDON, 23 Jun 2025 /PRNewswire/ -- GoNetZero, pengupaya bagi penyahkarbonan global dalam perolehan tenaga bersih dan pengurusan karbon, dengan sukacitanya mengumumkan satu kolaborasi bersama Anvil Analytical, penyedia SaaS bagi analitis perolehan dan karbon yang berpangkalan di UK. Mereka bersama-sama bermatlamat untuk membantu organisasi-organisasi memperoleh cerapan yang lebih jelas dan boleh diambil tindakan merentas emisi Skop 1, 2 dan 3.
Perikatan ini akan menggabungkan kekuatan GoNetZero dalam data emisi operasi dengan kepakaran Anvil dalam analisis karbon peringkat pembekal dan berasaskan perbelanjaan yang menawarkan pandangan yang lebih lengkap kepada perniagaan mengenai profil emisi mereka merentas rantaian nilai.
"Ramai pelanggan kami yang sedang mencari satu pandangan yang lancar tentang emisi mereka - merentas Skop 1, 2 dan 3. Perkongsian ini memberikan dengan tepat apa yang diinginkan," kata Soon Sze Meng, Ketua Pegawai Eksekutif di GoNetZero. "Dengan menggabungkan keupayaan mendalam GoNetZero dalam mengukur data emisi operasi dengan cerapan Anvil pada peringkat pembekal, kami boleh menawarkan perniagaan dengan kejelasan dan keyakinan yang mereka perlukan untuk memenuhi jangkaan kelestarian yang semakin meningkat, secara meluas."
Meskipun emisi Skop 3 tetap menjadi cabaran yang rumit dan kian berkembang, perkongsian ini dapat membantu mengatasinya dari kedua-dua sisi – menghimpunkan data operasi dan anggaran berkaitan perolehan serta menyokong pelaporan kelestarian dan tindakan rantaian bekalan yang lebih teguh. Kolaborasi ini akan menyokong organisasi-organisasi pada pelbagai peringkat dalam perjalanan karbon mereka, bermula dengan mewujudkan garis dasar hinggalah meningkatkan kebolehlihatan pada peringkat pembekal.
"Skop 3 selalunya merupakan bahagian isu yang paling sukar, namun ia tidak perlu kekal sukar seperti itu," kata Steve Harrison, Ketua Pegawai Eksekutif di Anvil Analytical. "Perkongsian dengan GoNetZero ini membantu mengubah perkara yang tidak diketahui menjadi garis dasar dan anggaran menjadi strategi. Kami teruja untuk bekerjasama dengan rakan kongsi yang misinya benar-benar sejajar dengan misi kami: menjadikan kelestarian dipacu data boleh dicapai, praktikal dan boleh skala."
Dengan tuntutan kawal selia yang semakin ketat dan penelitian pihak berkepentingan yang kian meningkat, keupayaan untuk menjajarkan cerapan emisi, walaupun tanpa saling kendali yang lengkap, menawarkan langkah ke hadapan yang bermakna. Kolaborasi ini akan membolehkan GoNetZero dan Anvil membantu syarikat-syarikat beralih daripada data berpecah-pecah kepada keputusan iklim yang lebih termaklum. Sebagai perniagaan pengurusan karbon Sembcorp Industries yang disenaraikan di Singapura, GoNetZero memperkasakan organisasi-organisasi di seluruh dunia untuk mencapai matlamat penyahkarbonan mereka melalui penyelesaian digital dan atribut alam sekitar yang disahkan.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi gonetzero.ai dan anvilanalytical.com.
- Tamat -
Hubungan media: press@gonetzero.ai / Steve.Harrison@anvilanalytical.com
Hubungan komersial: connect@gonetzero.ai / Richard.Brown@anvilanalytical.com