SINGAPURA, 23 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Anytime Fitness, rangkaian kecergasan 24-jam yang terbesar di Asia melancarkan kempen jenamanya yang paling memberi impak setakat ini: "Train For Your Life" ("Berlatih Demi Kehidupan Anda"), satu pelancaran peringkat serantau yang hebat di seluruh Singapura, Malaysia, Filipina, Indonesia, Hong Kong (China), Thailand, Vietnam dan Taiwan (China).
Kempen ini diadakan sebagai tindak balas kepada cerapan baharu daripada kajian pengguna peringkat serantau yang mendedahkan perubahan besar dalam motivasi kecergasan orang ramai. Menjangkau hampir 9,000 individu dalam lapan pasaran, tinjauan ini menunjukkan 61% responden mengutamakan tidur yang lebih nyenyak dan 49% menumpukan pada kesejahteraan mental, mengutamakan kedua-dua aspek ini melebihi matlamat lazim seperti pengurusan berat badan atau kekuatan. Walaupun 60% memilih senaman sebagai strategi kecergasan yang paling penting, hanya 14% menggunakan gimnasium komersial dan kebanyakannya bergantung pada pergerakan harian—kerja-kerja harian, pergerakan berulang-alik, senaman di rumah.
Lebih daripada sekadar dorongan pemasaran, "Train For Your Life" merealisasikan tujuan jenama ini iaitu meraikan perjalanan, cabaran dan kejayaan ahli yang autentik, lantas mengesahkan Anytime Fitness yang bukan sekadar gimnasium, tetapi rakan sepanjang hayat dalam setiap peringkat kehidupan. Aspek utama kempen ini ialah SmartCoaching Ecosystem daripada jenama ini yang menghubungkan latihan, pemakanan dan pemulihan ke dalam satu pengalaman yang dikuasakan oleh aplikasi yang lancar.
"Misi kami adalah sentiasa untuk menyokong ahli-ahli kami bukan sahaja dalam senaman, tetapi dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat dan lebih yakin," kata Johannes Raadsma, Presiden & Pengasas Inspire Brands Asia (IBA). "Kempen ini merupakan satu ekspresi berani terhadap komitmen berkenaan, sama ada anda baru bermula, kembali semula selepas berehat atau sedang mengemudi tempoh peralihan kehidupan."
Disokong oleh jejak terbaik di peringkat serantau yang menghampiri 500 kelab menganjurkan 2.5 juta lawatan bulanan—dan 5,600 kelab di peringkat global—Anytime Fitness terus menerajui industri ini melalui tumpuannya pada komuniti dan latihan, relevansi tempatan yang mendalam dan inovasi.
"Menjadi relevan bererti boleh dihubungkaitkan," kata Luke Guanlao, Ketua Pegawai Eksekutif IBA Group. "Kami tidak menggesa kesempurnaan—kami menyokong kemajuan. Hal inilah yang membezakan Anytime Fitness sebagai jenama kecergasan yang terbesar, paling inklusif dan paling mudah dicapai yang menawarkan akses selama 24 jam, kesalingan global dari hari pertama dan sokongan yang holistik demi kehidupan sebenar."
Latar Belakang Inspire Brands Asia (IBA)
Inspire Brands Asia (IBA) ialah penerima francais induk serantau Anytime Fitness yang memenangi pelbagai anugerah, menyelia rangkaian yang menghampiri 500 kelab pada tahun 2025 di seluruh Asia Tenggara, dengan lebih daripada 100 berada di bawah pengurusan korporat. Beroperasi dalam pasaran yang dinamik termasuk Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Hong Kong (China), Taiwan (China), Thailand dan Vietnam, IBA menguasai rangkaian kecergasan terbesar di rantau ini yang dikuasakan oleh lebih 1,400 orang pekerja di seluruh organisasi ini.
Latar Belakang Anytime Fitness
Anytime Fitness ialah jenama kecergasan yang terbesar dan berkembang paling pantas di dunia, dengan purata 300 kelab baharu setiap tahun dan dalam masa yang sama menawarkan perkhidmatan kepada lebih 5 juta ahli di lebih 5,600 kelab di 42 negara dan wilayah merentas ketujuh-tujuh benua. Dibuka 24 jam sehari, 365 hari setahun, Anytime Fitness memberikan latihan kesihatan dan kesejahteraan diperibadikan dan berpatutan, bimbingan, pemakanan dan panduan pemulihan untuk ahli-ahli kami—di kelab, di rumah mereka, di dalam poket mereka, di mana-mana sahaja mereka berada dan pada bila-bila masa mereka memerlukannya. Semua kelab francais dimiliki dan dikendalikan secara berasingan dan ahli-ahli mendapat akses kepada mana-mana kelab Anytime Fitness di seluruh dunia.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi www.anytimefitness.my.