SINGAPURA, 23 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Satu Padu (ICCS) akan kembali untuk edisi ketiganya mulai 24 hingga 26 Jun 2025 di Singapura. Program Pemimpin Muda (YLP) ICCS akan menyusul mulai 26 hingga 28 Jun 2025. Acara ini akan menghimpunkan lebih 1,000 pemimpin pemikiran global, penggubal dasar, pengamal komuniti dan pemimpin muda dari lebih 50 negara untuk bertukar-tukar idea serta membangunkan penyelesaian bagi memupuk masyarakat pelbagai budaya yang bersatu padu dan bingkas.
1. ICCS, bertemakan "Masyarakat Satu Padu, Masa Depan Bingkas" dianjurkan oleh S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS) dan disokong oleh Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY). Persidangan selama tiga hari ini bertujuan untuk menggalakkan perbincangan mengenai faham pelbagai budaya dan apa yang diperlukan untuk mencapai keharmonian dalam hal kepelbagaian di dunia yang semakin berpecah belah ini.
2. Wakil-wakil akan mengambil bahagian dalam sidang pleno, bengkel dan sesi sampingan, meneroka pendekatan praktikal terhadap perpaduan sosial melalui tiga tonggak utama: Membongkar Faham Pelbagai Budaya, Mengemudi Ketidakpastian dan Menempa Kebingkasan Masyarakat. Topik-topik yang akan dibincangkan termasuk asas untuk memupuk keharmonian dan kebingkasan, mengemudi polarisasi dan faham pelampau serta membina kemahiran praktikal dalam bidang-bidang seperti pengantaraan dan resolusi konflik. Penemuan awal daripada edisi Southeast Asian Social Cohesion Radar 2025 akan turut dibentangkan.
3. En. Tharman Shanmugaratnam, Presiden Republik Singapura akan menyampaikan ucapan pembukaan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Sultan Perak Malaysia dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong akan menyampaikan ucaptama pada hari kedua manakala En. Edwin Tong, Menteri Undang-undang Singapura dan Menteri Kedua Hal Ehwal Dalam Negeri akan menyampaikan ucaptama pada hari ketiga.
4. Lebih daripada 60 pemimpin pemikiran dari seluruh dunia akan berucap di ICCS, termasuk:
a) Prof Dr Nasaruddin Umar, Menteri Hal Ehwal Agama, Indonesia dan Imam Besar Masjid Negeri Istiqlal
b) Yang Mulia Napan Thawornbanjob, Pengerusi Pengasas Institute of Buddhist Management for Happiness and Peace (IBHAP) Foundation, Thailand
c) En. Ahmed Aboutaleb, bekas Datuk Bandar Rotterdam, Belanda
d) Monsignor Indunil Kodithuwakku, Setiausaha Dikasteri untuk Dialog Antara Agama, Vatican
Program Pemimpin Muda (YLP)
5. YLP menghimpunkan pemimpin baru muncul dari seluruh dunia untuk mencipta secara bersama inisiatif yang mengukuhkan perpaduan sosial. Lebih daripada 100 wakil akan mengambil peranan aktif sebagai kurator bersama, pemudah cara dan banyak lagi. Wakil-wakil turut meneroka isu-isu dunia sebenar seperti sifat berat sebelah tanpa sengaja dalam kesukarelawanan dan etika AI dalam masyarakat beragama dan dalam masa yang sama membina kemahiran dalam pemikiran kritis dan pengantaraan.
6. Untuk maklumat lanjut mengenai ICCS 2025 kunjungi: www.iccs.sg/iccs-2025/, Facebook, Instagram, LinkedIn dan X.
Latar Belakang S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS)
S. Rajaratnam School of International Studies (RSIS) ialah sebuah sekolah pengajian siswazah global dan kumpulan pemikir yang memfokuskan pada kajian strategik dan hal ehwal keselamatan. Untuk maklumat lanjut mengenai RSIS, kunjungi: https://rsis.edu.sg/
Latar Belakang Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY)
Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Singapura bermatlamat untuk lebih memfokuskan pada usaha bagi membina sebuah masyarakat yang lebih bersatu padu dan bertenaga, serta memperkukuh semangat jati diri bangsa dan rasa kekitaan. Untuk maklumat lanjut mengenai MCCY, kunjungi: https://www.mccy.gov.sg/about-us/our-ambition/.
Persidangan Antarabangsa mengenai Masyarakat Satu Padu 2025
Semua aset media untuk ICCS 2025 boleh dicapai melalui pautan di bawah sehingga 30 Jun 2025
Pautan
Sekiranya gambar digunakan dalam laporan anda, sila beri kredit kepada Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia