omniture

Automasi Pintar Bertemu Inovasi Perubatan: ICP DAS & ICP DAS-BMP di Manufacturing World Tokyo 2025

ICP DAS Co., Ltd.
2025-06-24 09:15 71

HSINCHU, 24 Jun 2025 /PRNewswire/ -- ICP DAS dan unit perniagaan bioperubatannya, ICP DAS-BMP, dengan sukacitanya mengumumkan penyertaan mereka di Manufacturing World Tokyo 2025 iaitu salah satu pameran perdagangan industri terulung Asia yang diadakan mulai 9–11 Julai 2025 di Makuhari Messe, Chiba, Jepun.

Image by ICP DAS
Image by ICP DAS

ICP DAS akan mempamerkan kemajuan terkininya dalam pengurusan tenaga, automasi industri dan integrasi IoT. Sorotan termasuk meter kuasa pintar siri PM, pengawal pintar siri PMC dan perisian pengurusan awan IoTstar—alatan yang dapat membantu perusahaan memantau dan mengoptimumkan penggunaan tenaga. Turut dipamerkan ialah modul I/O jarak jauh, serta laluan Modbus TCP/RTU siri tGW, penukar port bersiri siri tSH dan pencatat data siri DL-10—menawarkan penyelesaian boleh skala untuk persekitaran industri.

ICP DAS-BMP akan memperkenalkan portfolio bahan TPU (poliuretana termoplastik) gred perubatannya yang semakin berkembang untuk kegunaan jangka pendek dan tempoh implantasi sehingga 90 hari. Sorotannya ialah siri Engineering Arothane™ EARP-35X2, TPU aromatik yang dibangunkan sebagai bahan tambahan untuk rawatan ortodontik. Dikenali lantaran kekuatan mekanikal, kestabilan dimensi dan biokompatibiliti yang sangat baik, ia memastikan prestasi yang boleh diharapkan dalam bidang penjagaan kesihatan.

Turut dipamerkan ialah pelet TPU yang disesuaikan khusus untuk kateter dan sten invasif, salutan wayar pandu, penyambung Luer-Lock dan peranti perubatan radiolegap. Dengan kebolehprosesan yang cemerlang, sifat-sifat mekanikal dan pematuhan ISO 10993, ia menawarkan penyelesaian bahan yang fleksibel untuk beraneka keperluan pembangunan produk perubatan.

Dengan memanfaatkan kepakaran automasi selama tiga dekad lamanya daripada ICP DAS, ICP DAS-BMP mengintegrasikan sains bahan dengan pembuatan pintar. Pensijilan ISO 13485 dan makmal khusus memastikan kawalan kualiti yang ketat dan sokongan responsif, termasuk pesanan tersuai dalam kuantiti kecil.

Kunjungi ICP DAS dan ICP DAS-BMP di Dewan 4, Reruai No. 22-39 bagi meneroka penyelesaian yang memacu kilang pintar dan inovasi penjagaan kesihatan.

Latar Belakang ICP DAS dan ICP DAS-BMP 

Ditubuhkan pada tahun 1993, ICP DAS ialah peneraju global bagi automasi industri yang menyediakan penyelesaian untuk Industri 4.0 dan Internet Industri Pelbagai Benda (IIoT). Tawaran perkakasan dan perisiannya dapat membantu perniagaan meningkatkan produktiviti, kecekapan tenaga dan ketersambungan data.

Unit perniagaan bioperubatannya, ICP DAS-BMP, mengkhusus dalam pembangunan dan pembuatan TPU gred perubatan. Menerusi pensijilan ISO 13485, makmal termaju dan keupayaan kilang pintar, ia memberikan bahan TPU berprestasi tinggi yang memenuhi permintaan aplikasi perubatan. Kedua-dua syarikat ini secara beriringan menawarkan perkhidmatan kepada pasaran industri dan bioperubatan dengan fleksibiliti dan kualiti.

Untuk maklumat lanjut, kunjungi https://www.icpdas.com dan https://bmp.icpdas.com

Source: ICP DAS Co., Ltd.
Keywords: Computer/Electronics Oil/Energy Utilities New products/services Trade show news Artificial Intelligence