SHENZHEN, China, 24 Jun 2025 /PRNewswire/ -- itel, jenama kehidupan pintar global yang terkemuka untuk semua orang, dengan bangganya mengumumkan bahawa fon telinga tanpa wayarnya yang terkini, BudsNeo 3 diberi pengiktirafan menerusi anugerah Pemenang Emas (Golden Winner) yang berprestij di French Design Awards 2025 - satu pertandingan peringkat antarabangsa yang memberi penghormatan dan mengiktiraf kemuncak genius kreatif dalam bidang reka bentuk dalaman, seni bina, produk, pembungkusan, fesyen dan landskap.
Pengiktirafan yang disegani ini meraikan ciri estetik minimalis BudsNeo 3 dan ciri hayat bateri 100-jam yang utama dalam industri yang merupakan satu pencapaian penting untuk itel Smart Life tatkala ia meluaskan jejaknya dalam kategori audio. Anugerah ini menekankan penembusan strategik itel Smart Life dalam segmen perniagaan baharu dan memperkukuh komitmen jenama ini untuk menyampaikan inovasi yang boleh dicapai dan berpusatkan pengguna.
Susulan anugerah industri yang diterima baru-baru ini, BudsNeo 3 terus mentakrifkan semula jangkaan untuk peranti boleh pakai audio mampu milik, menggabungkan dengan lancar ketukangan yang mahir dengan praktikaliti buat pengguna yang menginginkan gaya dan juga ketahanan.
Direka agar dapat menyerupai keanggunan organik batu-batu sungai yang licin, siluet ergonomik fon telinga ini boleh dipasang dengan mudah ke dalam telinga, menawarkan padanan amat ringan yang boleh bertahan selama beberapa jam ketika bekerja, bersenam atau bermain secara imersif. Sarung pengecas menepati keharmonian antara bentuk dan fungsi ini, dengan bahagian tepi bersudut secara intuitif untuk cengkaman yang memuaskan dan capaian sebelah tangan yang mudah. Tersedia dengan warna-warna yang diilhamkan oleh alam semula jadi—Phantom Black, Ivory White, Midnight Blue dan Daylight Green—reka bentuknya menepati kehendak khalayak global yang menginginkan kecanggihan tanpa kompromi.
Pada terasnya, BudsNeo 3 direkayasa agar mampu mengikuti gaya hidup tanpa henti. Hayat bateri 100-jam yang utama dalam industri ini memastikan aliran muzik, panggilan dan kandungan tanpa gangguan, dikuasakan oleh teknologi proprietari yang menggandakan kecekapan berbanding model-model konvensional. Fokus tanpa henti pada inovasi berpusatkan pengguna ini mendorong peningkatannya yang pesat di pasaran baru muncul seperti Nigeria, Côte d'Ivoire, Kenya, Indonesia dan Pakistan yang mana pempengaruh dan juga pendengar harian menyokong gabungan antara keselesaan premium dan prestasi yang boleh dicapai.
Berasaskan momentum BudsNeo 3, itel Smart Life dijangka akan melancarkan dua lagi produk audio yang inovatif dalam beberapa bulan akan datang: produk fon telinga tanpa wayar terbuka pertama itel BudsFit 5 dan produk fon telinga bes dalam BudsAir 5. Kedua-duanya direka dengan mengutamakan pengguna muda, menggabungkan estetik bergaya, keselesaan ergonomik dan ciri-ciri pintar bagi meningkatkan pengalaman audio setiap hari.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://www.itel-life.com/audio/earbuds/budsneo-3
Latar Belakang itel
Ditubuhkan lebih 15 tahun lamanya, itel ialah jenama kehidupan pintar yang andal untuk semua orang. Mengguna pakai "Nikmati kehidupan yang lebih baik" sebagai falsafah jenamanya, misi itel adalah untuk menyediakan produk elektronik pengguna dan produk gaya hidup mesra belanjawan kepada semua orang. Ia mendemokrasikan teknologi dengan membawa masuk teknologi dan sambungan untuk pengguna tanpa akses terlebih dahulu kepadanya. Memperluas tapak kehadirannya di lebih 80 pasaran baru muncul di peringkat global, itel mempunyai portfolio produk yang terdiri daripada telefon pintar, aksesori, barangan elektrik, pembesar suara, peralatan rumah dan produk gaya hidup sementara pada tahun 2024 ia menduduki tempat No.1 bagi jenama Telefon Pintar Global di bawah $75 dan merupakan jenama telefon asas No.1. https://www.itel-mobile.com/