![]() |
SINGAPURA, 24 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Hari ini, ManpowerGroup melancarkan Global Talent Barometer 2025, Volume 1 (Barometer Bakat Global 2025, Jilid 1) yang menawarkan pandangan yang mendalam tentang sentimen tenaga kerja merentas 19 negara.
Skor Barometer Bakat Global keseluruhan di Asia Pasifik dan Timur Tengah (APME) sebanyak 66% diperoleh daripada tiga indeks utama: Kesejahteraan (65%), Kepuasan Kerja (59%) dan Keyakinan (73%). Laporan ini, yang mengumpulkan data daripada 3,536 orang pekerja di enam negara dan wilayah APME antara 14 Mac dan 11 April 2025, mendedahkan landskap kesejahteraan pekerja yang kompleks, kepuasan kerja serta keyakinan dalam dunia pekerjaan yang kian berkembang pesat.
"Barometer Bakat Global kami yang terkini memberikan pandangan yang tepat pada masanya mengenai perasaan pekerja di seluruh rantau ini. Meskipun keyakinan pada masa akan datang tetap utuh, kepuasan kerja tidak berkembang seiring dengannya," kata François Lançon, Presiden Serantau, Asia Pasifik & Timur Tengah, ManpowerGroup. "Khususnya, hampir satu pertiga daripada pekerja mengatakan mereka tidak mendapat peluang yang cukup untuk mencapai kemajuan dalam organisasi semasa mereka. Ini memberi isyarat yang jelas: kakitangan mencari lebih daripada sekadar gaji. Mereka inginkan fleksibiliti, keseimbangan, pertumbuhan dan rasa tujuan dalam kerja mereka. Mereka ingin berasa disokong dan diperkasakan untuk membentuk masa depan mereka sendiri."
Dalam APME, hampir 4 daripada 5 pekerja (78%) mendapati kerja mereka memberi makna dan bermatlamat, manakala 69% berasa mendapat sokongan yang baik atau sepenuhnya berhubung keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Walau bagaimanapun, tenaga kerja ini melaporkan mereka mengalami tekanan harian yang tinggi (50%) dan kepuasan kerja yang rendah (42%), dengan generasi muda—Gen Z dan Generasi Milenial— berasa paling tertekan dan tidak berpuas hati.
Gen Z melaporkan tahap tekanan harian tertinggi (56%) walaupun 73% daripada mereka mengatakan mereka berasa disokong dari segi keseimbangan kerja dan kehidupan. Mereka juga paling berkemungkinan menukar pekerjaan dalam tempoh enam bulan akan datang (56%).
Lihat siaran akhbar lengkap dan keputusan Barometer Bakat Global 2025, Jilid 1—Laporan APME dan Penemuan Utama, di sini:
https://www.manpowergroup.com.sg/global-talent-barometer-apme
Latar Belakang ManpowerGroup
ManpowerGroup® (NYSE: MAN), syarikat penyelesaian tenaga kerja global yang terkemuka, membantu organisasi-organisasi mencapai transformasi dalam dunia kerja yang berubah dengan pantas melalui penyumberan, penilaian, pembangunan dan pengurusan bakat yang membolehkan mereka mencapai kejayaan. Rangkaian jenama pakar kami – Manpower, Experis dan Talent Solutions – mencipta nilai yang jauh lebih besar untuk calon dan pelanggan di lebih daripada 70 negara dan wilayah serta telah melakukannya selama lebih 75 tahun lamanya.