omniture

Actian Menyepadukan Kontrak Data, Tadbir Urus mengikut Reka Bentuk ke dalam Aliran Kerja Pembangunan untuk Meningkatkan Keandalan Data

Actian
2025-06-24 21:00 55

Prinsip "kontrak data didahulukan" Actian membolehkan keterlihatan dan kawalan penuh ke atas aset data teragih, daripada penciptaan kepada penggunaan 

ROUND ROCK, Texas, 24 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Actian, bahagian data HCLSoftware, pada hari ini mengumumkan peningkatan Platform Risikan Data Actian yang membolehkan perusahaan mengubah cara menjadikan data teragih boleh dipercayai dan andal di sumber sebelum penggunaan, mewujudkan asas yang kukuh untuk pelaksanaan AI. Keupayaan baharu ini mengautomasikan produk data dan menyepadukan kontrak data untuk memupuk kepercayaan lebih besar terhadap data, memastikan ketepatan dan keandalan untuk mempercepat AI dan inisiatif yang dipacu data.

Pendekatan "kontrak data didahulukan" Actian menyepadukan tadbir urus dengan reka bentuk pada awal kitaran hayat data menggunakan prinsip anjak-kiri melalui kontrak data dan proses automatik. Ini memastikan produk data, yang dicipta oleh domain individu, didokumenkan dengan baik dan mudah digunakan dengan jaminan kualiti dari awal.

Apabila perusahaan menerima seni bina data teragih, keperluan untuk pendekatan produk data menjadi kritikal. Penyelidikan Perisian ISG meramalkan bahawa "menjelang tahun 2027, lebih daripada 6 dalam 10 perusahaan akan menerima guna teknologi untuk memudahkan penyampaian data sebagai produk."¹

"Apabila perusahaan menerima produk data untuk membolehkan analisis dibuat secara layan diri, ini memerlukan kualiti dan tadbir urus data yang teguh," kata Matt Aslett, Pengarah Penyelidikan, Analisis dan Data di Penyelidikan Perisian ISG. "Melalui penggabungan kawalan ini secara langsung ke dalam perancangan data, Platform Risikan Data Actian direka bentuk untuk membolehkan perusahaan meningkatkan pendemokrasian data dengan selamat."

Bagi menangani keperluan ini, Platform Risikan Data Actian menyepadukan kontrak data secara langsung ke dalam aliran kerja pembangunan untuk menentukan jangkaan yang jelas, menguatkuasakan pematuhan secara automatik dan menangkap isu kualiti di sumber sebelum tersebar ke hiliran. Keputusan yang dioeroleh ialah hasil AI yang lebih andal, masa untuk cerapan lebih cepat, mengurangkan risiko pematuhan dan menjimatkan kos operasi.

Bagi memudahkan penemuan data, domain individu menerbitkan produk data tersuai masing-masing ke dalam pasaran data perusahaan di Platform Risikan Data Actian. API khusus mendaftar dan mengemas kini produk data secara automatik dalam perancangan penyepaduan dan penyampaian berterusan (CI/CD) yang sedia ada, mengurangkan usaha manual dan memastikan katalog data kekal terkini.

"Cabaran persekitaran terpencar bukan sahaja menguruskan data merentasi domain – keadaan ini juga memastikan kualiti dan tadbir urus secara besar-besaran," kata Emma McGrattan, Ketua Pegawai Teknologi (CTO) di Actian. "Menjadikan produk data yang berkualiti tinggi dan didokumentasikan dengan baik mudah diakses dengan Platform Risikan Data Actian menambah baik pendemokrasian data dan membolehkan budaya perkongsian data, manakala pendekatan pertama kontrak data kami memastikan data yang andal daripada sumber kepada penggunaan."

Platform berkenaan menyokong pemilikan data terpencar, memecah silo untuk menambah baik kerjasama dan mendemokrasikan data merentasi perniagaan dan pengguna IT. Bersama penemuan dan penggunaan data yang diperkemas, pengguna perniagaan boleh mencari, memahami dan menggunakan data yang mereka perlukan dengan tepat dan cepat. Enjin carian dikuasakan graf pengetahuan bersekutu platform ini menyampaikan hasil sedar konteks sambil mengekalkan pematuhan seluruh perusahaan. Aliran kerja permintaan akses menyediakan proses kelulusan berpusat dan telus dengan jejak audit yang jelas.

Untuk mempertingkat kebolehcapaian data, Ask AI, keupayaan pertanyaan bahasa semula jadi yang dikuasakan AI baharu Actian membolehkan pengguna mencari menggunakan bahasa harian untuk bertanya soalan, dengan hasil berkaitan disusun mengikut kedudukan glosari organisasi. Keupayaan ini menghapuskan halangan teknikal dan mempercepat analisis layan diri di seluruh organisasi.

Keupayaan baharu ini berfungsi merentasi metamodel bersekutu sambil menyampaikan keterlihatan rantaian data yang lengkap. Apabila digabungkan dengan Pemerhatian Data Actian, organisasi boleh memastikan produk data mematuhi kontrak data yang ditetapkan. Dengan memperkayakan aset data yang jelas dengan konteks, metrik kualiti, rantaian dan cerapan penggunaan, organisasi boleh memanfaatkan data dengan lebih baik untuk AI dan kes penggunaan lain.

Kontrak data baharu dan ciri-ciri produk data tersedia serta-merta di Platform Risikan Data Actian. Keupayaan Ask AI ada dalam pratonton peribadi. Untuk maklumat lanjut tentang ciri-ciri baharu dan yang lain kini tersedia, sila semak blog "Kontrak Data, Carian AI dan Banyak Lagi: Pelancaran Produk Spring '25 Actian".

Maklumat Tentang Actian 
Actian memperkasa perusahaan untuk menguruskan dan mentadbir urus data dengan yakin secara besar-besaran. Penyelesaian pengurusan data dan risikan data Actian membantu memperkemas persekitaran data yang rumit dan mempercepat penyampaian data sedia AI. Direka bentuk untuk tujuan yang fleksibel, penyelesaian Actian disepadukan dengan lancar dan berfungsi dengan baik merentasi persekitaran di premis, awan dan hibrid. Ketahui lebih lanjut tentang Actian, bahagian data HCLSoftware, di actian.com.

1 ISG, Panduan Pembeli ISG untuk Pembekal Perisian Mengelas dan Menilai Produk Data, 14 Feb 2025.

Hubungan Media 
Danielle Lee
Danielle.Lee@actian.com 

Jennifer Harbour
Jennifer.Harbour@actian.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2614140/Actian_Logo.jpg?p=medium600 

Source: Actian
Keywords: Computer Software Computer/Electronics New products/services Data Analytics Artificial Intelligence