QINGDAO, China25 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah bertaraf global, mempamerkan inovasi paparan unggulannya semasa berlangsungnya FIFA Club World Cup 2025™, mengundang pengguna global untuk Menguasai Detik Ini (Own the Moment) dan menikmati detik-detik yang menggembirakan dalam bidang sukan, permainan dan hiburan di rumah.
Bayangkan menonton perlawanan ini di kaca TV Siri U7 MiniLED ULED 100-inci yang melaluinya setiap tendangan, penyelamatan dan perayaan terpapar begitu nyata dengan kejelasan yang menakjubkan. Direka untuk peminat yang ingin berasa seakan-akan berada di stadium, teknologi Mini-LED PRO U7 memberikan kontras dan kecerahan yang luar biasa, sementara Quantum Dot Color dan Pantone Validated Color mencipta imej realistik dengan kekayaan warna dan kedalaman yang sungguh hebat. Dengan 165Hz Game Mode Ultra, 2.1.2 Multi-Channel Surround dan Dolby Atmos, ia bukan sekadar sebuah televisyen—ia menjadi tempat duduk barisan hadapan anda bagi menikmati setiap detik yang mengujakan, sama ada anda menonton secara langsung atau turut sama beraksi dengan penuh semangat. Bermula daripada keriuhan khalayak ramai hinggalah suasana hening sebelum penalti, U7 mengabadikan setiap emosi dengan ketepatan sinematik—benar-benar sesuai untuk berkongsi detik bersama keluarga dan rakan taulan.
Buat mereka yang tercari-cari skala sinematik dan tenaga stadium, Hisense PX3-PRO TriChroma Laser Cinema dapat memberikan pengalaman hari perlawanan yang epik. Sama ada anda menjemput rakan-rakan untuk menyaksikan kelab-kelab terkemuka di dunia bertembung atau menikmati filem selepas perlawanan, PX3-PRO dapat menghidupkan semua pengalaman ini pada imej 150-inci yang amat besar dengan kecerahan lumen 3,000 ANSI dan ruang warna 110% BT.2020. Teknologi laser TriChroma pula dapat memastikan setiap gol, main semula dan ekspresi dipaparkan dengan butiran yang sangat tajam dan warna yang terang. Dengan Dolby Vision, visual diperakui IMAX Enhanced dan audio Harman Kardon terbina dalam yang imersif, PX3-PRO mengubah sebarang ruang menjadi destinasi hari permainan yang terbaik.
Demi lebih kebebasan untuk mencipta detik-detik skrin besar anda sendiri, Projektor Mini Laser Hisense C2 Ultra dapat mentransformasikan sebarang permukaan malah sebarang ruang menjadi paparan sinematik sehingga 300 inci. Anjurkan tayangan perlawanan di kawasan luar, ubah bilik tidur anda menjadi teater yang selesa atau bawa projektor ini dalam perjalanan bagi menikmati malam kembara yang tidak dapat dilupakan. Dengan resolusi 4K, zum optik, kecerahan lumen 3,000 ANSI dan ketepatan warna yang jitu, C2 Ultra dapat mencapai penyesuaian dengan kehidupan anda—walau ke mana sahaja anda dibawa olehnya.
Sebagai rakan kongsi rasmi pertama FIFA Club World Cup 2025™, Hisense terus meningkatkan pengalaman harian melalui inovasi paparan termaju. Sama ada menonton kelab-kelab yang terbaik di dunia bersaing, bermain dengan rakan-rakan atau menikmati tontonan filem bersama insan tersayang, Hisense memperkasakan pengguna untuk menikmati detik-detik yang penting—lebih besar, lebih cerah, lebih menggembirakan.
Latar Belakang Hisense
Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di seluruh dunia bagi jumlah penghantaran volum TV (2022-2024) dan No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan lebih (2023- S12025). Sebagai rakan kongsi rasmi pertama FIFA Club World Cup 2025™, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.