omniture

The Asian Century: Perjalanan Rentas Negara Buah Durian

The Asian Century
2025-06-25 22:07 20

BEIJING, 25 Jun 2025 /PRNewswire/ -- "Jalur dan Jalan, Durian Terajui Hala Tuju." Dalam bulan Jun 2024, sempena sambutan ulang tahun ke-50 pewujudan hubungan diplomatik antara China dan Malaysia, China membuka pasarannya kepada import durian Malaysia yang segar. Durian menjadi "ikatan yang manis" antara kedua-dua negara yang membina jambatan yang kukuh buat rakyat China dan Malaysia untuk berkongsi kehidupan yang lebih baik dan meneruskan pembangunan bersama.


The first episode of the Asian Century documentary's Malaysia chapter focuses on "The Transnational Journey of a Durian".

Episod pertama dalam bab Malaysia daripada dokumentari The Asian Century memfokuskan pada "Perjalanan Rentas Negara Buah Durian". Di wilayah pengeluar durian Musang King di Raub, Malaysia, petani Anto mengikat tali dengan penuh berhati-hati di sekeliling setiap biji durian pada suatu hari cerah yang jarang berlaku semasa musim hujan demi menjaga rasa manis buahnya yang begitu berharga ini. Isi buah durian yang dihasilkan di sini akan dihantar melalui rangkaian sejuk dalam masa terdekat ke Pelabuhan Qinzhou di Guangxi, China, yang mana peniaga durian Malaysia, Vance Chiang menantikan ketibaannya dengan rasa khuatir. Dalam beberapa minggu, buah durian yang baru masak juga akan dihantar terus ke beribu-ribu meja makan di seluruh China. Vance Chiang turut merancang satu "perjalanan manis" berbalik—iaitu memperkenalkan buah-buahan istimewa dari Yulin, Shaanxi, China ke pasaran Malaysia.

Di bawah Inisiatif Jalur dan Jalan, perdagangan dua hala antara China dan Malaysia mencecah nilai $212 bilion pada tahun 2024 — peningkatan hampir seribu kali ganda sejak perwujudan hubungan diplomatik. China kekal menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut. Kedua-dua negara ini tekal mendukung perdagangan bebas, maju secara bergandingan dalam mengharungi cabaran dan berkongsi hasil kemakmuran. Persahabatan mendalam ini yang bertunjangkan sikap saling hormat menghormati dan kerjasama yang saling menguntungkan merupakan penonjolan yang jelas terhadap masyarakat China-Malaysia yang mempunyai masa depan yang dikongsi bersama.

The Asian Century ialah sebuah dokumentari sosial dan budaya yang menumpukan pada tema pembinaan sebuah komuniti Asia dengan masa depan yang dikongsi bersama. Melalui penceritaan yang autentik, pelbagai dimensi dan komprehensif, ia memaparkan asal-usul sejarah yang dikongsi bersama, ikatan budaya serta aspirasi pembangunan negara-negara Asia.

Source: The Asian Century
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Film & Motion Picture Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service