LOS ANGELES, 26 Jun 2025 /PRNewswire/ -- KIWI design, penginovasi yang terkemuka bagi aksesori XR akan memperkenalkan Pengikat Kepala Audio K4 Duo AIO dengan Bateri pada Julai ini yang direka khususnya untuk Quest 3 dan 3S. Produk baharu ini menggabungkan fon kepala bersepadu, sistem Pengecasan Dwi Pantas 45W dan reka bentuk ringan yang dapat meningkatkan pengalaman tatamain VR lanjutan.
"K4 Duo dibangunkan berasaskan K4 Boost yang menggabungkan fon kepala bersepadu demi pengalaman audio yang imersif. Istilah "Duo" mengetengahkan bateri dan fon kepala bersepadu bagi menyediakan penyelesaian semua-dalam-satu untuk sesi VR lanjutan dan imersif," kata Joey, penyelia reka bentuk industri KIWI design.
K4 Duo merupakan penyelesaian audio dan kuasa semua-dalam-satu pertama yang direka untuk Quest 3 dan 3S.
Ia mempunyai sambungan USB-C tunggal bagi menghapuskan keperluan terhadap kabel tambahan dan menangani isu kekurangan bicu fon kepala 3.5mm lazim pada Quest 3S. Melalui kolaborasi bersama pakar-pakar akustik yang mempunyai pengalaman selama lebih sedekad di LG dan GoerTek, peranti ini menyediakan audio tertala pemain melalui penyama (EQ) ditentukur dengan baik. Diafragma komposit PU+PEN yang unik memastikan bunyi dioptimumkan secara khusus untuk permainan VR.
Dengan keupayaan Pengecasan Dwi Pantas 45W, K4 Duo juga boleh mengecas set kepala dan juga pengikat kepala secara serentak dalam masa 2.5 jam sahaja menggunakan satu kabel. Dengan beratnya yang hanya 459g, pengikat kepala ini direkayasa terutamanya demi keselesaan optimum yang dapat mengimbangi berat depan-ke-belakang Quest 3 dan 3S untuk meminimumkan ketegangan leher semasa penggunaan lanjutan.
Sebagai pengilang aksesori XR yang terkemuka, KIWI design sentiasa menekankan komitmen untuk menghasilkan aksesori yang berkualiti tinggi buat pengguna dan komuniti. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama dan produk kami, sila kunjungi Amazon Store kami dan ikuti KIWI design:
https://www.kiwidesign.com/
https://www.facebook.com/KIWIdesignOfficial
https://www.instagram.com/kiwidesignins/
https://twitter.com/KIWIdesign_shop
https://www.youtube.com/@KIWIdesign
TikTok - Make Your Day
https://www.linkedin.com/company/kiwidesign-linkedin