omniture

Tsinghua University dan ANTA Group Lancar Anugerah Reka Bentuk Pakaian Sukan Global ke-3

ANTA Group
2025-06-26 10:28 19

HANGZHOU, China, 26 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 14 Jun 2025, Anugerah Reka Bentuk Pakaian Sukan Global ke-3 dilancarkan secara rasmi di China National Silk Museum di Hangzhou. Dianjurkan secara bersama oleh ANTA Group dan Tsinghua University, pertandingan pada tahun ini bertemakan "MovEmpower – Pergerakan Melangkaui Had" dan bermatlamat untuk mengintegrasikan sumber inovasi global melalui kerangka kolaboratif industri-akademik-penyelidikan. Tokoh-tokoh penting termasuk Lai Shixian, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Bersama ANTA Group dan Lu Xiaobo, Pengarah Tsinghua University Art Museum dan Profesor Kanan Kemanusiaan, menghadiri acara pelancaran ini. Di upacara ini, Pusat Penyelidikan Bersama untuk Fesyen Sukan Tsinghua University–ANTA (China) Co., Ltd. turut mengeluarkan laporan "Design Innovation Trends in the Sports Fashion Industry" ("Arah Aliran Inovasi Reka Bentuk dalam Industri Fesyen Sukan") yang menawarkan panduan strategik untuk mencapai transformasi teknologi dalam sektor pakaian sukan global.  

Key Visual of the 3rd Global Sportswear Design Award
Key Visual of the 3rd Global Sportswear Design Award

Kolaborasi Bertaraf Dunia Direkayasa demi Inovasi

Sebagai penanda aras bagi kerjasama industri-akademik-penyelidikan dalam industri pakaian sukan China, perkongsian antara ANTA Group dan Tsinghua University memanfaatkan model "sinergi berbilang disiplin" bagi mewujudkan platform dinamik yang mengintegrasikan inkubasi idea, penemuan bakat dan transformasi industri.

"Di ANTA, inovasi merupakan asas pertumbuhan kami. Kami komited untuk mencapai kemajuan daripada 'Dibuat di China' kepada 'Dicipta di China' dan memperkasakan jenama-jenama Cina di pentas global," kata Lai Shixian.

Lu Xiaobo menekankan, "Reka bentuk inovatif merupakan daya penggerak di sebalik budaya sukan dan penyumbang utama kepada kuasa lunak budaya negara kita."

Dengan dua edisi yang berjaya, pertandingan ini menarik lebih 4,000 penyerahan daripada lebih 270 universiti di 30 negara dan wilayah, lalu menjadikannya salah satu inkubator yang paling berpengaruh bagi reka bentuk pakaian sukan di seluruh dunia.

Rangkaian Inovasi Global Memperkasakan Transformasi Industri

Edisi 2025 berkembang dari segi skop dan juga skala, menawarkan trek persaingan yang pelbagai merentas empat domain utama: teknologi, budaya, alam semula jadi dan AIGC (Kandungan Janaan AI). Tujuh jerayawara universiti akan berlangsung di seluruh dunia yang mengundang pelajar, pereka bebas, peminat reka bentuk dan institusi dari lebih 25 negara dan wilayah. Pertandingan ini dijangka menerima lebih 2,500 penyerahan dengan jumlah tawaran hadiah bernilai beberapa juta RMB.

Panel global yang merangkumi lebih 100 pakar daripada bidang akademik dan industri akan membentuk juri. Melalui mekanisme yang teguh—pelawaan penyertaan, semakan pakar dan transformasi industri—Anugerah ini bertujuan untuk menyatukan sumber inovasi dan menyumbang kepada pembangunan mampan dalam industri pakaian sukan.

Memupuk Bakat Reka Bentuk Global dan Membina Hab Pengetahuan Kreatif

Model pembangunan bakat ANTA Group yang dipupuk melalui pertandingan ini, sudahpun membuahkan hasilnya. Beberapa finalis terbaik daripada edisi-edisi terdahulu telah menyertai pasukan-pasukan reka bentuk berbilang jenama daripada ANTA. Kumpulan ini terus membina sebuah platform antarabangsa yang memperkasakan pereka muda dan mempercepat kemajuan dalam inovasi reka bentuk pakaian sukan.

Memandang ke hadapan, ANTA akan terus memperjuangkan prinsip "Inovasi Memacu Masa Depan," dengan memanfaatkan ekosistem inovasi-terbuka globalnya dan matriks akademik-industri bersepadu bagi menyemai industri ini dengan kevitalan teknologi dan inspirasi estetik.

Pertandingan ini akan berlangsung mulai Jun 2025 hingga Mac 2026, menerusi jerayawara global dan fasa penyerahan. Untuk butiran lanjut, sila kunjungi laman web rasmi di https://design.anta.com/works atau ikuti Pusat Penyelidikan Bersama untuk Fesyen Sukan Tsinghua University–ANTA di WeChat.

 

Source: ANTA Group
Keywords: Fashion Household/Consumer/Cosmetics Retail Sports Sports Equipment & Accessories