omniture

Ekspo China-Asia Selatan perkukuh hubungan dagangan serantau

chinadaily.com.cn
2025-06-26 14:08 9

KUNMING, China, 26 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Laporan daripada chinadaily.com.cn

Ekspo China-Asia Selatan kali ke-9 yang berlangsung mulai 19 hingga 24 Jun di Kunming, wilayah Yunnan, Barat Daya China, bukan sahaja mempromosikan hubungan perdagangan antara China, Asia Selatan dan Asia Tenggara, bahkan turut menjalin pertukaran sesama rakyat.

Ekspo ini sudahpun memperoleh urus janji yang bernilai 8.66 bilion yuan ($1.21 bilion) yang diumumkan oleh para pegawai semasa sidang akhbar pada hari Isnin.

Menurut jabatan perdagangan wilayah, sejumlah 163 perjanjian telahpun ditandatangani setakat Isnin. Perjanjian ini termasuk 150 kontrak yang bernilai 8.3 bilion yuan, 12 surat hasrat berjumlah 213 juta yuan dan satu perjanjian perolehan rangka kerja yang bernilai 150 juta yuan.

Urus janji ini mencakupi pelbagai sektor, termasuk keluaran pertanian dan produk makanan, mineral, bahan kimia, jentera, pakaian, kasut dan pelindung kepala. Di samping itu, ekspo ini memudahkan lebih 20 perjanjian kerjasama dalam perkhidmatan rantaian bekalan, logistik antarabangsa, pembinaan gudang luar negara serta pembangunan pelabuhan pintar.

Acara yang berlangsung selama enam hari ini menarik penyertaan daripada 73 negara, wilayah dan organisasi antarabangsa, dengan lebih 2,500 perusahaan mempamerkan produk serta menjalin perkongsian baharu.

Ekspo pada tahun ini menawarkan 16 dewan pameran, dengan hampir 70 peratus dikhususkan untuk industri-industri khas seperti pembuatan, tenaga hijau, kopi dan perubatan tradisional Cina. Dua pavilion bertemakan Asia Selatan yang terdiri daripada hampir 800 reruai menonjolkan perdagangan serantau, dengan India dan Pakistan masing-masing menempati 140 reruai.

Pakistan dan Nepal turut menonjolkan kraftangan dan tekstil, lantas menekankan peranan ekspo ini dalam memupuk hubungan sesama rakyat.

"Pasaran China merupakan pasaran terbaik," kata Rashad Ali, peserta pameran dari Pakistan, memuji Inisiatif Jalur dan Jalan China kerana meningkatkan kesalinghubungan.

Hampir 40 acara ekonomi dan perdagangan, termasuk forum dan mesyuarat pemadanan perolehan, telahpun diadakan bagi mengeratkan kerjasama. Sejak penubuhannya pada tahun 2013, ekspo ini memudahkan lebih $110 bilion transaksi perdagangan asing dan menawarkan perkhidmatan kepada lebih 20,000 perusahaan.

Pada tahun 2024, perdagangan antara China dan negara-negara Asia Selatan mencecah hampir $200 bilion, meningkat dua kali ganda sepanjang dekad lalu dengan purata kadar pertumbuhan tahunan mencapai 6.3 peratus, menurut data daripada Kementerian Perdagangan China.

Source: chinadaily.com.cn
Keywords: Computer/Electronics Publishing/Information Service Transportation Trade show news Supply Chain/Logistics