![]() |
CHANGSHA, China, 27 Jun 2025 /PRNewswire/ -- SANY Heavy Industry (600031.SS) diiktiraf sebagai pengilang jentera pembinaan utama China dalam senarai 2025 Global 2000 Forbes yang menduduki tempat ke-956 di seluruh dunia. Senarai berprestij ini menilai syarikat-syarikat berdasarkan empat metrik utama: jualan, keuntungan, aset dan nilai pasaran, dengan data yang dihitung daripada keputusan kewangan 12-bulan yang terkini setakat 25 April 2025. Pencapaian ini menekankan kelayakan kepimpinan SANY dalam industri jentera berat global, seterusnya mengesahkan strategi "Globalisasi, Pendigitalan dan Penyahkarbonan" yang berpandangan jauh dan memperkukuh keyakinan dalam pertumbuhan yang dipacu inovasi dan berkualiti tinggi.
Prestasi Kewangan Mengagumkan Memacu Kedudukan Kepimpinan
Semasa tempoh pelaporan yang dirangkum oleh pemeringkatan Forbes, SANY Heavy Industry memberikan keputusan kewangan yang teguh dengan hasil dan keuntungan masing-masing mencecah $10.83 bilion dan $830 juta. Aset-aset syarikat pula mencapai nilai $21.08 bilion manakala permodalan pasarannya berjumlah $22.06 bilion.
Menurut laporan tahunan 2024 SANY, produk janaan hasil teratasnya ialah mesin pengorek, jentera konkrit dan kren. Khususnya, aliran tunai bersih daripada aktiviti kendalian melonjak kepada $2.07 bilion yang menyaksikan peningkatan tahun ke tahun yang luar biasa sebanyak 159.53%, lalu mencerminkan kecekapan operasi yang dipertingkat.
Mengesahkan sekali lagi komitmennya kepada nilai pemegang saham dan komunikasi yang telus, SANY melaporkan keuntungan bersih yang boleh diagihkan kepada pemegang saham sebanyak kira-kira $835.66 juta untuk tahun fiskal 2024 — pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 32% yang mengukuhkan lagi kebingkasan kewangan dan pelaksanaan strategiknya.
Inovasi Strategik Mendorong Pembangunan Berkualiti Tinggi
SANY Heavy Industry kekal berada di barisan hadapan dengan strategi dipacu inovasi yang memfokuskan pada globalisasi, pendigitalan dan penyahkarbonan. Pada tahun fiskal 2024, hasil perniagaan antarabangsa mencecah kira-kira $6.78 bilion, mencerminkan peningkatan tahun ke tahun sebanyak 12% dan menyumbang hampir 64% kepada jumlah hasil perniagaan utama syarikat ini.
Selain daripada meluaskan kapasiti pengeluaran di kilang Rumah Api Fasa II mereka di Indonesia melalui teknologi canggih seperti kembar digital dan simulasi proses, SANY turut mencapai jualan yang ketara bagi produk tenaga baharu yang berjumlah lebih $563 juta. Usaha ini menggambarkan komitmen syarikat terhadap operasi mesra alam dan cekap sumber.
Xiang Wenbo, Pengerusi SANY Heavy Industry, menyatakan: "Pemeringkatan ini merupakan satu pengiktirafan kepada kekuatan komprehensif kami di peringkat antarabangsa." Beliau menekankan selanjutnya bahawa "SANY akan terus memajukan tiga strategi teras kami, pembangunan globalisasi, pendigitalan dan penyahkarbonan bagi mencipta nilai yang lebih besar untuk pelanggan di seluruh dunia sekali gus mempercepat inovasi hijau."
Untuk maklumat lanjut mengenai SANY Group, sila kunjungi www.sanyglobal.com