omniture

XTransfer Menang Penyelesaian Pembayaran dan Kutipan Terbaik Serantau di The Asset Triple A Awards 2025

XTransfer
2025-06-27 20:31 58

HONG KONG, 27 Jun 2025 /PRNewswire/ -- XTransfer, Platform Pembayaran Perdagangan Rentas-Sempadan B2B Terkemuka di Dunia & No.1 di China, dengan bangganya mengumumkan bahawa, seiring bersama OCBC, ia dianugerahkan "Penyelesaian Pembayaran dan Kutipan Terbaik – Serantau" di The Asset Triple A Treasurise Awards 2025. Anugerah yang berprestij ini merupakan bukti komitmen yang berterusan oleh XTransfer dan juga OCBC terhadap inovasi produk dan kecemerlangan perkhidmatan. Ia juga mengiktiraf usaha luar biasa kedua-dua organisasi dalam menyampaikan penyelesaian pembayaran dan kutipan rentas sempadan yang cekap, selamat dan mudah untuk PKS.

Representatives from XTransfer and OCBC received the honour at the ceremony.
Representatives from XTransfer and OCBC received the honour at the ceremony.

Ditubuhkan di Singapura, OCBC Group ialah kumpulan perkhidmatan kewangan kedua terbesar di Asia Tenggara. Pasukan China OCBC mengkoordinasi sumber secara aktif untuk XTransfer, mengekalkan komunikasi yang erat bersama pasukan OCBC di Hong Kong dan Singapura untuk membangunkan, memajukan dan melaksanakan penyelesaian ini. Melalui penyelesaian API pembayaran dan kutipan termaju daripada OCBC, termasuk API nasihat kredit, API laporan penyesuaian dan fungsi akaun maya, pelanggan XTransfer dan pembeli mereka ditawarkan dengan pilihan pembayaran dan kutipan yang lebih cekap dan mudah yang memudahkan lagi penyelesaian dana dalam perdagangan global untuk PKS.

Bill Deng, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif XTransfer, berkata, "Kami benar-benar berbesar hati menerima anugerah ini seiring bersama OCBC. Pengiktirafan ini bukan sahaja mengesahkan inovasi berterusan dan kerjasama mendalam kami tetapi turut menunjukkan sepenuhnya komitmen bersama kami untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran dan kutipan rentas sempadan yang selamat, cekap dan mudah untuk PKS di seluruh dunia. Melangkah ke hadapan, XTransfer akan terus memperkukuh kolaborasinya dengan OCBC bagi membantu lebih banyak PKS berkembang ke pasaran global."

Ang Eng Siong, Ketua Pegawai Eksekutif OCBC China, berkata, "Sebagai pengurus akaun global XTransfer, kami berorientasikan pelanggan dan memanfaatkan sumber OCBC Group secara aktif di Singapura, Hong Kong dan Tanah Besar China bagi memastikan pelaksanaan penyelesaian perkhidmatan yang lancar dan pelaksanaan perniagaan yang mudah. Penyelesaian kewangan API yang disediakan untuk XTransfer kali ini mengguna pakai teknologi termaju dalam industri dan memperkenalkan pelbagai ciri inovatif. Ciri-ciri ini menawarkan pilihan pembayaran dan kutipan yang lebih cekap dan mudah kepada pelanggan XTransfer dan pembeli mereka, menyokong pertumbuhan dan pembangunan mereka yang berterusan di China dan rantau ASEAN."

The Asset Triple A Treasurise Awards, anjuran majalah The Asset, mendapat penghormatan yang tinggi dalam industri kewangan dan meraikan pencapaian cemerlang dan amalan terbaik syarikat-syarikat yang melancarkan atau membantu melaksanakan inisiatif-inisiatif dalam pengurusan perbendaharaan korporat, pembiayaan perdagangan, rantaian bekalan dan/atau pengurusan risiko di Asia Pasifik, Timur Tengah, Eropah dan juga Amerika Utara.

 

Source: XTransfer
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology