omniture

Yutong Perkenal Julung Kali Bas Antara Bandar Elektrik Bateri Generasi Baharu IC12E di Sidang Kemuncak UITP Hamburg 2025, Pamer Inovasi Elektrifikasi

Yutong Bus
2025-06-29 01:10 66

HAMBURG, Jerman, 29 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Yutong Bus ("Yutong", SHA: 600066), pengilang kenderaan komersial bertaraf global mempamerkan inovasi pengangkutan awam hijaunya di bawah tema "Utamakan Ekologi, Bergerak Hijau" ("Think Eco, Move Green") di Sidang Kemuncak UITP 2025 yang diadakan mulai 15-18 Jun di Hamburg Jerman. Model-model utama termasuk bas antara bandar elektrik bateri IC12E dan bas bandar premium U12.

Yutong Debuts New Generation Battery Electric Intercity Bus IC12E at UITP Summit Hamburg 2025
Yutong Debuts New Generation Battery Electric Intercity Bus IC12E at UITP Summit Hamburg 2025

Yutong IC12E Bas Antara Bandar Elektrik Bateri Standard Tinggi – direka khusus untuk pasaran Eropah

Yutong IC12E direka dan dibina khas untuk operasi antara bandar di pasaran Eropah. Ia dilengkapi dengan kelebihan jarak pemanduan jauh, kuasa yang kuat, kapasiti besar serta kualiti yang unggul.

Pada 19 Jun, IC12E memulakan cabaran senario penuh di empat negara Eropah: bermula di Hamburg, Jerman, merentasi Copenhagen, Denmark, Gothenburg, Sweden dan akhirnya tiba di Oslo, Norway. Perjalanan ini meliputi pelbagai keadaan jalan raya, termasuk jalan bandar, lebuh raya, jambatan, garis pantai dan tanjakan, seterusnya menunjukkan sepenuhnya prestasi dan kebolehsesuaian IC12E yang luar biasa dalam pelbagai persekitaran. Data ujian menunjukkan bahawa dalam jarak 1,272 km, dengan purata penggunaan tenaga serendah 0.7 kWj/km (kenderaan tidak dimuatkan sepenuhnya), menunjukkan kekuatan utamanya yang luar biasa dalam teknologi tenaga-baharu.


the IC12E embarked on a full-scenario challenge across four European countries

Semasa menjalani ujian, IC12E berjaya melengkapkan cabaran jarak sejauh 510 km antara Jerman dan Denmark, dengan SOC menurun daripada 99% kepada 31% dan jarak selebihnya menunjukkan 170 km. Dalam ujian kecekapan pengecasan, SOC meningkat daripada 13% kepada 99% dalam masa hanya 1 jam 40 minit apabila mengecas dengan pistol pengecas tunggal. Di bahagian mendaki bukit terus-menerus di Norway, IC12E menunjukkan prestasi kuasa yang kuat dengan keupayaan gred 20%.

Yutong U12, bas elektrik bateri premium direkayasa untuk laluan bandar utama

U12, pemenang bagi Busworld Design Label, mempunyai badan bas berukuran 12-meter yang mampu membawa sehingga 95 penumpang dan dalam masa yang sama menggabungkan struktur badan gelang-tertutup berkekuatan tinggi dan teguh serta sistem keselamatan bateri YESS yang menggabungkan aspek keselamatan, kecekapan, keselesaan dan pengurusan pintar.

Melangkah ke hadapan, Yutong akan terus mencipta nilai yang lebih besar buat pelanggan dan meningkatkan pengalaman perjalanan pengangkutan awam menerusi penyelesaian mobiliti hijau, selamat dan selesa.

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://en.yutong.com/.

Source: Yutong Bus
Related Stocks:
Shanghai:600066 Shanghai:600066.SS
Keywords: Auto Broadcast Technology Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Transportation New products/services Trade show news