omniture

Hisense Papar Kekuatan Teknologi AI dengan Mesej "AI YOUR LIFE" di FIFA Club World Cup 2025™

Hisense
2025-06-30 17:00 85

QINGDAO, China, 30 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah bertaraf global, memaparkan kepimpinan AI di FIFA Club World Cup 2025™ menerusi mesej tepi padang yang berani iaitu "AI YOUR LIFE" ("AI KEHIDUPAN ANDA") yang menggambarkan visi jenama ini terhadap inovasi berpusatkan manusia melalui teknologi pintar.

Sebagai salah satu jenama teknologi pengguna terawal yang meneroka AI, Hisense mengintegrasikan ciri-ciri pintar dalam seluruh portfolio produknya. Hari ini, bahagian teras bagi ekosistem pintar Hisense ialah Hi-View AI Engine X—pemproses AI paling berkuasa setakat ini. Dikuasakan oleh rangkaian neural mendalam, ia belajar dan mencapai penyesuaian seperti otak manusia, mengoptimumkan gambar dan bunyi merentas semua kandungan, bermula daripada sukan aksi pantas hinggalah filem sinematik dan permainan yang imersif.

Memacu TV AI ULED generasi akan datang, Hi-View AI Engine X memperkasakan empat tonggak utama: AI Picture untuk kontras, warna dan gerakan tampak hidup; AI Sound untuk kejelasan adaptif dan akustik imersif; AI Scenario untuk penukaran mod automatik; dan AI Energy untuk prestasi terunggul dengan kecekapan yang lebih tinggi. Kedua-duanya beriringan mencipta cara yang lebih imersif dan pintar untuk menikmati setiap perlawanan, gol dan detik pada skrin.

Selain daripada skrin, Hisense meluaskan sambungan pintar di rumah melalui ConnectLife. Bermula dengan memasak berpandukan AI hinggalah penjagaan dobi diperibadikan, pengguna dapat menikmati kecerdasan berasaskan senario yang lancar. Peti sejuk PureFlat Smart Series, dengan skrin 21-inci, berfungsi sebagai hab yang mudah untuk mengurus peralatan dengan senang sekali.

Bagi Hisense, sama ada skrin atau peralatan, intipatinya ialah rumah — dan intipati rumah ialah nilai kasih sayang. Kini ditingkatkan oleh AI, kepercayaan berkenaan berkembang—teknologi menjadi lebih intuitif, responsif dan beremosi. Tatkala penonton global meraikan detik-detik terbaik perlawanan bola sepak, Hisense mengundang semua orang untuk "Menguasai Detik Ini" ("Own the Moment") dengan produk-produk pintar yang memahami, beradaptasi dan memberi inspirasi.

Latar Belakang Hisense 

Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di seluruh dunia bagi jumlah penghantaran volum TV (2022-2024) dan No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan lebih (2023- S12025). Sebagai rakan kongsi rasmi pertama FIFA Club World Cup 2025™, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Sporting Events Sports Artificial Intelligence