omniture

Pertandingan Lebih Pintar. Main Lebih Selamat. Dikuasakan oleh Baseline x YAS.

YAS Digital
2025-06-30 17:18 22

Platform-platform teknologi sukan terkemuka Malaysia berganding bahu untuk membawakan pengalaman pertandingan generasi akan datang kepada pemain dan penganjur di seluruh negara

KUALA LUMPUR, Malaysia, 30 Jun 2025 /PRNewswire/ -- Baseline, platform pertandingan sukan raket yang terkemuka di Malaysia, mengumumkan satu perkongsian pengubah keadaan bersama YAS, penyedia perlindungan sukan No.1 negara ini — menggabungkan teknologi terbaik dalam kelasnya dengan perlindungan atlet terbina dalam untuk pertandingan di seluruh negara.

From Court to Code: YAS and Baseline kick off their strategic partnership with a friendly rally on the pickleball court — marking the start of smarter, safer tournaments across Malaysia.
(Left to right: Gertjan Tijms - Marketing, YAS Malaysia; Ivy Lee - Channel Development & Customer Engagement, YAS Malaysia; CHIN Hui Shan - Head of Business Development and Partnerships, Baseline; Dylan Damsma - CTO & Co-Founder, Baseline)
From Court to Code: YAS and Baseline kick off their strategic partnership with a friendly rally on the pickleball court — marking the start of smarter, safer tournaments across Malaysia. (Left to right: Gertjan Tijms - Marketing, YAS Malaysia; Ivy Lee - Channel Development & Customer Engagement, YAS Malaysia; CHIN Hui Shan - Head of Business Development and Partnerships, Baseline; Dylan Damsma - CTO & Co-Founder, Baseline)

Kolaborasi yang strategik ini dilancarkan secara rasmi di The SYPIK MASTERS 2025, salah satu acara bola pikel terulung di Asia Tenggara — namun skopnya melangkaui lebih daripada sekadar satu pertandingan. Melangkah ke hadapan, semua acara yang diurus oleh Baseline akan menyertakan YAS ACTYVE, pelan perlindungan sukan No.1 Malaysia — yang memberikan ketenangan fikiran kepada atlet apabila mereka bersaing dan menawarkan cara yang lebih pintar dan lebih selamat untuk mengendalikan acara kepada pihak penganjur.

"Baseline dicipta untuk menjadikan pertandingan lebih baik buat semua orang — penganjur, pemain dan peminat," kata Dylan Damsma, Pengasas Bersama Baseline.

"Menerusi alatan lancar untuk pengurusan acara dan sistem pendaftaran kami yang mudah digunakan, kini kami meningkatkan pengalaman berkenaan lebih jauh lagi dengan berganding bahu bersama YAS bagi melindungi setiap pemain dari peringkat awal."

"Perkongsian ini bukan sekadar mengenai perlindungan — ia mengenai penetapan standard emas yang baharu untuk sukan tempatan," kata Andy Ann, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif YAS.

"Di YAS, kami membayangkan semula apa yang boleh diberikan oleh insurans — lebih pantas, lebih mudah dan lebih mampu milik untuk gaya hidup aktif. Dengan mengintegrasikan ACTYVE ke dalam setiap pertandingan Baseline, kami bukan sahaja melindungi pemain, tetapi turut menjadikan perlindungan yang berkualiti lebih mudah diakses berbanding sebelum ini. Seiring bersama Baseline, kami membina ekosistem sukan lebih pintar yang melaluinya prestasi dan ketenangan fikiran berjalan seiring."  

Di bawah mesej disatukan —

Pertandingan Lebih Pintar. Main Lebih Selamat. Dikuasakan oleh Baseline x YAS.

— perkongsian ini mengundang penganjur pertandingan di seluruh Malaysia untuk menaik taraf acara mereka dengan sistem terbukti yang menyampaikan segala-galanya bermula daripada pendaftaran automatik dan pemarkahan kepada perlindungan masa nyata untuk pemain.

Sama ada anda mengendalikan kejohanan remaja atau pertembungan peringkat kebangsaan, Baseline x YAS memastikan pertandingan anda serba lengkap bagi memenuhi jangkaan moden daripada pemain, penaja mahupun peminat.

Latar Belakang Baseline

Baseline ialah platform pertandingan sukan raket yang terkemuka di Malaysia, dipercayai oleh pihak penganjur untuk menyediakan penyelesaian pendaftaran, perekodan skor dan kedudukan yang lancar. Dengan reka bentuk mengutamakan pengguna yang kemas dan alatan bahagian belakang yang berkuasa, Baseline mentransformasikan bagaimana acara sukan raket dikendalikan di seluruh negara.

baseline.my

Latar Belakang YAS

YAS ialah platform mikroinsurans yang terkemuka di Malaysia, menawarkan perlindungan atas permintaan yang fleksibel bagi pengembaraan, kecergasan, lumba basikal dan sukan. Menerusi pelan utamanya, YAS ACTYVE, platform ini membantu para atlet menjalani kehidupan dengan berani dan bersaing dengan penuh yakin.

my.yas.io

Untuk maklumat lanjut mengenai YAS, sila emelkan kepada: rylie@my.yas.io 

Untuk maklumat lanjut mengenai Baseline, sila emelkan kepada: hello@baseline.my 

Source: YAS Digital
Keywords: Computer/Electronics Sporting Events Sports Sports Equipment & Accessories Contracts Licensing/marketing agreements