![]() |
Peningkatan nilai jenama Shanghai Electric yang berterusan adalah lantaran struktur pembangunan jangka panjang yang bingkas dengan tumpuan yang kukuh ke atas pengurusan ESG.
SHANGHAI, 1 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Shanghai Electric (SEHK: 2727, SSE: 601727) disenaraikan antara 50 teratas bagi 500 Jenama Paling Bernilai China World Brand Lab untuk tahun ke-10 berturut-turut, dengan nilai jenama mencatat rekod sebanyak 228.565 bilion yuan ($31.8 bilion). Kedudukan ini adalah berdasarkan prestasi kewangan, kekuatan jenama dan daya saing pasaran. Pertumbuhan Syarikat ini menonjolkan peranannya dalam pembuatan yang berkualiti tertinggi, tenaga hijau dan pembangunan rendah karbon global.
Memacu Peralihan Tenaga Global melalui Inovasi: Dwi Pendekatan Teknologi Keras dan Penyelesaian Sistem
Di persimpangan antara revolusi tenaga dan pembuatan pintar, model "teknologi keras berserta penyelesaian sistem" Shanghai Electric memacu inovasi yang utama untuk menerajui pembangunan industri yang mampan. Metanol hijau mentakrifkan semula rantaian bekalan bahan api neutral-karbon, kuasa angin luar pesisir terapung memanfaatkan tenaga boleh baharu laut dalam, turbin gas tugas berat mengatasi kekangan kecekapan dan robot pintar memperkasakan "pusat saraf" pembuatan pintar. Shanghai Electric membentuk semula tenaga global dan logik industri, seterusnya menyuntik momentum ke dalam pembangunan yang berkualiti tinggi.
Selain itu, Shanghai Electric mengambil bahagian secara aktif dan berkongsi inovasi di acara-acara bertaraf antarabangsa yang utama seperti Hannover MESSE, Intersolar Europe, World Energy Congress dan Pameran Industri Antarabangsa China. Melalui perkongsian teknologi yang inovatif dan kolaborasi peringkat global, Shanghai Electric komited untuk memajukan matlamat pengurangan karbon dan menyumbang kepada pembangunan yang mampan di seluruh dunia.
Memikul Tanggungjawab Global: Shanghai Electric Memanfaatkan Teknologi dan Tindakan untuk Pembangunan Mampan
Semasa memacu peralihan tenaga global, Shanghai Electric turut menumpukan perhatiannya untuk meningkatkan pembangunan pertanian melalui penggiatan semula luar bandar dan semangat tanggungjawab sosial yang kuat. Syarikat ini mengintegrasikan bantuan pengguna dengan sumber industri bagi mempelbagaikan saluran jualan untuk keluaran pertanian, seterusnya menyuntik kevitalan ke dalam pertumbuhan ekonomi luar bandar. Selain itu, Shanghai Electric membawa teknologi canggih ke kawasan luar bandar melalui kolaborasi universiti-perusahaan, memperkasakan penaiktarafan industri dan meletakkan asas yang kukuh demi pembangunan mampan di kawasan luar bandar.
Pada tahun 2024, Shanghai Electric menunjukkan bagaimana teknologi memperkasakan kerjasama antarabangsa dan membantu memajukan transformasi tenaga global menerusi dua projek penting, iaitu pencawang digital pertama Uzbekistan di Zafarabad, meningkatkan kestabilan kuasa timur dan merangsang kerjasama China-Uzbekistan serta Ladang Angin Senj 156MW Croatia, yang merupakan ladang angin terbesar di Balkan dan menjana 530 juta kWj setiap tahun serta mengurangkan 400,000 tan karbon. Kedua-dua projek mengetengahkan eksport teknologi hijau China dan impak ekonomi serantau.
Tambahan pula, pasukan Projek Thar Shanghai Electric di Pakistan melawat kampung-kampung yang berhampiran semasa menyambut Hari Raya Aidiladha dan Hari Raya Aidilfitri dalam beberapa tahun kebelakangan ini bagi menyumbang hadiah kepada lebih 200 orang kanak-kanak dan bekalan keperluan kepada 1,500 keluarga. Menggambarkan komitmen ESGnya, projek ini melabur sebanyak $2 juta bagi menyokong mata pencarian dan menggalakkan guna tenaga tempatan. Pasukan ini turut membuka semula Stadium Marvi yang telahpun diubah suai yang asalnya dibina pada tahun 2008 dengan nilai pelaburan sebanyak $200,000. Stadium yang dinaik taraf ini memperkayakan rekreasi komuniti dan meraikan budaya kriket Pakistan.
Shanghai Electric, peneraju global bagi peralatan tenaga dan pembuatan pintar, mengintegrasikan strategi ESG ke dalam pembangunan terasnya. Melalui inovasi, tanggungjawab sosial dan kolaborasi global, ia menggalakkan ekosistem yang mampan dan saling menguntungkan. Syarikat ini merancang untuk mengukuhkan lagi kebingkasan jenama dan menyokong pembinaan masyarakat yang lebih mampan pada tahun-tahun mendatang.
Untuk maklumat lanjut mengenai pembangunan Shanghai Electric yang berterusan, sila kunjungi
https://www.shanghai-electric.com/listed_en/upload/resources/file/2025/05/19//111560.pdf.