XG, Kumpulan Penyanyi Wanita Global Menawan Dunia Sepantas Kilat
TOKYO, 1 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Casio Computer Co., Ltd. mengumumkan pada hari ini bahawa ia melantik kumpulan penyanyi wanita hip hop / R&B dianggotai oleh tujuh orang wanita yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, XG sebagai duta global untuk jenama jam tangan kalis hentakan, G-SHOCK.
XG, yang terdiri daripada anggota-anggota JURIN, CHISA, HINATA, HARVEY, JURIA, MAYA dan COCONA ialah kumpulan penyanyi wanita hip hop / R&B yang terkenal dengan muzik berani dan persembahan yang hebat. Nama kumpulan ini merupakan singkatan untuk "Xtraordinary Girls" ("Gadis Luar Biasa") yang menggambarkan komitmen mereka untuk memperkasakan orang ramai daripada semua lapisan masyarakat di seluruh dunia melalui gaya menentang genre yang melangkaui adat kebiasaan. Dengan pengikut global yang mantap, terutamanya dalam kalangan anak muda, XG semakin meningkat naik sebagai kuasa baharu dalam muzik dan budaya antarabangsa.
XG mempelopori genre muzik baharu yang digelar "X-Pop" yang terpisah jauh daripada adat kebiasaan J-Pop dan K-Pop bagi mencipta gaya mereka sendiri. Semangat lain daripada yang lain dan kekuatan ini benar-benar sejajar dengan G-SHOCK, jenama unik yang terkenal dengan sifat tahan lasak, rintangan hentakan dan reka bentuk tersendiri — menjadikan XG sebagai pilihan yang tepat bagi menjadi duta global jenama ini.
Bagi meraikan perkongsian ini, laman web khas akan memaparkan visual penting dan video promosi yang mempersembahkan XG. Berpusatkan pada slogan "Tiada Destinasi" ("No Destination"), video ini menggambarkan XG yang melangkah ke dunia baharu dengan berani bersama G-SHOCK, mengekspresikan kekuatan untuk membentuk masa depan seseorang tanpa rasa gentar atau ragu-ragu. Arahan seni diperoleh daripada YAR, pasukan kreatif yang diketuai oleh YOSHIROTTEN — salah seorang artis sedang meningkat naik yang paling cerah masa depannya di Jepun — dan memberikan pengalaman visual yang berani dan bertenaga.
XG berkata begini mengenai pelantikan mereka sebagai duta global: "Jam tangan G-SHOCK sentiasa mengingatkan kami tentang bagaimana kami tidak pernah berputus asa dalam mengejar impian kami, walaupun ketika keadaan menjadi sukar. Ia memberi kami keberanian untuk terus melangkah dan tetap mencabar diri kami. XG-SHOCK, ayuh kita!"
Visual dan kandungan penting tambahan akan dikeluarkan dari semasa ke semasa tatkala G-SHOCK terus berkongsi dunianya melalui kolaborasi bersama XG.
Laman web khas https://gshock.casio.com/intl/contents/ambassador/xg/g-shock-xg-look/
Filem khas https://youtu.be/YsjkTDKIStQ