SHANGHAI, 2 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 30 Jun, acara Marvel "Hero Assemble Limited-time Pop-up" daripada Blokees dilancarkan secara rasmi di Merlo City, Shanghai. Semasa berlangsungnya acara ini, Blokees mengadakan pelancaran di peringkat global dan dalam masa yang sama membuka peluang untuk tujuan pembelian produk Marvel Heroes Series terkininya. The Marvel Heroes - Champion Class- Captain America dan Marvel Infinity Saga Series 04 menarik minat peminat daripada semua peringkat umur.
Acara ini dipersembahkan dengan gaya berinspirasikan komik, membina semula Marvel Universe seperti yang dibayangkan oleh peminat. Apabila memasuki kedai sementara, pengunjung berasa asyik dalam dunia buku komik. Buku komik terbuka yang terpampang dengan jelas melambangkan pintu masuk ke Marvel Universe. Adegan klasik yang sudah dikenali, seperti tempikan Hulk, lidah Venom yang panjang dan lompatan dinamik Spider-Man, dihidupkan dengan jelas melalui penciptaan semula yang terperinci.
Kawasan pameran dibahagikan kepada beberapa zon, termasuk "Kawasan Paparan Produk" dan "Kawasan Pengalaman Produk." "Kawasan Paparan Produk" mempamerkan lebih 60 Blokees Poseable Model Kit (Kit Model Lagak Aksi Blokees) daripada dua siri Marvel yang utama: "Marvel Infinity Saga" dan "Spider-Man and His Magical Friends."
Marvel Infinity Saga Series 04 Blokees menawarkan seleksi watak, ketukangan dan tatamain yang lebih baik berbanding pendahulunya. Edisi ini termasuk lapan watak ikonik: Iron Man (Mark5, Mark6, Mark46), Winter Soldier, Thor, Vision, Whiplash, Ultron dan Hulk. Ia juga menonjolkan empat gandingan saingan klasik daripada filem-filem Marvel yang merangkum konflik utama dalam Marvel Universe.
Champion Class - Captain America daripada Blokees mempunyai 37 bahagian boleh gerak yang meningkatkan mobiliti serta kebolehmainan. Ia termasuk replika Hammer Thor untuk mencipta semula Captain America yang mengangkatnya dalam Avengers: Endgame. Produk ini juga boleh digabungkan dengan Ultraman dan versi Thor Bluecore yang membolehkan peminat mengenang kembali keseronokan Avengers' Big Three.
Acara ini akan diteruskan sehingga 13 Julai. Blokees menganjurkan aktiviti-aktiviti seperti Speed Assembly Competition (Pertandingan Pemasangan Laju), pengalaman pengurus kedai sehari. Aktiviti-aktiviti ini membolehkan para peserta meneroka dan berinteraksi dengan Marvel Model Kit daripada Blokees. Pertandingan Pemasangan Laju merupakan pertandingan yang amat popular, menarik minat ramai peserta serta penonton.
Acara ini menunjukkan contoh strategi globalisasi Blokees yang menyasarkan semua orang merangkumi semua julat harga. Melalui perkongsian bersama IP terkemuka, portfolio produk yang pelbagai menghubungkan pemain daripada semua peringkat usia dan minat di seluruh dunia sambil meneruskan keseronokan membina.