omniture

Cathay United Bank Menang Pengiktirafan Berganda di Bloomberg Businessweek Financial Institutions Awards 2025 untuk Inovasi Digital dan Pembiayaan Mampan

Cathay United Bank
2025-07-02 10:00 9

TAIPEI, 2 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Cathay United Bank sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa dengan menerima anugerah di Bloomberg Businessweek Financial Institutions Awards. Dianjurkan oleh Bloomberg Businessweek sejak tahun 2017, tahun ini menyaksikan kali pertama anugerah ini memperkenalkan satu kategori untuk institusi kewangan Taiwan. Bank ini menerima dua penghormatan utama: "Seni Bina Bank Terbaik Tahun Ini – Kecemerlangan" untuk model perbankan digital CUBE yang inovatif dan "Pembiayaan Mampan Korporat – Cemerlang" atas pencapaian pembiayaan mampan Cawangan Hong Kongnya. Penghormatan ini menekankan kecemerlangan Bank ini dalam memacu inovasi digital serta peralihan kemampanan dalam sektor kewangan.

Cathay United Bank received two honors in the 2025 Bloomberg Businessweek Financial Institutions Awards. Representing the Bank at the ceremony were Senior Vice President Maya Lee (left), Hong Kong Branch Chief Executive Eric Liu (center), and Senior Vice President William Chu (right). The honors underscore the Bank’s excellence in driving digital innovation and sustainability transition in the financial sector.
Cathay United Bank received two honors in the 2025 Bloomberg Businessweek Financial Institutions Awards. Representing the Bank at the ceremony were Senior Vice President Maya Lee (left), Hong Kong Branch Chief Executive Eric Liu (center), and Senior Vice President William Chu (right). The honors underscore the Bank’s excellence in driving digital innovation and sustainability transition in the financial sector.

Dengan berpegang teguh kepada falsafah yang berpusatkan pelanggan, Bank ini sudah lama komited untuk memajukan perkhidmatan kewangan dan mempercepat transformasi digital. Model perbankan digital CUBE yang inovatif daripada Bank ini menunjukkan contoh pendekatan ini: memanfaatkan CUBE Card seiring dengan CUBE App, ia meninggalkan strategi pasaran "berbilang kad" yang biasa di Taiwan. Sebaliknya, ia memperkenalkan konsep "satu kad, satu aplikasi, satu akaun" bersepadu yang memberikan pertukaran ganjaran yang fleksibel, pengalaman diperibadikan dan cerapan data masa nyata - lalu mentakrifkan semula perjalanan perbankan digital dan memperoleh pengiktirafan pelanggan yang meluas dalam pasaran yang amat kompetitif.

Dikuasakan oleh sistem parametrik dan reka bentuk modular, CUBE Card membolehkan Cathay United Bank bertindak balas dengan pantas kepada peralihan pasaran dan dalam masa yang sama memacu inovasi merentas pelbagai aplikasi, seperti keterlibatan pelanggan berasaskan ganjaran, kempen promosi bertema, jualan silang produk dalaman dan perkongsian rentas industri yang strategik. Model perniagaan ini turut diberikan paten ciptaan di Taiwan, lantas memperkukuh ekosistem kewangan Bank ini yang kian berkembang. Melangkah ke hadapan, Bank ini akan terus mengukuhkan asasnya di Taiwan, seterusnya menunjukkan hasil yang ketara dalam inovasi teknologi kewangan (fintech).

Di samping itu, Cathay United Bank turut memajukan pembiayaan mampan merentas pasaran domestik dan antarabangsa. Eric Liu, Ketua Eksekutif Cathay United Bank Cawangan Hong Kong, menyatakan bahawa cawangan berkenaan komited untuk memacu peralihan kemampanan melalui fungsi-fungsi kewangan terasnya. Dengan pemerhatian yang mendalam terhadap keperluan pelanggan korporat, cawangan itu membangunkan penyelesaian pembiayaan hijau dan mampan yang disesuaikan untuk perusahaan. Cawangan itu juga berperanan sebagai Pengatur Utama Bermandat (MLA) dalam pinjaman bersindiket berkaitan kemampanan, menunjukkan kepakaran profesional dan pengaruhnya dalam pasaran kewangan Hong Kong. Anugerah yang disampaikan kepada Cawangan Hong Kong menonjolkan pencapaian Bank ini yang diiktiraf dalam mempromosikan pembiayaan hijau dan mampan. Bank ini akan terus mengembangkan barisan produk pembiayaan mampannya, membina ekosistem kewangan hijau yang teguh dan bekerjasama dengan perusahaan demi menuju masa depan yang lestari.

Bloomberg Businessweek Financial Institutions Awards ialah salah satu penghormatan yang paling berpengaruh dalam industri kewangan global yang mengiktiraf institusi-institusi kewangan terkemuka di Asia atas prestasi dan sumbangan yang cemerlang. Buat julung kalinya pada tahun 2025, anugerah ini memperkenalkan satu kategori untuk institusi kewangan Taiwan. Panel pengadilan mempunyai kumpulan pakar yang pelbagai, termasuk ahli ekonomi, ahli akademik, penganalisis kewangan, akauntan bertauliah dan editor daripada Bloomberg Businessweek.

Source: Cathay United Bank
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Publishing/Information Service Awards Financial Technology