BANDAR RAYA HO CHI MINH, Vietnam, 2 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Cake Digital Bank (Cake) mengumumkan pada hari ini satu perkongsian strategik bersama Mobile World Investment Corporation (MWG) untuk melancarkan MWG PayLater, iaitu perkhidmatan bayar kemudian berjenama yang pertama di bawah ekosistem MWG.
Sebagai penyedia yang eksklusif untuk modal kredit dan juga infrastruktur teknologi, Cake memperkukuh kedudukannya sebagai bank digital-sahaja yang terkemuka di Vietnam, diiktiraf atas ketangkasan dan keandalannya dalam menggunakan penyelesaian teknologi kewangan (fintech) berskala besar.
Dengan perkhidmatan kewangan yang disediakan oleh Cake, pelancaran MWG PayLater menyaksikan satu pencapaian baharu dalam perjalanan inovasi runcit MWG, menawarkan kepada pelanggan melalui rangkaian runcit seluruh negaranya—termasuk The Gioi Di Dong, Dien May Xanh, TopZone dan AVAKids—pengalaman pembayaran tertunda digital sepenuhnya yang lancar.
Dengan keupayaan pembelian tanpa bayaran muka, pilihan pembayaran yang fleksibel atau bayaran ansuran sehingga 24 bulan serta tempoh tanpa faedah sehingga 90 hari, pengguna akan dapat menikmati pengalaman pembayaran kewangan yang mudah, selamat serta telus.
"Ini merupakan produk fintech pertama daripada MWG yang dilancarkan di bawah jenamanya sendiri dan kami berbangga dapat menjadi satu-satunya rakan kongsi yang memperkasakan seluruh perkhidmatan kewangan," kata Nguyen Huu Quang, Ketua Pegawai Eksekutif Cake Digital Bank. "Kami membawakan kepakaran yang terbukti dalam penerapan kewangan digital dan keupayaan untuk mereka bentuk secara bersama pengalaman pelanggan yang disesuaikan. Seiring bersama MWG, kami menyasarkan untuk menjadikan MWG PayLater sebagai penyelesaian pilihan untuk berjuta-juta pengguna Vietnam."
Menurut Truong Hong Hoang, Pengarah Pembangunan Perniagaan MWG–Kategori 'Multicat': "MWG PayLater menggambarkan komitmen berterusan kami untuk menyediakan pelanggan dengan penyelesaian kewangan yang bernilai dan didayakan teknologi. Menerusi infrastruktur dan kebolehskalaan Cake yang teguh, kami percaya perkhidmatan ini akan serta-merta menjadi pilihan yang utama."
MWG PayLater menyasarkan pengguna pasaran massa yang menginginkan kredit yang pantas dan boleh dicapai—terutamanya untuk peranti mudah alih, barangan elektronik, peralatan rumah dan keperluan keluarga. Perkhidmatan ini akan diperluas kepada jejak omnisaluran penuh MWG, termasuk platform dalam talian dan An Khang Pharmacy, menjelang Julai 2025.
Tawaran baharu ini meneruskan kejayaan pelancaran produk pinjaman segera antara kedua-dua syarikat pada akhir 2024 yang menyaksikan penerimagunaan pengguna yang pantas. Fasa kolaborasi yang seterusnya ini memperdalam penjajaran strategik mereka dalam bidang kewangan digital dan inovasi berpusatkan pelanggan.
Untuk butiran lanjut, sila hubungi:
Cik Tran Hong Nguyen
Pasukan Komunikasi Korporat & Perhubungan Awam – Cake Digital Bank
Emel: theresa.tran@cake.vn
Laman Web: https://cake.vn