KUALA LUMPUR, Malaysia, July 3, 2025 /PRNewswire/ -- Eye Level Malaysia, jenama terkemuka dalam pendidikan tambahan, telah mengumumkan Promosi Pertengahan Tahun khas yang bertujuan untuk menyemarakkan semula minat pembelajaran dalam kalangan kanak-kanak sempena pertengahan tahun persekolahan.
Set Blok Eye Level direka khas untuk menggalakkan kreativiti dan pembelajaran berasaskan sentuhan. Ditawarkan kepada pelajar baharu yang mendaftar dari 1 hingga 31 Julai 2025.
Dari 1 Julai hingga 31 Julai 2025, semua pelajar baru yang mendaftar dalam program Matematik atau Bahasa Inggeris Eye Level akan menerima Set Blok Eye Level edisi terhad secara percuma sebagai hadiah alu-aluan. Inisiatif ini menunjukkan komitmen berterusan Eye Level dalam menyokong pelajar dan menyuntik motivasi baru dalam perjalanan akademik mereka.
Menangani Cabaran Pembelajaran Dalam Kalangan Pelajar Malaysia
Laporan terbaru Bank Dunia, Bending Bamboos: Strengthening Foundational Skills, mendedahkan isu kritikal: 24% kanak-kanak Malaysia tidak memiliki kemahiran asas yang mencukupi apabila memasuki sekolah rendah. Menjelang usia 11 tahun, masalah ini semakin memburuk, dengan 42% pelajar gagal mencapai tahap kefahaman membaca yang memuaskan.
Ramai pelajar ini mengalami keletihan pembelajaran (learning fatigue) yang berpunca daripada kesukaran memahami konsep asas. Ini membawa kepada penurunan keyakinan, kurang penglibatan dalam kelas serta menimbulkan rasa kecewa dalam kehidupan akademik mereka. Atas sebab inilah semakin ramai ibu bapa di Malaysia mendapatkan sokongan daripada pusat pembelajaran yang dipercayai seperti Eye Level.
Memulihkan Semangat Belajar dengan Pendekatan Peribadi Eye Level
Dalam suasana pembelajaran masa kini yang serba pantas, kanak-kanak mudah merasa terbeban hingga hilang minat untuk belajar. Eye Level mengatasi isu ini melalui program Matematik dan Bahasa Inggeris yang diperibadikan, membolehkan pelajar belajar mengikut tahap dan kelajuan masing-masing. Pendekatan ini bukan sahaja membina keyakinan dan memupuk rasa ingin tahu, malah mengembalikan minat sebenar dalam pembelajaran.
Tambahan pula, Set Blok Eye Level sebagai hadiah promosi akan memberi motivasi tambahan kepada pelajar. Ia berfungsi sebagai alat pembelajaran kreatif dan menyeronokkan yang membawa konsep pembelajaran ke dunia nyata melalui aktiviti praktikal.
Jangan Lepaskan Peluang Ini!
Lengkapkan perjalanan pembelajaran anak anda hari ini. Promosi istimewa ini adalah peluang terbaik untuk memberi mereka asas yang kukuh dan semangat baharu untuk cemerlang.
Layari myeyelevel.com atau hubungi 03-2093 1909 untuk maklumat lanjut dan pendaftaran.
Tentang Eye Level
Eye Level ialah organisasi pendidikan yang diiktiraf di peringkat global dan beroperasi di 18 negara. Eye Level telah memperkasa berjuta-juta pelajar melalui program Matematik dan Bahasa Inggeris yang disesuaikan mengikut pelajar. Kurikulum Eye Level telah dibangunkan oleh pakar memberi tumpuan kepada kemahiran berfikir kritis, penyelesaian masalah, dan pembelajaran kendiri—semua ini untuk menolong mempersiapkan pelajar untuk berjaya dalam dunia yang semakin kompetitif.