omniture

Hisense Bawa Peminat Global Lebih Dekat dengan Permainan menerusi Pengalaman "Own the Moment" Semasa FIFA Club World Cup 2025™

Hisense
2025-07-03 17:00 71

QINGDAO, China, 3 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah bertaraf global, membawakan detik-detik yang tidak dapat dilupakan oleh peminat semasa FIFA Club World Cup 2025™ menerusi kempen "Own the Moment" ("Kuasai Detik Ini") globalnya.

Di MetLife Stadium di New York/New Jersey, Hisense mencipta zon pengalaman teknologi imersif seluas 100-meter-persegi yang menjadi "stadium rumah kedua" untuk peminat. Dibuka selama 28 hari dan 9 hari perlawanan, zon ini mempamerkan TV, TV Laser, peti sejuk dan penyaman udara melalui senario yang imersif. Zon TV RGB-MiniLED yang membawakan model-model U7 100", U8 100" dan UX 116", menarik minat beribu-ribu pengunjung bagi menyertai permainan menjaringkan gol bola sepak yang interaktif.

Di seluruh A.S., Hisense berhubung dengan peminat melalui jelajah "Own the Moment" di beberapa bandar dan kedai jualan sementara khusus di American Dream Mall. Jelajah ini, yang mengunjungi 19 bandar melalui pengaktifan lot letak kereta runcit, mengundang pengunjung untuk menonton perlawanan pada skrin gergasi, bermain permainan video bertemakan bola sepak, menyejukkan diri dengan peralatan Hisense dan mencipta kad pertukaran dikuasakan AI. Sementara itu, kedai jualan sementara di American Dream Mall (23 Jun–14 Julai) menawarkan akses langsung kepada inovasi yang terkini daripada Hisense, termasuk TV 116" utama dan peti sejuk pintar Cross-door, di samping hadiah percuma setiap harian dan pengaktifan pilihan menerusi produk-produk seperti VAR Challenge dan Live Game Zone. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Hisense Own the Moment Tour dan pengaktifan lain serta untuk mencari hentian jelajah tambahan berhampiran anda, kunjungi www.hisense-usa.com/fifa-club-world-cup-2025.

Bagi meneruskan momentum FIFA Club World Cup 2025 yang semakin meningkat, Hisense membawakan pengalaman yang penting ke Timur Tengah menerusi jerayawara yang menakjubkan di Mall of the Emirates yang ikonik di Dubai. Acara ini mempersembahkan penampilan yang istimewa oleh bekas penjaga gol Real Madrid, En. Iker Casillas bagi menarik minat khalayak yang bersemangat dan meningkatkan hubungan kukuh jenama ini dengan sukan global. Menerusi pencapaian produk yang utama, Hisense turut memperkenalkan TV RGB-MiniLED 116-inci yang pertama di dunia, dikuasakan oleh pemproses AI yang paling canggih daripada jenama ini. TV yang canggih memberikan warna-warna yang sangat terang, kecerahan luar biasa dan kualiti gambar yang amat jelas, lantas menekankan kedudukan Hisense di barisan hadapan bagi teknologi hiburan rumah. Dengan memanfaatkan Penajaan Real Madrid, Hisense mempamerkan barisan produk edisi terhad Real Madrid yang eksklusif—satu tawaran unik untuk peminat dan pembuktian selanjutnya komitmen jenama ini untuk menggabungkan sukan dan inovasi. Ruang ini menjadi rancak dengan pengaktifan interaktif, penampilan selebriti dan detik-detik pempengaruh, lalu mencetuskan heboh media yang mantap serta memperkukuh peranan Hisense sebagai penginovasi global dalam teknologi hiburan.

"Teknologi menjadi bahagian yang penting dari segi sejauh mana peminat melalui pengalaman bola sepak hari ini," kata Iker Casillas. "Sama ada anda berada di stadium atau di rumah, kualiti pengalaman menonton membentuk cara anda berhubung dengan permainan. Sungguh mengagumkan apabila dapat melihat bagaimana syarikat-syarikat seperti Hisense menerobos sempadan apa yang mungkin dicapai, lalu memudahkan peminat untuk berasa lebih dekat dengan aksi, suasana dan emosi dalam setiap perlawanan."

Di serata dunia, Hisense membantu peminat agar benar-benar Menguasai Detik Ini. Dengan menggabungkan teknologi bertaraf dunia dengan pengalaman yang tidak dapat dilupakan, Hisense mengubah setiap hari perlawanan menjadi perayaan peribadi bagi sukan, inovasi dan perhubungan.

Latar Belakang Hisense

Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di seluruh dunia bagi jumlah penghantaran volum TV (2022-2024) dan No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan lebih (2023- S12025). Sebagai rakan kongsi rasmi pertama FIFA Club World Cup 2025™, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan penonton di seluruh dunia.

Source: Hisense
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Retail Sporting Events Sports New products/services