Jaya Grocer dan The Sanctum Garden kini menjadi sebahagian daripada ekosistem dinamik Toppen apabila pusat berkenaan terus berkembang sebagai destinasi untuk berhubung, menikmati makanan dan memenuhi keperluan gaya hidup harian.
JOHOR BAHRU, Malaysia, 4 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Toppen Shopping Centre, destinasi pertemuan dan hab komuniti pilihan di Johor, memperkukuh kedudukannya tahun ini dengan dua tawaran baharu yang serba menarik. Bermula Ogos ini, Jaya Grocer akan memperkenalkan pendekatan baharu dalam pengalaman membeli-belah barangan runcit di Toppen, diikuti oleh kehadiran The Sanctum Garden pada bulan September – sebuah destinasi menjamu selera berkonsep pelbagai oleh Chao Shan (CS) Group of Restaurants yang menampilkan elemen makanan, kebersamaan dan detik bermakna. Kedua-dua tawaran baharu ini selaras dengan visi Toppen untuk menjadi lebih daripada sekadar pusat beli-belah – ia adalah ruang dinamik berteraskan komuniti di mana keluarga, rakan-rakan dan penduduk setempat berhimpun setiap hari untuk berinteraksi, menikmati kehidupan dan mencipta kenangan bersama.
Meningkatkan Pengalaman Membeli-belah Harian di Jaya Grocer
Jaya Grocer terbaharu berkeluasan 27,106 kaki persegi dijadualkan dibuka pada 31 Ogos 2025. Direka sebagai destinasi mesra pengguna untuk aktiviti membeli-belah setiap hari, ia menandakan pembukaan cawangan kelima jenama berkenaan di selatan Malaysia – dan yang pertama memperkenalkan konsep dalaman yang kemas dan minimalis diinspirasikan daripada kesederhanaan dan kemesraan gaya hidup Sweden, disesuaikan secara teliti bagi mewujudkan pengalaman komuniti yang serba unik.
Daripada segmen hasil segar, pilihan organik dan sumber tempatan, hinggalah ke snek mesra kanak-kanak, Jaya Grocer memenuhi keperluan isi rumah yang mementingkan kesihatan yang serta mengutamakan pembelian yang lebih bijak dan berhemah bersama keluarga. Selaras dengan komitmen terhadap kelestarian, kedai berkenaan turut memperkenalkan amalan mesra alam seperti penggunaan beg boleh guna semula dan integrasi lancar dengan GrabMart, sekali gus memudahkan pelanggan untuk membeli-belah secara bertanggungjawab dan cekap – sama ada secara fizikal mahupun dalam talian.
"Kami berbesar hati dapat mengembangkan kehadiran kami di Johor menerusi pembukaan Jaya Grocer di Toppen, sebuah lokasi yang berkongsi aspirasi kami dalam membina ruang yang berteraskan komuniti dan penuh makna," kata Daniel Teng, Ketua Pegawai Eksekutif Jaya Grocer. "Di Jaya Grocer, kami komited untuk menawarkan pengalaman membeli-belah barangan runcit yang premium dan mudah diakses dengan menekankan aspek kualiti, kesegaran dan kemudahan untuk semua lapisan pengguna."
"Kedai baharu ini turut mencerminkan pelaburan berterusan kami dalam bidang inovasi, dalam memperkukuh integrasi dalam talian ke luar talian (O2O) menerusi platform GrabMart. Pengalaman membeli-belah yang lancar ini bukan sahaja memberi manfaat kepada pengguna – terutamanya keluarga yang mementingkan kesihatan dan sentiasa mengejar masa – malah turut menyumbang kepada kejayaan kami meraih gelaran Pasar Raya Terbaik 2025 (Supermarket of the Year 2025) di Anugerah Runcit Asia (Retail Asia Awards). Seiring pertumbuhan bersama Toppen, kami berharap dapat memperkaya kehidupan harian warga Johor dengan menawarkan pendekatan membeli-belah yang lebih bijak dan lebih memuaskan sama ada secara fizikal mahupun digital," tambahnya.
Tempat untuk Berhimpun: The Sanctum Garden oleh CS Group
The Sanctum Garden yang dinaungi oleh CS Group of Restaurants bakal mekar berkembang di Toppen pada bulan September ini sebagai ruang untuk meraikan makanan dalam suasana yang mesra dan menarik. Lebih daripada sekadar destinasi menjamu selera, ia merupakan tempat yang menyatukan elemen perayaan, komuniti dan citarasa sajian di bawah satu bumbung yang menenangkan. Destinasi berkonsepkan pelbagai ini menawarkan dua jenis pengalaman - sajian ala carte dan jamuan dalam suasana taman yang mempesona, direka dengan begitu teliti untuk menjadi lokasi ideal bagi acara harian mahupun sambutan istimewa.
Dilengkapi dua dewan bankuet elegan yang mampu menampung sehingga 250 tetamu setiap dewan, The Sanctum Garden sesuai untuk majlis perkahwinan, sambutan keluarga serta acara komuniti. Bahagian ala carte pula beroperasi setiap hari, dan boleh menerima sehingga 300 tetamu dengan suasana yang selesa serta menyajikan menu bebas daging khinzir dan lemak khinzir serta diilhamkan daripada cita rasa sajian masakan Nanyang.
"Kami amat teruja untuk memperkenalkan The Sanctum Garden di Toppen, sebuah tempat yang mempertemukan sajian kulinari istimewa dengan suasana yang mesra, menarik dan mengalu-alukan,' ujar Tang Si Yon, Ketua Pegawai Eksekutif CS Group of Restaurants. "Visi kami adalah untuk mewujudkan lebih daripada sekadar destinasi menjamu selera. Kami berhasrat untuk membina sebuah hab komuniti di mana ahli keluarga, rakan-rakan dan jiran tetangga hadir dapat berkumpul untuk berkongsi hidangan, meraikan detik-detik istimewa dan mengukir kenangan manis."
Toppen: Hab Pengalaman Gaya Hidup
Toppen terus memperkaya senarai penyewanya bagi memenuhi kehendak serta gaya hidup keluarga dan komuniti masa kini. Daripada pengalaman peruncitan, sajian kulinari dan elemen gaya hidup yang interaktif, Toppen baru-baru ini menyambut kedatangan beberapa rakan niaga baharu seperti Pet Lovers Centre, LG PuriCare, HP Concept Store, Miniso, LokalTeez, TEAM2 Hair & Nail Studio dan MI Store.
Dalam beberapa bulan akan datang, pengunjung boleh menantikan pembukaan pelbagai jenama menarik seperti Panda Eyes, Nichii, Clarks, Thong Bowl, YGF Malatang dan Vivo. Kemunculan tawaran-tawaran baharu, bersama ketibaan yang amat dinanti-nantikan seperti Jaya Grocer dan The Sanctum Garden, bakal menambahkan lebih banyak lagi pengalaman Toppen yang dipenuhi dengan kepelbagaian, kemudahan dan kenikmatan.
Sergey Aristarkhov, Pengurus Toppen Shopping Centre berkata, "Visi kami untuk Toppen berlandaskan pertumbuhan mampan yang benar-benar memberi kesan positif dan berkekalan kepada komuniti. Daripada mengejar pengembangan geografi, kami lebih memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh hubungan dengan komuniti setempat melalui penambahbaikan dan inovasi berterusan dalam ruang sedia ada. Matlamat kami adalah untuk menjadikan Toppen lebih daripada sekadar sebuah pusat beli-belah – ia merupakan destinasi sehenti dinamik yang menampilkan pengalaman peruncitan, sajian makanan dan gaya hidup dengan begitu lancar. Kami komited untuk mencipta persekitaran yang dapat memupuk hubungan yang tulus, menyokong interaksi komuniti dan memenuhi keperluan keluarga serta individu masa kini. Kami ingin memastikan setiap pengunjung berasa dialu-alukan, terinspirasi dan diberi sokongan dalam setiap aspek kehidupan harian mereka."
Toppen terus membentuk ruang yang membangkitkan rasa kebersamaan, berpaksikan matlamat yang jelas dan memberi inspirasi kepada setiap pengunjungnya sekali gus menjadikan kehidupan harian mereka bukan sahaja lebih mudah malah lebih baik. Sebagai sebahagian daripada Ikano Centres, usaha ini mencerminkan komitmen yang berterusan dalam mewujudkan tempat pertemuan yang bermakna dalam komuniti. Ia direka dengan tujuan yang jelas dan terus berkembang dengan pengalaman, tawaran serta ruang yang menaik dan relevan, demi memenuhi keperluan orang ramai.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.toppen.my atau ikuti kami di Instagram dan Facebook.
Mengenai Toppen Shopping Centres
Toppen Shopping Centre merupakan pusat komuniti bersepadu seluas 1.25 juta kaki persegi, yang menempatkan IKEA pertama di luar Lembah Klang sebagai penyewa utama. Salah satu ciri unik Toppen ialah The Topp, sebuah hab komuniti pertama seumpamanya di atas bumbung, menawarkan pelbagai pengalaman menarik untuk semua lapisan masyarakan – dari hiburan tanpa henti hingga ke santapan alfresco dan pawagam terbuka.
Toppen adalah sebahagian daripada portfolio pusat membeli-belah milik Ikano Retail. Bersama dengan IKEA Tebrau, Toppen menyediakan destinasi gaya hidup yang menyeronokkan dan inklusif, menjadikan ia tempat pilihan bagi masyarakat di Selatan Malaysia dan sekitarnya untuk beriadah dan berbelanja dalam suasana yang unik.
Mengenai Ikano Centres
Portfolio pusat beli-belah kami merupakan tunjang dan hab komuniti yang berperanan mencipta kehidupan harian yang lebih baik untuk 100 juta pengunjung setiap tahun. Bersama-sama dengan gedung IKEA, kami mencipta tempat pertemuan yang selamat untuk teman dan ahli keluarga bergembira. Selain membangunkan pusat beli-belah, kami turut melabur dalam pembangunan tanah untuk kediaman, pejabat dan pelbagai jenis hartanah lain bagi mencipta destinasi yang menyeluruh di mana orang ramai boleh tinggal, bekerja dan berhibur dalam persekitaran yang harmoni. Dengan aspirasi yang tinggi untuk mengembangkan lagi portfolio kami, kami ketika ini mengendalikan lima tempat pertemuan di Malaysia dan Thailand termasuk IPC dan MyTOWN di Kuala Lumpur, Toppen di Johor Bahru, Klippa, fasa pertama pusat beli-belah di Pulau Pinang, dan Megabangna di Bangkok. Kami adalah sebahagian daripada Ikano Retail, satu-satunya pemegang francais IKEA di dunia yang dimiliki oleh keluarga Kamprad, pengasas IKEA. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila kunjungi LAMAN SESAWANG atau laman LINKEDIN Ikano Centres.