![]() |
PORT VILA, Vanuatu, 7 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Jenama Vantage yang diiktiraf di peringkat global telahpun diberi penghormatan dengan dua anugerah berprestij di Online Money Awards pada tahun ini dan mendapat pengiktirafan tertinggi dalam kategori "Broker Berbilang Aset Terbaik" dan juga "Perkhidmatan Pelanggan Terbaik". Anugerah-anugerah ini menggambarkan komitmen jenama ini dalam menyampaikan pengalaman perdagangan yang luar biasa dan sokongan pelanggan merentas pasaran global.
Online Money Awards 2025 menampilkan persaingan yang sengit, menerusi lebih 200 calon dalam 23 kategori. Lebih daripada 9,000 pedagang runcit dan pelabur mengambil bahagian dalam proses pengundian, seterusnya menjadikan anugerah ini sebagai satu sokongan yang penting daripada komuniti perdagangan.
Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage, menyatakan: "Anugerah ini mengesahkan usaha Vantage yang berterusan untuk menyediakan pedagang dengan capaian berbilang aset yang komprehensif serta perkhidmatan pelanggan yang utama dalam industri. Pengiktirafan ini amat bermakna khususnya kerana ia diberikan terus daripada komuniti perdagangan yang mendapat khidmat kami."
Dianjurkan melalui perkongsian bersama The Armchair Trader, Online Money Awards menonjolkan kecemerlangan dalam bidang perkhidmatan kewangan. Archie Humphries, Pengarah di Holiston Media, menyatakan: "Kekuatan dan kedalaman penyertaan pada tahun ini benar-benar sesuatu yang mengagumkan. Dengan persaingan yang sengit dalam banyak kategori, 23 pemenang yang diumumkan hari ini menunjukkan inovasi, kecemerlangan perkhidmatan dan kepimpinan pasaran yang luar biasa." Michael Morton, Pengasas The Armchair Trader, menambah: "Kami sentiasa bersemangat untuk menonjolkan syarikat-syarikat yang memberikan nilai sebenar kepada pelabur dan pedagang. Keterlibatan kami dalam Online Money Awards membolehkan kami untuk kekal berhubung erat dengan yang terbaik di pasaran."
Menerusi pencapaian yang terkini ini, Vantage memperkukuh kedudukannya sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk pedagang di peringkat global, menggabungkan tawaran aset yang pelbagai dengan sokongan pelanggan yang luar biasa.
Kunjungi Vantage Markets untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan Vantage yang memenangi anugerah.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan andal yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.
berdagang lebih bijak @vantage
Latar Belakang Online Money Awards
Online Money Awards dianjurkan oleh Holiston Media seiring bersama The Armchair Trader yang bermatlamat untuk mengiktiraf dan memberi ganjaran kepada syarikat-syarikat berprestasi terbaik dalam sektor pelaburan swasta dan kekayaan terarah sendiri.
AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.
Nota: Anugerah-anugerah yang dirujuk dikaitkan dengan jenama Vantage dan mungkin tidak terpakai untuk semua entiti dalam kumpulan Vantage. Pelanggan harus merujuk kepada laman web entiti Vantage yang berkaitan untuk perkhidmatan wilayah tertentu dan pendedahan berperaturan.