![]() |
KUALA LUMPUR, Malaysia, 8 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Sebagai sebahagian daripada pengembangan strategik Archipelago di Malaysia. Quest Hotel Midport Port Dickson membuka pintunya pada 8 Julai 2025. Dengan permintaan yang semakin meningkat terhadap penginapan yang menggabungkan ciri keselesaan moden dengan pengalaman autentik, hotel ini direka untuk menyediakan penginapan yang luar biasa untuk keluarga, pengembara perniagaan dan senggang yang ingin meneroka keindahan Port Dickson.
Sebagai Quest Hotel yang pertama di Malaysia, hartanah ini membawakan reka bentuk unik yang mengintegrasikan dengan lancar pengaruh tempatan dengan layanan baik yang tulus. Terletak untuk kemudahan orang ramai di Batu 13 Km 21 Pasir Panjang, berhampiran sempadan Melaka, Quest Hotel Midport Port Dickson menawarkan pengalaman penginapan yang mesra, selesa dan tidak dapat dilupakan.
Quest Hotel Midport Port Dickson menawarkan 413 bilik yang direka dengan elegan, menggabungkan kekayaan estetik dalam hiasan Batik Indonesia untuk mencipta suasana yang meriah lagi menenangkan. Dengan sepuluh kategori bilik, memberikan penginapan kepada dua hingga enam tetamu, hotel ini dapat memenuhi keperluan keluarga, pasangan dan pengembara solo yang menginginkan keseimbangan yang sempurna antara keselesaan dan gaya.
Setiap bilik dilengkapi dengan tempat tidur premium, Wi-Fi berkelajuan tinggi, TV skrin rata dengan saluran antarabangsa dan ruang kerja ergonomik bagi memastikan penginapan yang optimum untuk setiap tetamu.
Kategori Bilik di Quest Hotel Midport Port Dickson
Bahagian yang penting daripada pengalaman Quest Hotel Midport Port Dickson ialah Serambi Rasa, tempat menjamu selera yang utama di hotel ini yang terletak di tingkat bawah. Dengan 275 tempat duduk, restoran ini menawarkan gabungan yang menyelerakan antara sarapan bufet harian dan menu à la carte. Bagi mereka yang menginginkan citarasa antarabangsa, pilihan masakan global yang dikurasi dengan teliti turut disajikan.
Splash Park di Quest Hotel Midport Port Dickson merupakan tempat tarikan yang meriah dan menarik yang direka khas untuk kanak-kanak, menawarkan keseronokan dan gelak ketawa yang tidak berkesudahan. Menyediakan tiga gelongsor air yang menyeronokkan dan kawasan main air yang luas, ia merupakan tempat yang amat sesuai untuk kanak-kanak menyejukkan badan dan menikmati pengembaraan air yang selamat dan interaktif. Bersebelahan dengan Splash Park pula terdapat halaman rumput hijau yang subur, sesuai untuk hari keluarga, sukaneka dan pelbagai acara luar. Sama ada parti hari jadi, lawatan sekolah atau sekadar hujung minggu yang menyeronokkan bersama keluarga, Splash Park dapat mencipta detik yang tidak dapat dilupakan untuk tetamu daripada semua peringkat usia.
Port Dickson dikenali sebagai salah satu destinasi pantai yang terbaik di Malaysia, menawarkan kombinasi antara keindahan alam semula jadi dan aktiviti rekreasi. Para tetamu di Quest Hotel Midport Port Dickson boleh mengunjungi pelbagai destinasi yang menawan dengan mudah, seperti Pantai Tanjung Biru (Blue Lagoon), Hutan Rekreasi Tanjung Tuan, Pantai Teluk Kemang, Dickson Bay Golf Resort, Kampung Orang Asli Bukit Kepong dan banyak lagi.
"Quest Hotel Midport Port Dickson mencipta satu pencapaian yang penting dalam pengembangan kami di Malaysia. Kami bermatlamat untuk menyediakan pengalaman penginapan yang selesa baik untuk keluarga mahupun pengembara perniagaan. Matlamat kami adalah untuk memberikan standard perkhidmatan tinggi yang membuatkan Archipelago terkenal kerananya," kata John Flood, Ketua Pegawai Eksekutif Archipelago.
Quest Hotel Midport Port Dickson dijangka akan menjadi pilihan utama pengembara yang menginginkan keseimbangan antara keselesaan, gaya dan pengalaman autentik.
Untuk maklumat lanjut mengenai Archipelago, kunjungi www.archipelagohotels.com dan portdickson.questhotels.com, atau ikuti kami di Instagram @archipelagointernational dan @questportdickson
Latar Belakang Archipelago
Archipelago ialah kumpulan pengurusan hotel milik persendirian terbesar di Asia Tenggara yang mempunyai lebih daripada 45,000 bilik dan kediaman di lebih 300 hotel di seluruh Asia Tenggara, Amerika Latin, Caribbean, Timur Tengah dan Oceania. Sebuah syarikat hotel yang dipercayai dengan rekod prestasi yang panjang dan 13 jenama memenangi anugerah, termasuk Aston, Alana, Huxley, Kamuela, Avanika, Harper, Quest, Four Corners, Neo, fave, Nordic, Powered by Archipelago dan Aston Collection .