![]() |
PORT VILA, Vanuatu, 8 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets melabuhkan tirai pamerannya dengan amat berjaya di Money Expo Colombia 2025 yang menyaksikan kehadirannya di edisi kedua bagi salah satu acara kewangan ulung Amerika Latin ini. Diadakan pada 25–26 Jun di Ágora Bogotá Convention Center, ekspo ini menghimpunkan broker, penginovasi teknologi kewangan (fintech), pelabur dan pedagang yang terkemuka di rantau ini. Vantage menonjol dengan mengadakan reruai terbesar di acara ini yang menggabungkan dua ruang pameran bagi mencipta pengalaman berimpak tinggi dan imersif untuk para hadirin.
Turut menambah keterujaan, Vantage diberi penghormatan menerusi anugerah Program Gabungan Terbaik 2025 yang merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmennya dalam membina rangkaian gabungan yang telus dan berorientasikan pertumbuhan.
Vantage menonjolkan kepakaran pasarannya menerusi tiga penampilan pengucapan yang utama oleh pasukan kepimpinannya.
Selain daripada penampilan penceramah, reruai interaktif Vantage turut menjadi hab untuk perangkaian dan keterlibatan hadirin. Penyertaan jenama ini mencerminkan minatnya untuk menyumbang kepada landskap inovasi kewangan rantau ini.
Detik yang menonjol berlaku pada Hari ke-2 apabila legenda bola sepak Colombia Faustino "El Tino" Asprilla mengunjungi reruai Vantage. Kehadirannya menarik minat orang ramai yang bersemangat, dengan ramai hadirin beratur untuk bergambar dan mendapatkan autograf.
"Money Expo Colombia menjadi titik pertemuan yang utama bagi sektor kewangan di Amerika Latin," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets. "Kami berasa gembira dapat mengambil bahagian dalam acara ini. Penyertaan kami menggambarkan sokongan berterusan Vantage terhadap pendidikan perdagangan dan keterlibatan dengan komuniti perdagangan global."
Tatkala Vantage terus meninjau peluang untuk berhubung dengan pedagang di peringkat global, pasukan ini berharap dapat meneruskan momentum ini – memacu inovasi, memupuk pendidikan dan menyokong pedagang di semua peringkat.
Latar Belakang Vantage
Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.
Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan yang andal, aplikasi perdagangan mudah alih memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.
berdagang lebih bijak @vantage
AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.