QINGDAO, China, 8 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Hisense, jenama global yang terkemuka bagi barangan elektronik pengguna dan peralatan rumah, terus memaparkan teknologi paparan termajunya di pentas sukan terbesar di dunia. Semasa berlangsungnya FIFA Club World Cup 2025™, skrin canggih daripada Hisense ditampilkan di bilik Pengadil Berbantukan Video (VAR) di International Broadcast Center (IBC) untuk memberikan pemandangan yang sangat tajam dan imersif bagi setiap perlawanan.
Sistem VAR menuntut standard yang sangat tinggi bagi prestasi paparan, termasuk resolusi ultra-tinggi, ketepatan warna dan keresponsifan masa nyata. Teknologi skrin yang canggih daripada Hisense memberikan kejelasan dan kejituan yang diperlukan, demi memastikan setiap perincian dalam setiap permainan dapat dilihat dengan fideliti yang tiada tandingan.
Ini merupakan kali pertama FIFA memberikan hak penjenamaan skrin VAR yang eksklusif kepada rakan kongsi, lantas menekankan pengaruh Hisense yang semakin meningkat sebagai penyedia penyelesaian paparan profesional yang dipercayai untuk sukan tahap elit.
Di sebalik bilik kawalan, penjenamaan Hisense turut dipaparkan dengan jelas di dalam stadium—bermula daripada papan perimeter LED yang dinamik hinggalah jumbotron gergasi—yang mempamerkan mesej berani seperti TV "HISENSE 100", No.1 GLOBAL" dan "TV #RGB-MiniLED". Mesej ini memperkukuh komitmen Hisense terhadap kecemerlangan teknologi dan kepimpinan global—lalu menonjolkan inovasi unggulan seperti TV 100-inci dan paparan RGB-MiniLED termaju di pentas dunia.
Tatkala khalayak global menonton televisyen bagi menyaksikan aksi berkenaan, Hisense dengan bangganya meneruskan misinya untuk meningkatkan pengalaman menonton—di padang, di dalam bilik VAR dan di rumah. Dengan inovasi paparannya yang menjadi tunjang permainan, Hisense memperkasakan semua orang untuk benar-benar Menguasai Detik Ini.
Latar Belakang Hisense
Hisense, ditubuhkan pada tahun 1969, ialah peneraju yang diiktiraf di peringkat global bagi peralatan rumah dan barangan elektronik pengguna dengan operasi di lebih 160 negara, mengkhusus dalam menyampaikan produk multimedia berkualiti tinggi, peralatan rumah dan penyelesaian IT pintar. Menurut Omdia, Hisense menduduki kedudukan No. 2 di seluruh dunia bagi jumlah penghantaran volum TV (2022-2024) dan No. 1 di peringkat global dalam segmen TV 100-inci dan lebih (2023- S12025). Sebagai rakan kongsi rasmi pertama FIFA Club World Cup 2025™, Hisense komited terhadap perkongsian sukan global sebagai cara untuk berhubung dengan khalayak di seluruh dunia.