Gstarsoft Memperkenalkan GstarCAD 2026 : Pengalaman diperbaharui yang berfungsi dengan cara anda.
SUZHOU, China, 10 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Gstarsoft, penyedia yang terkemuka bagi perisian industri dengan kepakaran dalam penyelesaian CAD, mengumumkan keluaran transformatif GstarCAD 2026. Direka untuk meningkatkan setiap aspek perjalanan pengguna—bermula dengan bagaimana rupanya hinggalah bagaimana ia berfungsi—versi ini menunjukkan standard baharu yang berani dalam prestasi CAD, kebolehgunaan dan reka bentuk pintar. Dengan UI yang diperbaharui, kelajuan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan alatan lebih pintar yang dapat menangani cabaran dunia sebenar, GstarCAD 2026 bukan sahaja menawarkan ciri-ciri tetapi pengalaman reka bentuk yang lengkap.
Sebagai salah satu platform CAD yang paling dipercayai di dunia dengan pengguna di lebih 100 negara, GstarCAD telah lama bertapak kukuh lantaran keserasian yang tinggi, pelesenan yang fleksibel dan inovasi produk tanpa henti. "Menerusi GstarCAD 2026, kami menetapkan standard baharu: memberi kebebasan, kuasa dan kelancaran aliran kerja kepada para pencipta untuk merealisasikan idea dengan lebih pantas dan lebih baik," kata Meiyu Huang, Ketua Pembangunan Perniagaan Antarabangsa di Gstarsoft. "Keluaran ini menggambarkan hubungan kami yang semakin mendalam bersama pengguna yang menukar maklum balas mereka menjadi penaiktarafan yang bermakna."
Wajah Baharu — Pengalaman Visual dan Kebolehgunaan Lebih Baik untuk Menikmati Reka Bentuk Anda
Antara muka serba baharu dalam GstarCAD 2026 dibina untuk menjadikan seni reka bentuk lebih intuitif dan menyeronokkan. Selepas dua tahun menjalani pembangunan semula yang lengkap, setiap elemen telahpun diperhalusi—daripada lebih 1,500 ikon SVG yang dilukis semula hinggalah warna-warna tema yang dikemas kini dan susun atur tereka bentuk yang membawakan fokus dan kejelasan yang lebih baik. Direkayasa untuk sesi kerja yang panjang, reka bentuk baharu ini dapat mengurangkan keletihan visual sambil menawarkan persekitaran yang kemas dan moden yang terasa seperti berada di rumah dalam aliran kerja kreatif masa kini.
Di sebalik tabir, antara muka yang diolah yang dibina pada seni bina WPF bukan sahaja meningkatkan keresponsifan tetapi turut menawarkan antara muka pembangunan sekunder yang dioptimumkan. Kebolehgunaan setiap hari juga telah diperhalusi dengan sentuhan yang difikirkan dengan teliti seperti pratinjau dokumen terkini yang lebih jelas, penyesuaian klik-kanan panel reben yang pantas dan editor teks terbenam reben yang membantu memaksimumkan kecekapan ruang kerja.
Kelajuan Lebih Pantas — Prestasi Lebih Lancar untuk Merealisasikan Idea Anda
Keluaran 2026 merupakan pengalaman GstarCAD yang paling pantas dan paling lancar yang pernah disampaikan. Sama ada membuka lukisan besar, menukar pandangan atau melaksanakan arahan teras, setiap interaksi terasa lebih ringan dan lebih pantas. Ujian dalaman mendedahkan purata peningkatan kelajuan 40% dalam masa muat lukisan, dengan operasi seperti "Hatch" & "Extend" masing-masing mencapai peningkatan lebih 30X dan 11X.
Peningkatan prestasi ini bukan sekadar nombor, tetapi disasarkan khusus untuk menghapuskan kesesakan dalam tugas reka bentuk dunia sebenar, terutamanya untuk pasukan yang mengurus lukisan besar atau lukisan terperinci. Dengan mengurangkan masa menunggu dan meningkatkan keresponsifan, GstarCAD 2026 membantu pengguna sentiasa fokus dalam tugasan dan menghasilkan projek dengan lebih pantas, walaupun dengan tarikh akhir yang ketat.
Reka Bentuk Lebih Pintar — Set Alat Lebih Berkuasa untuk Memudahkan Proses Anda dan Meningkatkan Produktiviti
Nadi GstarCAD 2026 terletak pada alatan reka bentuk pintarnya, dicipta untuk memudahkan aliran kerja yang kompleks dan memperkasakan kejituan. Berdasarkan sistem reka bentuk parametrik yang diperkenalkan pada keluaran 2025, versi terkini ini menambah Kekangan Dimensi dan Pengurus Parameter yang membolehkan pengguna mentakrifkan dimensi objek, pembolehubah kumpulan dan mengaplikasikan logik berasaskan peraturan. Ini dapat memastikan kejituan dan juga fleksibiliti, terutamanya untuk reka bentuk corak ulangan, susun atur produk dan pelan seni bina yang mana kemas kini perlu melata dengan andal.
Pelbagai alat praktikal juga telah ditambah untuk membantu ahli profesional menjimatkan masa, mengurangkan lewahan dan mengekalkan kejelasan merentas lelaran, termasuk:
Bermula daripada prestasi yang lebih lancar hinggalah penyesuaian boleh skala, setiap penaiktarafan dalam GstarCAD 2026 menggambarkan pemahaman yang mendalam tentang apa yang benar-benar diperlukan oleh golongan profesional CAD: alatan yang bersesuaian dengan aliran kerja anda, mempercepat idea anda dan menyerlahkan kecekapan kreatif. Alami GstarCAD 2026 serba baharu — lebih pantas, lebih pintar dan lebih intuitif berbanding sebelum ini. Cuba hari ini dan takrifkan semula cara anda mereka bentuk.
Latar Belakang Gstarsoft
Gstarsoft Co., Ltd., ditubuhkan pada tahun 2001, ialah penyedia yang terkemuka bagi perisian industri berfokuskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di China. Dengan misi untuk menjadi syarikat "berpusatkan pelanggan - menjadikan reka bentuk lebih cekap, kolaborasi lebih lancar dan nilai yang mampan," syarikat komited untuk menjadi penyedia perisian industri dipacu inovasi produk bertaraf dunia, menyampaikan spektrum penuh penyelesaian termasuk 2D CAD, 3D CAD, 3D BIM dan CAD berasaskan awan.
Beribu pejabat di Suzhou, syarikat ini tersenarai awam di Shanghai Stock Exchange STAR Market pada 10 Oktober 2023 (kod saham: 688657). Pada masa ini, produk dan perkhidmatannya meliputi lebih daripada 100 negara, dengan kumpulan pengguna global kumulatif melangkaui 100 juta.
Untuk maklumat lanjut mengenai Gstarsoft dan produk-produknya, sila kunjungi: https://www.gstarcad.net/