![]() |
SINGAPURA, 10 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Trina Storage, bahagian storan tenaga bagi peneraju solar bertaraf global Trinasolar, telahpun menggapai pencapaian penting dengan lebih daripada 2.4 GWj kapasiti storan skala utiliti yang sedang dilaksanakan di seluruh rantau Asia-Pasifik (tidak termasuk China) setakat Julai 2025. Menjangkau Australia, Jepun, Asia Tenggara dan Asia Selatan, penggunaan kapasiti ini menunjukkan sumbangan yang besar kepada 16 GWj kapasiti Sistem Storan Tenaga Bateri (BESS) baharu yang diunjurkan akan ditambah di APAC (tidak termasuk China) pada tahun 2025, menurut BloombergNEF.
Elementa Series, a smart, fully integrated storage platform built with Trina’s in-house lithium iron phosphate (LFP) cells
Memandangkan permintaan terhadap storan skala grid terus memecut merentas pasaran APAC yang utama, Trina Storage dipilih untuk membekalkan teknologi BESS termaju kepada beberapa projek tenaga boleh baharu yang berskala besar. Ini termasuk 1.7 GWj BESS untuk salah satu projek storan terbesar rantau ini setakat ini di Asia Selatan dan 500MWj untuk Limestone Coast North Energy Park Australia. Perkembangan ini memperkukuh kedudukan Trina Storage sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk storan tenaga skala utiliti yang berupaya untuk melaksanakan penggunaan utiliti berbilang fasa yang kompleks.
Projek-projek ini dikuasakan oleh Elementa Series, iaitu platform storan pintar bersepadu sepenuhnya yang dibina dengan sel litium besi fosfat (LFP) dalaman Trina dan direka untuk mengoptimumkan prestasi daripada sel ke grid. Pembuatan dan pembangunan sel LFP sendiri mengupayakan kawalan yang dipertingkat ke atas kualiti, keselamatan dan prestasi. Ciri-ciri utama termasuk sistem pengurusan terma pintar yang mengekalkan variasi suhu sel dalam 3°C dan penggunaan kuasa tambahan serendah 1.8%. Keupayaan ini direkayasa untuk mengurangkan kehilangan tenaga sehingga 30% berbanding sistem konvensional, menyokong kecekapan sistem yang lebih tinggi dan berpotensi menyumbang tenaga boleh guna tambahan setiap tahun.
Dengan rantaian bekalan yang andal, teknologi terbukti, jaminan prestasi yang komprehensif dan waranti dalam tempoh jangka panjang, Trina Storage menjamin keandalan sistem jangka panjang dan kebolehbankkan yang kukuh. Ia turut disenaraikan sebagai antara pengeluar storan tenaga Tahap 1 BloombergNEF selama enam suku tahun berturut-turut dan terus menduduki tempat teratas dalam kaji selidik kebolehbankkan penyedia dan pengintegrasi storan global BloombergNEF. Disokong oleh kepakaran teknikal global dengan sokongan setempat, Trina Storage menghimpunkan kelayakan projek boleh dibankkan, pematuhan piawaian keselamatan dan prestasi antarabangsa (termasuk IEC, UL, NFPA) serta piawaian dan pensijilan tempatan (di negara-negara seperti Australia dan Jepun), serta keupayaan pelaksanaan serantau yang mantap. Kekuatan ini memainkan peranan penting dalam meningkatkan keyakinan pelabur dan mengukuhkan kedudukan Trina Storage sebagai rakan kongsi pilihan untuk projek-projek storan tenaga skala utiliti.
"Kehadiran kami yang semakin berkembang di seluruh APAC bukan sahaja mencerminkan permintaan pasaran yang kukuh bahkan pengiktirafan yang semakin meningkat terhadap teknologi terbeza, keupayaan penghantaran dan keandalan jangka panjang Trina Storage," kata Dr Leo Zhao, Ketua Storan Tenaga di Trinasolar Asia Pacific. "Trina Storage bersiap sedia sebaiknya, dengan kerangka penghantaran skop penuh bermula daripada pembuatan hingga penjayaan. Di pasaran-pasaran utama, kami menubuhkan pasukan tempatan pakar yang memahami dasar serantau, keperluan grid dan dinamik pasaran. Dengan kekuatan teknikal yang terbukti dan penyerahan projek yang andal, Trina Storage menetapkan penanda aras baharu untuk industri storan tenaga global."
Dengan projek-projek skala utiliti yang sedang diusahakan di seluruh rantau ini, Trina Storage terus meluaskan jejaknya dan menyokong peralihan tenaga bersih APAC melalui penyelesaian storan tenaga yang selamat, berprestasi tinggi dan sedia mendepani masa depan.