omniture

Bridge Data Centres Lancar Laporan ESG Sulung, Gariskan Visi untuk Masa Depan Digital yang Lestari

Bridge Data Centres
2025-07-10 15:42 15
  • Kemajuan ketara dalam teknologi penyejukan inovatif tahun lalu telah menurunkan Keberkesanan Penggunaan Kuasa (PUE) di kawasan subtropika kepada bawah 1.2
  • Laporan ini menggariskan enam domain prestasi alam sekitar — pengurusan sumber air, pengurusan haba berkecekapan tinggi, ketahanan sistem tenaga, pengurangan jejak karbon, R&D teknologi hijau, dan tadbir urus tenaga digital

SINGAPURA, 10 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Bridge Data Centres, platform pusat data hiperskala yang disokong oleh Bain Capital, telah melancarkan laporan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) sulungnya, yang memperincikan pelan hala tuju syarikat ke arah masa depan pusat data yang lebih lestari.

Bridge Data Centres ESG report highlights infographic
Bridge Data Centres ESG report highlights infographic

Pertumbuhan pesat pembangunan pusat data di seluruh rantau Asia Pasifik telah mendorong peningkatan permintaan terhadap sistem pengkomputeran yang berprestasi tinggi, selamat, dan boleh diakses secara global. Seiring dengan pertambahan jumlah serta kerumitan data, tuntutan terhadap pusat data turut meningkat — pusat data perlu beroperasi dengan lebih efisien dan mampan, sambil mengurangkan kesan terhadap alam sekitar.

Bridge Data Centres (BDC) tampil memenuhi keperluan ini melalui inovasi yang berteraskan prinsip kelestarian. Laporan ESG sulung ini memperincikan pelaburan strategik syarikat dalam sistem cekap tenaga, mempercepatkan peralihan kepada tenaga boleh baharu, penambahbaikan prestasi rantaian bekalan, serta komitmen terhadap pengurangan emisi.

Sebagai sebahagian daripada komitmen terhadap tadbir urus yang berkesan, BDC telah membangunkan kerangka tadbir urus ESG tiga peringkat merangkumi tadbir urus, pengurusan dan pelaksanaan  dengan pemantauan di peringkat tertinggi oleh Lembaga Pengarah.

Eric Fan, Pengerusi Jawatankuasa ESG Bridge Data Centres, berkata, "Laporan ESG sulung ini menjadi bukti komitmen kami untuk membina masa depan yang lestari, saksama dan berdaya tahan. Ia mencerminkan kepercayaan asas kami bahawa kejayaan jangka panjang syarikat tidak dapat dipisahkan daripada kelestarian alam sekitar, kesejahteraan masyarakat dan kepercayaan yang diberikan oleh pemegang taruh."

Laporan ini turut mengetengahkan beberapa pencapaian teknologi dalam enam domain prestasi alam sekitar — meliputi pengurusan sumber air, pengurusan haba berkecekapan tinggi, ketahanan sistem tenaga, pengurangan jejak karbon, penyelidikan dan pembangunan (R&D) teknologi hijau, serta tadbir urus tenaga digital.

Disokong oleh 588 paten, BDC telah mengambil langkah yang signifikan dalam sistem kitar semula air dan rawatan di tapak bagi meningkatkan Keberkesanan Penggunaan Air (WUE). Inovasi dalam teknologi penyejukan turut menyumbang kepada penurunan Keberkesanan Penggunaan Kuasa (PUE) di kawasan subtropika kepada kurang daripada 1.2 — satu pencapaian baharu dalam kecekapan tenaga syarikat. Di Thailand, fasiliti BDC telah menjana sebanyak 511 MWh tenaga boleh baharu menerusi panel solar di atas bumbung. Selain itu, penggunaan teknologi pembinaan baharu telah mengurangkan tempoh kitaran pembinaan sebanyak 30%, mempercepatkan penyerahan kepada pelanggan sambil mengurangkan sisa berkaitan pembinaan.

Bridge Data Centres kini merupakan ahli inisiatif global RE100 dan komited untuk mencapai 100% penggunaan tenaga boleh baharu menjelang tahun 2040. Syarikat juga telah mengemukakan sasaran pengurangan karbon kepada Science-based Targets Initiative (SBTi).

Laporan ESG ini turut memperincikan impak sosial BDC. Sepanjang tahun lalu, BDC mencatat peningkatan lebih 24% dalam jumlah tenaga kerja secara tahunan, dengan 85% daripada pengambilan baharu melibatkan tenaga kerja tempatan — sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan tempatan dan menyumbang kepada pembangunan bakat dalam sektor pusat data. Wanita merangkumi 33.3% daripada barisan pengurusan eksekutif BDC — satu peratusan yang signifikan dalam industri ini.

" Sebagai pereka bentuk dan pembina infrastruktur digital, kami memikul tanggungjawab yang unik — dan mempunyai peluang besar — untuk menerajui agenda kelestarian. Keputusan yang kami buat hari ini dalam aspek reka bentuk, pembinaan dan operasi akan membentuk masa depan alam sekitar dan masyarakat," tambah En. Fan.

Muat turun laporan ESG Bridge Data Centres di sini:
https://www.bridgedatacentres.com/static/upload/2025/07/03/202507033248.pdf

Latar Belakang Bridge Data Centres

Disokong oleh firma pelaburan global terkemuka Bain Capital, Bridge Data Centres ialah pembina infrastruktur data hiperskala pan-Asia yang komited terhadap masa depan digital yang berkembang dan sentiasa berubah. Kami memberi tumpuan untuk memperkasakan pelanggan serta menyokong strategi mereka yang berteraskan teknologi awan dan kecerdasan buatan (AI), melalui penyelesaian pusat data hiperskala, binaan khas mengikut keperluan, dan perkhidmatan kolokasi.

Source: Bridge Data Centres
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Publishing/Information Service Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research Data Analytics Cision Influencer List - ESG