Satu pencapaian penting dalam peralihan tenaga global dan masa depan bahan api industri bersih
CHIFENG, China, 11 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Envision, peneraju global bagi teknologi hijau dan transformasi tenaga, menjayakan secara rasmi kemudahan pengeluaran hidrogen dan ammonia hijau terbesar dan paling canggih di dunia. Dikuasakan sepenuhnya oleh sistem tenaga boleh baharu luar grid yang terbesar, loji ini juga merupakan yang pertama seumpamanya yang didayakan AI sepenuhnya, mencapai pengoptimuman dan kestabilan masa nyata secara meluas.
Kini menyampaikan 320,000 tan ammonia hijau setiap tahun dengan eksport bermula pada S4, kemudahan ini mewakili lonjakan besar ke hadapan dalam tenaga bersih serta penyahkarbonan industri.
Terletak di Taman Industri Sifar Bersih Chifeng — taman industri karbon sifar terbesar di dunia — projek ini merupakan yang pertama di dunia yang menyampaikan ammonia hijau pada skala industri. Buat julung kalinya pada skala komersial, storan tenaga yang inovatif dan fleksibiliti beban diaplikasikan. Kuasa hijau lebih ditukar kepada nitrogen cecair—disimpan dalam unit pemisahan udara dinamik—dan alat elektrolisis bertindak balas dengan pintar kepada ayunan kuasa boleh baharu, lalu mengoptimumkan penyerapan tenaga dan penghasilan ammonia secara dinamik. Dengan memanfaatkan ammonia hijau sebagai medium pengangkutan dan penyimpanan yang stabil, Envision membuka laluan yang praktikal kepada penskalaan hidrogen dalam industri-industri berat.
Loji ini dikuasakan oleh sistem boleh baharu luar-grid berintegrasi-AI proprietari, mempunyai turbin angin termaju, storan bateri pembentuk grid dan pemodelan meteorologi prediktif. Sistem ini mengimbangi input angin dan solar secara dinamik dengan tuntutan alat elektrolisis dan sintesis ammonia, bagi memastikan penghasilan bahan api hijau yang berterusan dan berkesan kos tanpa bergantung kepada grid.
"Ini merupakan lebih daripada sekadar pencapaian teknologi," kata Lei Zhang, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Envision. "Alternatif hijau boleh diskala kini menjadi kenyataan dan beroperasi. Kami tidak boleh mencapai sifar bersih tanpa hidrogen hijau dan kami tidak mampu menunggu lagi. Ini merupakan rangka tindakan untuk masa depan tenaga bersih."
Menjelang tahun 2028, taman industri ini diunjurkan akan menghasilkan 1.5 juta tan ammonia hijau setahun, berfungsi sebagai model yang boleh diulang untuk hab industri bersih di seluruh dunia.
Disokong oleh Perkongsian dan Pensijilan Global
Projek ini sudahpun menarik minat komersial global, termasuk perjanjian dagangan jangka panjang bersama Marubeni Corporation, salah satu syarikat perdagangan yang terbesar di Jepun. Perkongsian ini akan mempercepat penerimagunaan ammonia hijau dalam sektor-sektor seperti baja, bahan kimia dan perkapalan.
Kemudahan ini dianugerahkan Pensijilan Ammonia Boleh Baharu Bureau Veritas yang mengesahkan kepimpinan globalnya dalam piawaian kelestarian, keselamatan dan emisi.
Standard Bahan Api Bersih Baharu
Tatkala dunia mencari alternatif kepada rantaian bekalan bahan api fosil 5-bilion-tan, penyelesaian hidrogen-ammonia hijau dikuasakan AI daripada Envision menonjol sebagai pengganti berdaya maju dan boleh diskala. Syarikat ini menyasarkan untuk mencapai pariti harga dengan ammonia kelabu dan metanol menjelang tahun 2028, seterusnya membantu bahan api hijau menjadi benar-benar kompetitif.
Memperkasakan Revolusi Molekul Bersih
Direka berasaskan model modular yang boleh diulang, loji Envision boleh digunakan dengan cepat di seluruh dunia. Ia bukan sekadar suatu kejayaan kejuruteraan tetapi demonstrasi strategik dari segi bagaimana sistem pintar, AI dan tenaga boleh baharu boleh digabungkan untuk membentuk semula infrastruktur tenaga global.
Envision terus menerajui peralihan menuju dunia yang dikuasakan oleh molekul bersih serta sistem pintar yang menggantikan bahan api fosil dengan penyelesaian boleh skala, dipacu AI dan berasaskan tenaga boleh baharu.
Klik di sini untuk melihat Penjayaan Loji Hidrogen dan Ammonia Hijau Chifeng Envision
Latar Belakang Envision
Envision ialah peneraju teknologi hijau bertaraf global yang terkenal dengan inovasinya yang telah mencipta semula sepenuhnya sistem tenaga boleh baharu dengan pembangunan turbin angin pintar, storan tenaga dan hidrogen hijau, diatur oleh AI dengan penubuhan taman industri sifar bersih di banyak pelosok dunia. Syarikat ini bermatlamat untuk mempercepat peralihan tenaga hijau global dan telahpun diiktiraf atas usaha kelestariannya, termasuk disenaraikan sebanyak dua kali dalam senarai "Change the World" Fortune dan dinamakan sebagai "Green Giant" dalam senarai "2024Time 100 Most Influential Companies" TIME.
Laman web: www.envision-group.com