omniture

Cathay United Bank Diiktiraf oleh AREA atas Komitmen terhadap Kesejahteraan Pekerja

Cathay United Bank
2025-07-11 10:50 18

TAIPEI, 11 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Cathay United Bank sejak sekian lama menabur bakti untuk membangunkan bakat dan menyediakan pelbagai faedah keprihatinan pekerja. Pada tahun 2025, Bank ini sekali lagi menyerlah di Asia Responsible Enterprise Awards (AREA) - yang dianggap sebagai "Hadiah Nobel Kelestarian" - dengan memenangi dua anugerah menerusi "Pelaburan terhadap Kakitangan" dan "Penggalakan Kesihatan", seterusnya mengesahkan pendekatan berpusatkan pekerja oleh Bank ini.

Cathay United Bank Executive Vice President Alice Chuang accepted the “Investment in People” and “Health Promotion” awards on behalf of the Bank.
Cathay United Bank Executive Vice President Alice Chuang accepted the “Investment in People” and “Health Promotion” awards on behalf of the Bank.

Dengan tempat kerja yang ditransformasi oleh kemajuan pesat teknologi digital, Naib Presiden Eksekutif Kanan Cathay United Bank Joyce Tsai menyatakan bahawa, "Biarpun terdapat kemajuan dalam teknologi, bakat tetap menjadi nadi utama dalam pembangunan perniagaan. Khususnya, keupayaan kita untuk berhubung sebagai manusia tidak boleh direplikasi. Atas sebab inilah kami menerima pakai pendekatan berpusatkan insan untuk dasar kami, dengan harapan agar pekerja kami boleh berkembang bersama-sama kami. Sebagai contoh, aplikasi AI kami memberi keutamaan untuk membantu pekerja mengatasi cabaran dan meningkatkan produktiviti melalui alatan yang berbeza. Di samping itu, inisiatif bantuan anak oleh syarikat melangkaui sekadar menawarkan subsidi, menyediakan kursus pranatal, bahan pendidikan dan juga Program Bantuan Pekerja untuk ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata bagi membantu mereka mengurangkan tekanan."

Cathay United Bank banyak melabur dalam pembangunan pekerjanya dalam tempoh jangka panjang dan bermatlamat untuk melengkapi mereka dengan kecekapan teras. Bagi mencapai tujuan ini, Bank ini mencipta "Pelan Pelaburan Kebingkasan Bakat", berdasarkan konsep melabur dalam masa depan pekerja bagi menumpukan kepada pembangunan antarabangsa yang menggabungkan strategi-strategi yang menawarkan syarat-syarat pengambilan pekerja yang kompetitif, mewujudkan budaya tempat kerja yang inklusif serta menyediakan platform untuk pekerja mencapai realisasi diri. Menawarkan kepada pekerja dengan kursus-kursus dalam AI, teknologi maklumat dan kewangan antarabangsa, Bank ini berusaha untuk meningkatkan daya saing dan kebingkasan pekerja demi masa depan.

Contohnya ialah "Program Sarjana AI" yang menawarkan kursus-kursus dalam talian serta luar talian yang meliputi segala-galanya bermula daripada pemikiran AI hinggalah aplikasi perisian praktikal, menyediakan pengalaman pembelajaran yang meluas melalui sesi pembelajaran satu-dengan-satu dan berkumpulan. Bagi melatih bakat yang memiliki kepakaran kewangan antarabangsa pula, Bank ini menyediakan pelbagai kursus dan peluang di luar negara, malah menganjurkan pameran yang bertajuk "Masa Depan Antarabangsa: Terokai Perbatasan Baharu" pada tahun ini. Acara ini menerima pakai model pendidikan imersif dan membawakan bengkel silang budaya mengenai bahasa, komunikasi dan faedah pekerja. Beberapa eksekutif yang memiliki kepakaran pengurusan antarabangsa dan pengalaman luar negara yang luas turut diundang untuk memberikan pandangan mereka berhubung visi perniagaan, pembangunan strategik dan pembinaan kapasiti, seterusnya menarik minat lebih seribu pekerja dalam tempoh dua hari.

Bagi kesejahteraan pekerja pula, Cathay United Bank membangunkan ekosistem mampan komprehensif yang memfokuskan untuk mewujudkan tempat kerja yang selesa dan selamat, meningkatkan kesejahteraan dan mengekalkan keseimbangan kehidupan-kerja untuk pekerja. Selain daripada menyediakan pemeriksaan kesihatan jauh melebihi keperluan wajib minimum, Bank ini turut menganjurkan pelbagai aktiviti untuk meningkatkan kesedaran kesihatan. Aktiviti-aktiviti ini digabungkan dengan inisiatif amal, dengan Bank ini menggunakan hasil kutipan untuk melabur dalam infrastruktur tenaga boleh baharu serta penggiatan semula tempatan.

Cathay United Bank turut menyokong pekerja dalam mengimbangi kerjaya dan kehidupan keluarga mereka, melancarkan beberapa program seperti "Cathay Pregnancy Club" yang menawarkan produk bayi, cuti janji temu pranatal dan pelbagai kursus untuk ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata. Bank ini juga menyediakan subsidi kelahiran, dana pendidikan kanak-kanak dan program bernas yang lain. Di samping itu, Bank ini berkolaborasi dengan Cathay General Hospital dan pasukan perubatan profesional yang lain untuk menyusun "Cathay Daddy-to-be Guide" yang menawarkan galakan dan nasihat kepada pekerja yang mempunyai pasangan hamil, seterusnya membantu mereka memahami tanggungjawab ibu bapa dan merealisasikan kesamaan jantina.

Cathay United Bank mengikuti perkembangan zaman dengan memperkukuh kebingkasan korporat dan menitikberatkan pekerja. Naib Presiden Eksekutif Kanan Joyce Tsai menambah, "Kami akan terus mengoptimumkan program latihan dan keprihatinan bagi menyokong pekerja di tempat kerja dan juga di rumah, seterusnya memperkukuh impak positif kami ke atas keluarga, komuniti dan masyarakat demi merealisasikan masa depan yang lestari dan lebih baik buat semua."

Source: Cathay United Bank
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Workforce Management/Human Resources Awards Financial Technology