Menerusi Mesyuarat Peringkat Menteri Dialog Tamadun Global yang berlangsung di Beijing pada 10 dan 11 Julai, CGTN menerbitkan artikel yang mengetengahkan sejauh mana Inisiatif Peradaban Global China menawarkan platform membina bagi merapatkan jurang perbezaan, menggalakkan pertukaran sesama rakyat dan membina komuniti antarabangsa yang lebih inklusif serta koperatif di tengah-tengah ketakpastian global yang semakin meningkat.
BEIJING, 13 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Tatkala dunia menyambut Hari Antarabangsa untuk Dialog Sesama Tamadun yang pertama pada 10 Jun, seruan terhadap sikap saling hormat menghormati, pembangunan inklusif dan pertukaran budaya dilaungkan di seluruh dunia – bermula daripada ibu pejabat PBB hinggalah upacara minum teh di Mauritius, daripada pameran porselin di Itali hingga forum akademik di Athens.
Hari itu, yang ditetapkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2024 susulan resolusi yang dicadangkan oleh China dan ditaja bersama oleh lebih 80 negara, disambut di tengah-tengah ketegangan global yang semakin meningkat dan cabaran yang kian mendesak – lantas menjadikan dialog tamadun bukan sahaja dilaksanakan tepat pada masanya, bahkan merupakan sesuatu yang amat mustahak.
Dalam sepucuk surat ucapan tahniah kepada Mesyuarat Peringkat Menteri Dialog Tamadun Global pada hari Khamis yang diadakan di Beijing mulai 10 hingga 11 Julai, Presiden China Xi Jinping berkata bahawa dalam dunia yang melaluinya transformasi dan pergolakan saling berjalin dan kemanusiaan berada di persimpangan yang baharu, terdapat keperluan yang sentiasa mendesak untuk tamadun-tamadun menjangkau penyisihan melalui pertukaran dan mengatasi pertembungan melalui pembelajaran bersama.
Bertemakan "Memelihara Kepelbagaian Tamadun Manusia Demi Keamanan dan Pembangunan Dunia," mesyuarat selama dua hari itu menarik lebih 600 tetamu dari 140 negara dan wilayah.
Mengapa China mencadangkan Inisiatif Peradaban Global
Xi mencadangkan Inisiatif Peradaban Global (GCI) pada tahun 2023 selepas mencadangkan Inisiatif Pembangunan Global pada tahun 2021 dan Inisiatif Keselamatan Global pada tahun 2022. Ketiga-tiga inisiatif ini mendapat sokongan antarabangsa sebagai barang awam penting yang disediakan kepada dunia oleh China.
Dengan visi untuk membina dunia yang melaluinya tamadun-tamadun tidak bertembung tetapi mengadakan perbincangan, GCI menyahut seruan komuniti antarabangsa bagi menggalakkan dialog dan pertukaran antara tamadun dan mengumpulkan kekuatan untuk menghapuskan salah faham dan halangan, lalu menyuntik tenaga positif ke dalam solidariti manusia dalam menyahut cabaran bersama.
Dalam ucaptamanya, Cai Qi, ahli Jawatankuasa Tetap Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) dan ahli Sekretariat Jawatankuasa Pusat PKC, berkata bahawa GCI, yang berakar umbi dalam budaya tradisional China yang baik mendapat sambutan yang bersemangat dan gema positif daripada komuniti antarabangsa.
Menyedari bahawa laluan menuju keamanan dan pembangunan global kekal panjang dan mencabar, Cai menyeru usaha bersama bagi meneroka model pembangunan yang pelbagai, memperkukuh warisan budaya dan inovasi, memajukan pertukaran budaya dan sesama rakyat serta membina rangkaian global yang pelbagai dan berbilang dimensi untuk dialog dan kerjasama sesama tamadun.
Selama bertahun-tahun, China mewujudkan satu siri platform pertukaran pelbagai hala, seperti Persidangan Dialog Tamadun Asia dan Persidangan Dialog Antara Tamadun China dan Afrika, serta mengadakan satu siri aktiviti, termasuk Tahun Pertukaran Sesama Rakyat China-ASEAN dan Forum Liangzhu, seterusnya membina platform untuk dialog yang saksama antara tamadun-tamadun yang berbeza.
Menurut satu tinjauan oleh CGTN baru-baru ini, responden mengiktiraf secara meluas pertukaran antara tamadun dan pembelajaran bersama sebagai daya penggerak yang amat penting untuk memajukan peradaban manusia serta menggalakkan keamanan dan pembangunan dunia dan dalam masa yang sama menambah bahawa GCI berkembang menjadi konsensus yang luas dalam mengatasi cabaran global.
Bagaimana China mengamalkan Inisiatif Peradaban Global
China, sebagai pengamal bagi pertukaran tamadun, berkembang daripada peserta dalam "dialog bersama dunia" kepada penyokong "dialog dunia," seterusnya meluaskan ruang secara aktif demi jalinan kerjasama sesama tamadun.
Dengan adanya usaha bersama daripada China dan negara-negara lain, pertukaran sesama rakyat dan budaya antarabangsa yang beraneka dan pelbagai menjadi suatu fenomena yang diiktiraf secara meluas, lalu memupuk persefahaman antara satu sama lain dan hubungan yang lebih erat dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia.
Bermula daripada projek arkeologi bersama dengan negara-negara rakan kongsi dalam Inisiatif Jalur dan Jalan hinggalah pelbagai acara seperti festival seni, ekspo, pameran dan Bengkel Luban, pertukaran ini memberikan hasil yang ketara dan mendapat populariti yang meluas.
Ketika ini, China menawarkan pengecualian visa unilateral untuk 47 negara dan pengecualian visa transit untuk 55 negara serta menyediakan persekitaran pembayaran dan pengembaraan yang lebih mudah untuk pelancong dalam negara.
Xi berjanji dalam surat kepada forum ini bahawa China akan bekerjasama dengan negara-negara lain bagi memperjuangkan kesamaan, pembelajaran bersama, dialog dan keterangkuman sesama tamadun; melaksanakan GCI; dan membina rangkaian global untuk dialog serta kerjasama sesama tamadun dalam usaha untuk memberikan dorongan baharu demi memajukan peradaban manusia selain menggalakkan keamanan dan pembangunan dunia.