omniture

ABeam Consulting dan BearingPoint Perkukuh Perikatan Strategik dalam Perkhidmatan Perundingan Teknologi

ABEAM CONSULTING LTD.
2025-07-14 13:00 22

TOKYO, 14 Julai 2025 /PRNewswire/ -- ABeam Consulting Ltd. (Chuo-ku, Tokyo; Takahiro Yamada, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif) dan BearingPoint (Amsterdam, Belanda; Matthias Loebich, Rakan Pengurusan) mengukuhkan lagi perikatan strategik sedia ada mereka bagi mewujudkan struktur baharu yang membolehkan mereka menyediakan perkhidmatan perundingan global dengan nilai tambah yang tinggi. Kami menyediakan sokongan rentas sempadan yang lancar kepada syarikat-syarikat yang berusaha untuk mencapai pertumbuhan selanjutnya dengan mengatur rangkaian global unik kami yang merangkum perkhidmatan perundingan yang teliti dan disesuaikan dengan amalan perniagaan tempatan serta agenda pelanggan, selain Pusat Keupayaan Global (GCC) yang menggabungkan keupayaan digital India dan sudahpun berfungsi sebagai Pusat Kecemerlangan (CoE) untuk inovasi dan transformasi perniagaan.

Latar Belakang

Ketidakpastian perniagaan semakin meningkat bukan sahaja di Jepun, tetapi juga di luar negara, di tengah-tengah perubahan sosial dan ekonomi yang berbagai-bagai termasuk kemajuan teknologi, risiko geopolitik dan perubahan iklim. Keadaan seperti ini mendedahkan syarikat-syarikat kepada cabaran yang lebih sukar berbanding sebelum ini, sebagai tambahan kepada cabaran yang sudahpun mereka hadapi. Sebagai contoh, pembangunan perniagaan luar negara memerlukan keputusan pengurusan fleksibel yang bersifat responsif serta-merta kepada perubahan, serta pemerolehan dan penempatan semula sumber manusia dan penstrukturan semula rantaian bekalan global.

Gambaran keseluruhan struktur baharu

Bagi menyelesaikan isu-isu ini dan menyokong syarikat-syarikat yang menyasarkan pertumbuhan global, kami mewujudkan struktur yang berikut berdasarkan pengetahuan yang mendalam tentang BearingPoint yang menyediakan perkhidmatan perundingan di Eropah yang memfokuskan pada pengurusan dan teknologi, serta kekuatan dan keupayaan ABeam Consulting, sebuah syarikat perunding yang berasal dari Asia dan Jepun yang memegang rekod prestasi terbukti dalam pembaharuan pengurusan dan juga transformasi teknologi digital di Asia.

  • Selain daripada fokus perikatan sedia ada kami ke atas Eropah dan Asia, kami akan memperkukuh keupayaan perundingan teknologi kami di Amerika yang melaluinya transformasi selanjutnya dan pertumbuhan perniagaan yang berterusan dijangkakan. Kami akan mengembangkan sistem kami untuk memberikan sokongan yang lebih erat demi keperluan transformasi korporat yang akan membolehkan kami menyediakan perkhidmatan perundingan yang teliti yang mempertimbangkan persekitaran perniagaan, agenda pengurusan serta amalan perniagaan khusus untuk setiap negara di setiap rantau.
  • Pusat Keupayaan Serantau yang terletak di setiap rantau menyediakan keupayaan, sumber manusia dan teknologi yang diperlukan untuk mencapai transformasi dan dalam masa yang sama menyokong pelanggan dengan struktur yang memaksimumkan saranan nilai seperti kualiti dan keberkesanan kos.
  • Kami sudahpun melancarkan perkhidmatan untuk industri-industri kewangan dan pembuatan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan perundingan kami yang memanfaatkan sumber manusia, kepakaran dan keupayaan teknologi digital yang berkembang pesat di India. Usaha ini dicapai melalui Pusat Keupayaan global kami yang ditubuhkan dengan kerjasama Optimum Solutions, sebuah syarikat yang menggaji kira-kira 4,000 pekerja yang telahpun menyediakan perkhidmatan teknologi di India selama bertahun-tahun dan juga merupakan penerima pelaburan ABeam Consulting.

ABeam Consulting dan BearingPoint bermatlamat untuk terus menyediakan perkhidmatan perundingan dengan struktur yang benar-benar lancar agar kami dapat menangani isu-isu dan transformasi perniagaan global yang memerlukan penyesuaian kepada persekitaran yang berbeza daripada persekitaran di negara asal pelanggan. Kami akan membantu syarikat-syarikat berkembang di peringkat global dan mencipta nilai baharu dengan menggabungkan kepakaran serta keupayaan yang dibawakan oleh kedua-dua syarikat kami untuk ditanggung dalam pelbagai bidang.

Ulasan daripada Matthias Loebich, Rakan Pengurusan, BearingPoint

Perkongsian global yang sebenar

Sejak tahun 2011, BearingPoint dan ABeam Consulting telahpun bersatu dalam perikatan strategik jangka panjang dan bertaraf global yang dipercayai. Perikatan strategik ini mengupayakan kedua-dua firma untuk memperluas keupayaan dan penawaran pelanggan kami di Eropah dan juga Asia. Kami melayan satu sama lain sebagai rakan kongsi pilihan di pasaran masing-masing, bekerjasama dalam aktiviti prajualan dan juga penyerahan projek. Dengan memanfaatkan infrastruktur dan sumber unik kami, kami bersama-sama menyediakan perkhidmatan perundingan perniagaan kepada pelanggan sedia ada dan pelanggan baharu di peringkat global.

Sepanjang beberapa tahun yang lalu, kami bukan sahaja berjaya memenangi dan menyokong pelbagai projek transformasi global dalam kumpulan pelanggan sedia ada kami, kami juga memenangi dan menyokong pelanggan baharu untuk kedua-dua firma. Antaranya ialah beberapa projek transformasi global yang sebahagian besarnya untuk syarikat-syarikat pengeluaran.

Perkongsian kami pada asasnya berbeza daripada perikatan dan firma lain: ia tidak bersifat oportunistik dan transaksional, tetapi berakar umbi menerusi sikap saling mempercayai dan menghormati, nilai bersama serta komitmen jangka panjang terhadap penciptaan bersama dan impak.

Akan ada banyak lagi yang akan diperkenalkan. Saya juga tidak sabar untuk mengambil langkah-langkah memberi impak yang selanjutnya bersama ABeam Consulting tatkala kami melangkah ke hadapan secara beriringan.

Ulasan daripada Takahiro Yamada, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, ABeam Consulting

Sebagai sebuah firma perunding yang berasal dari Asia dan Jepun, kami menyediakan rangkaian perkhidmatan perundingan yang luas kepada pelbagai syarikat dan organisasi terutamanya di Jepun dan Asia, bermula daripada pembentukan pelan transformasi hinggalah realisasinya menggunakan teknologi digital. Ahli-ahli profesional kami memiliki kepakaran yang berbagai-bagai dan pemahaman yang mendalam tentang amalan serta budaya perniagaan tempatan di pelbagai wilayah serta komited untuk membantu pelanggan mengekalkan perubahan.

Ketidakpastian dalam persekitaran perniagaan semakin meningkat di tengah-tengah isu sosial dan perubahan ekonomi yang disertai dengan kadar kelahiran Jepun yang semakin menurun dan penduduk yang semakin meningkat usia, berserta risiko geopolitik dan isu alam sekitar yang menjejaskan ekonomi global. Di tengah-tengah perubahan yang begitu besar dalam persekitaran perniagaan, kami dan BearingPoint berkongsi persefahaman antara satu sama lain tentang kepentingan berkongsi pengalaman kejayaan yang diraih melalui kolaborasi kami selama bertahun-tahun dan meningkatkan saranan nilai kami kepada pelanggan.

Melalui peneguhan kolaborasi kami bersama BearingPoint, yang dengannya kami membina hubungan kepercayaan yang unik dan melalui pewujudan struktur organisasi baharu, kami akan menyediakan kepada pelanggan kami di seluruh dunia dengan perkhidmatan perundingan yang benar-benar lancar dan konsisten dengan nilai tambah yang tinggi. Kami akan terus menyumbang lebih banyak lagi sebagai Rakan Kongsi Sebenar yang mencipta nilai ekonomi dan sosial melalui transformasi pelanggan.

Source: ABEAM CONSULTING LTD.
Keywords: Advertising Banking/Financial Service Contracts