HANGZHOU, China, 14 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Cainiao, peneraju bertaraf global bagi logistik pintar, mengumumkan penaiktarafan penuh terhadap rangkaian penggudangan Asia-Pasifiknya. Lebih daripada 20 kemudahannya kini meliputi sepuluh pasaran utama—Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Jepun, Korea Selatan, Australia dan Hong Kong, China—dengan kadar keluar sama hari mencapai 99.9%. Penaiktarafan ini menjadikan Cainiao sebagai syarikat logistik Cina yang mempunyai ruang gudang terbesar dan juga liputan pemenuhan yang paling luas di rantau ini, seterusnya memberikan sokongan rantaian bekalan yang lebih kukuh dan lebih andal untuk jenama-jenama global serta para pengeksport Cina yang menyasarkan APAC.
Perkhidmatan rantaian bekalan Asia Tenggara Cainiao sudahpun menyokong beratus-ratus jenama global dan Cina yang terkemuka dalam kategori-kategori seperti mainan terbaru, kecantikan dan barangan elektronik 3C. Syarikat ini menawarkan penyelesaian sehenti yang menghubungkan konsolidasi domestik, pengangkutan antarabangsa, kemasukan barang dagangan, pelepasan kastam dan pemenuhan pesanan berbilang negara, lalu mengupayakan penghantaran B2C dan juga penambahan semula gedung B2B.
Bagi menyelesaikan masalah pedagang dengan peruntukan inventori berbilang platform yang berpecah-pecah, Cainiao menawarkan penyelesaian "satu stok, berbilang saluran". Sistem peruntukan pintarnya melaraskan tahap inventori secara dinamik di setiap negara berdasarkan data jualan masa lalu, seterusnya meningkatkan kesempurnaan stok. Pedagang hanya perlu menyerahkan inventori mereka kepada Cainiao bagi mencapai pemenuhan "satu gudang, seluruh negara" mahupun "satu gudang, pelbagai negara" di seluruh APAC. Tapak kendalian sendiri Cainiao juga mempunyai pengalaman musim puncak yang luas dan keanjalan yang mantap bagi menghadapi lonjakan pesanan yang mendadak semasa promosi e-dagang.
"Pasaran APAC membawakan senario penggunaan yang berbagai-bagai dan keperluan rantaian bekalan yang kompleks," kata Tete Zhang, Ketua Rantau Asia-Pasifik, Rantaian Bekalan Global di Cainiao, "Melalui teknologi digital kami mengintegrasikan nod logistik terserak ke dalam rangkaian kolaboratif yang tangkas, lalu membolehkan pelanggan memanfaatkan pasaran yang lebih besar dengan inventori yang lebih ringan."
Hari ini, Cainiao mengendalikan lebih daripada 40 gudang luar negara di 18 negara dan wilayah di seluruh Eropah, Amerika Utara dan Asia-Pasifik. Mulai sekarang hingga 30 Julai, pelanggan baharu yang menempatkan inventori di Malaysia atau Thailand boleh menikmati storan percuma sehingga 90 hari, seterusnya mengurangkan kos percubaan produk baharu secara mendadak. Barangan simpanan di Malaysia, Thailand, Filipina atau Singapura boleh memberikan diskaun bayaran logistik sehingga 20%: semakin tinggi volum, semakin besar penjimatan.