omniture

Beijing Anjur Perasmian ICTO, Satukan 50 Pemimpin Global Majukan Inovasi CCUS

SINOPEC
2025-07-15 10:13 18

Perikatan CCUS Antarabangsa Baharu Ditubuhkan Di Bawah Kepimpinan Sinopec bagi Mempercepat Tindakan Iklim

BEIJING, 15 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Tanggal 11 Julai, Perhimpunan Ahli dan Perasmian Pertubuhan Inovasi & Kerjasama Teknologi ("ICTO") CCUS (Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon) Antarabangsa dianjurkan dengan jayanya di Beijing, diterajui oleh China Petroleum & Chemical Corporation (HKG: 0386, "Sinopec") di bawah bimbingan China Association for Science and Technology (CAST).

Beijing Hosts Inauguration of ICTO, Uniting 50 Global Leaders to Advance CCUS Innovation.
Beijing Hosts Inauguration of ICTO, Uniting 50 Global Leaders to Advance CCUS Innovation.

Mengumpul kekuatan daripada kumpulan pemikir yang terkemuka di dunia, ICTO menghimpunkan 50 perusahaan berpengaruh, persatuan industri, institusi penyelidikan dan ahli akademik pakar bagi mewujudkan platform perkongsian dan pertukaran global demi memacu inovasi teknologi dan aplikasi CCUS, seterusnya beriringan membina sebuah komuniti yang mempunyai masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia dalam menangani perubahan iklim. Menerusi misi teras iaitu Berinovasi Untuk Laluan Karbon, Berkongsi Masa Depan, organisasi ini bermatlamat untuk mewujudkan rangkaian kolaboratif global yang boleh dipercayai, berpengaruh dan berwibawa.

Lebih daripada 90 wakil dari 12 negara merentas empat benua menghadiri majlis perasmian ini. Persidangan ini menyemak dan meluluskan Piagam Pertubuhan Kerjasama Inovasi Teknologi Antarabangsa bagi Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon dan memilih perhimpunan yang pertama, termasuk pengarah, timbalan pengarah dan setiausaha agung. Ma Yongsheng, ahli akademik daripada Chinese Academy of Engineering dan pengerusi Sinopec dipilih sebagai pengarah perhimpunan yang pertama.

"Penubuhan ICTO bukan sahaja menunjukkan komitmen tegas oleh komuniti global untuk menangani perubahan iklim, tetapi juga merupakan pengisytiharan tindakan nyata yang kolektif," kata Ma Yongsheng. "Kami akan mendengar semua pihak secara aktif dan memupuk dialog yang mendalam serta kerjasama yang besar untuk membuka jalan demi kejayaan bersama, lalu menjadikan CCUS sebagai pemecut sebenar untuk keneutralan karbon global."

Ketika ini, menangani perubahan iklim dan mencapai sifar bersih secara kolektif merupakan satu konsensus global, dengan 151 negara mencadangkan sasaran iklim seperti keneutralan karbon atau karbon sifar-bersih. CCUS mempunyai potensi besar untuk merealisasikan pengurangan emisi berskala besar dan ia menyumbang kepada kira-kira 15 peratus pengurangan emisi kumulatif yang diperlukan untuk memenuhi matlamat keneutralan karbon dan bagi mencapai matlamat berkenaan, kapasiti projek CCUS perlu meningkat sebanyak lebih 100 kali ganda sebelum tahun 2050.

Sinopec telahpun menerajui industri CCUS China, bermula dengan melancarkan projek pertama China di Medan Minyak Shengli pada tahun 2012 hinggalah merintis integrasi sumber CO₂ dalam seluruh operasinya pada tahun 2015. Ia memantapkan lagi kepimpinan ini dengan memulakan operasi komersial projek CCUS berskala megatan pertama China pada tahun 2022 serta menyiapkan saluran paip penghantaran CO₂ jarak jauh pertama negara ini pada tahun 2023.

Source: SINOPEC
Related Stocks:
HongKong:0386
Keywords: Banking/Financial Service Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Corporate Social Responsibility Environmental Issues New products/services Trade show news