TAIPEI, 16 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Advantech, peneraju global bagi sistem pintar IoT dan platform terbenam, mengumumkan pada hari ini pelancaran Platform Kawalan IoT AMAX. Penyelesaian yang inovatif ini menggabungkan fungsi PLC, HMI dan IoT ke dalam platform takrif perisian tunggal, mempermudah penyepaduan sistem lazim sekali gus memastikan prestasi masa nyata berketentuan untuk aplikasi automasi jitu.
Seni Bina Kawalan Disatukan
AMAX menangani persediaan automasi yang berpecah-pecah—yang melaluinya PLC, HMI dan modul komunikasi yang berasingan menyebabkan berlakunya cabaran integrasi dan mewujudkan halangan prestasi. Platform ini menggabungkan fungsi-fungsi ini ke dalam penyelesaian berasaskan PC yang memanfaatkan Ethernet industri EtherCAT dan sistem pengendalian masa nyata, lalu mengupayakan ketepatan tahap mikrosaat untuk pembuatan semikonduktor, pemasangan berkelajuan tinggi dan sistem pengeluaran bersepadu visi.
Dibina berasaskan kerangka CODESYS dengan persekitaran masa jalan Windows dan juga Linux, AMAX membolehkan pengeluar memanfaatkan aplikasi sedia ada dan dalam masa yang sama mengakses keupayaan masa nyata termaju. Persekitaran pengaturcaraan IEC 61131-3 memastikan penghijrahan yang lancar daripada sistem PLC lazim dan menyokong kawalan gerakan dan aplikasi robotik yang sofistikated.
Portfolio Pengawal Boleh Skala
Rangkaian AMAX menawarkan tiga kategori pengawal yang dioptimumkan untuk aplikasi tertentu. Pengawal Panel (siri AMAX-PT) membawakan pemproses Intel® Core™ dan Intel Atom® dengan pilihan paparan serba boleh, amat sesuai untuk konsep kawalan berpusatkan HMI dalam automasi kilang. Pengawal PC Industri (siri AMAX-7) menawarkan kebolehkembangan tinggi dan antara muka I/O yang luas, menyokong proses pembuatan yang kompleks dan pemeriksaan visi. Pengawal Terbenam (siri AMAX-5) memberikan reka bentuk kompak dengan pengembangan fleksibel melalui modul AMAX-5000 Slice I/O dan PCIe, amat sesuai untuk pemerolehan data pinggir dan aplikasi kawalan kerumitan sederhana. Setiap platform menyokong pengembangan EtherCAT I/O yang komprehensif dengan sokongan protokol termasuk MQTT, OPC UA, CANOpen dan Modbus untuk integrasi automasi legasi.
Kecemerlangan Prestasi Masa Nyata
AMAX memberikan prestasi masa nyata yang luar biasa melalui pendekatan pengoptimuman Advantech yang terbukti. Platform ini mengintegrasikan teknologi Intel® Time Coordinated Computing (TCC) dengan kejuruteraan BIOS khusus Advantech dan kepakaran kawalan automasi untuk mencapai masa kitaran 500 μs hingga 1ms dengan ketaran minimum.
Pasukan kejuruteraan dalaman Advantech menyediakan penalaan sistem khusus untuk prestasi masa nyata yang optimum dalam seluruh platform yang disokong. Pendekatan yang disahkan ujian ini, melalui pusat penentusahan khusus, memastikan prestasi berketentuan masa untuk aplikasi automasi yang mendesak.
Integrasi Perisian Komprehensif
AMAX Studio ialah persekitaran perisian bersepadu sepenuhnya yang menawarkan konfigurasi peranti, pembangunan program, penalaan sistem dan diagnostik. Ia menyokong pelbagai jenis peranti automasi IoT—termasuk pengawal AMAX, modul I/O dan protokol fieldbus industri arus perdana seperti EtherCAT, PROFINET, EtherNet/IP, CANopen dan Modbus.
Dengan menggabungkan fungsi-fungsi yang komprehensif ke dalam satu platform, AMAX Studio mengupayakan integrasi proses khusus industri yang fleksibel untuk mereka bentuk dan membina sistem automasi yang pelbagai, lalu mengurangkan masa dan kos pembangunan dengan ketara.
Aplikasi Industri dan Peluang Pasaran
AMAX memenuhi keperluan kritikal merentas automasi jitu, sistem storan tenaga dan aplikasi jentera termaju. Ketepatan pemasaan tahap mikrosaat platform ini menyokong peralatan semikonduktor dan pemasangan elektronik yang memerlukan ketepatan yang ekstrem, manakala seni bina disatukannya mempermudah sistem pembuatan bersepadu visi. Bagi storan tenaga dan aplikasi infrastruktur, keupayaan IoT AMAX yang fleksibel mengupayakan penyelesaian pemantauan dan kawalan boleh skala. Pengeluar jentera mendapat manfaat dengan mengintegrasikan keupayaan automasi termaju tanpa mereka bentuk semula seni bina peralatan sedia ada. Platform Kawalan IoT AMAX tersedia sekarang. Untuk mengetahui lebih lanjut, kunjungi laman web atau hubungi pusat jualan Advantech tempatan anda.
Latar Belakang Advantech
Ditubuhkan pada tahun 1983, Advantech merupakan penyedia yang terkemuka bagi produk, perkhidmatan dan penyelesaian yang dipercayai dan inovatif. Advantech menawarkan integrasi sistem yang komprehensif, perkakasan, perisian, perkhidmatan reka bentuk berpusatkan pelanggan, sistem terbenam, produk automasi dan sokongan logistik global. Kami bekerjasama erat dengan rakan kongsi kami bagi menyediakan penyelesaian yang lengkap untuk pelbagai jenis aplikasi dalam berbagai-bagai industri. Misi kami adalah untuk mendayakan planet yang pintar dengan membangunkan produk dan penyelesaian pengkomputeran automatik serta terbenam yang dapat memudahkan kerja dan kehidupan yang lebih pintar. Menerusi produk-produk Advantech, bilangan aplikasi dan inovasi yang berpotensi menjadi tidak terbatas.
(Laman web korporat: www.advantech.com)