omniture

DJI Agras T100, T70P dan T25P Dilancarkan di Peringkat Global

DJI
2025-07-16 10:16 16

Dron pertanian baharu menawarkan kecekapan lebih tinggi, keselamatan dipertingkat dan keupayaan lebih baik bagi menyokong penyemburan, perebakan — dan kini pengangkatan

SHENZHEN, China, 16 Julai 2025 /PRNewswire/ -- DJI, peneraju dunia bagi dron awam dan teknologi kamera kreatif, mengumumkan pada hari ini pelancaran global bagi DJI Agras T100, DJI Agras T70P dan DJI Agras T25P. Generasi terbaru dron sembur popular DJI Agriculture ini dibina berdasarkan penyelidikan dan pembangunan khusus selama lebih 12 tahun. Ia bukan sahaja boleh membawa muatan yang lebih berat, malah dron pertanian ini juga boleh menyokong pelbagai senario aplikasi dengan kecekapan operasi yang lebih tinggi. Setiap dron mempunyai sistem keselamatan yang utama dalam industri dan ciri-ciri yang lebih pintar untuk operasi automatik sepenuhnya.

DJI Agras T100, T70P and T25P Launches Globally(from left to right: T70P,T100,T25P)
DJI Agras T100, T70P and T25P Launches Globally(from left to right: T70P,T100,T25P)

"Selama lebih daripada sedekad, DJI Agriculture memajukan pertanian jitu di peringkat global dengan teknologi dron termaju kami. Dengan hampir 500,000 pengendali terlatih di seluruh dunia setakat Mei, industri ini menjadi semakin matang dan permintaan terhadap dron sembur terus bertambah saban tahun. Hari ini, lebih daripada 500,000 dron DJI Agriculture digunakan untuk merawat 300 jenis tanaman di 100 negara," kata Yuan Zhang, Ketua Jualan Global DJI Agriculture. "Menerusi dron DJI Agriculture generasi akan datang, kami terus berinovasi dari segi cara kami berkebun dan memberi makan kepada masyarakat, sekali gus mengurangkan kos alam sekitar kepada planet kita."

Tangani Tugas Lebih Besar dengan Agras T100

Direka untuk penanam komersial berskala besar, Agras T100 boleh membawa muatan maksimum 100 L untuk penyemburan, 150 L untuk perebakan atau 100 kg untuk pengangkatan, dengan kelajuan operasi maksimum meningkat kepada 20 m/s**. Berbanding dengan pendahulunya, ia dua kali lebih cekap untuk penyemburan bervolum tinggi dan lebih cepat untuk perebakan yang berkapasiti besar. Dengan sistem keselamatan yang utama dalam industri yang dilengkapi dengan LiDAR, radar gelombang-milimeter dan sistem Penta-Vision, ia memberikan pengalaman operasi selamat dan pintar yang tiada tandingannya.

Bekerja Lebih Cekap dengan Agras T70P

Agras T70P membawakan pelbagai penaiktarafan bagi meningkatkan kecekapan operasi, dengan kelajuan operasi maksimum meningkat kepada 20 m/s**. Ia boleh membawa muatan maksimum 70 L untuk penyemburan, 100 L untuk perebakan atau 65 kg untuk pengangkatan. Dalam pada itu, ia menawarkan kadar aliran yang sama dan saiz titisan kabus halus seperti Agras T100, berserta sistem perebakan dan sistem pengangkatan yang baharu. Agras T70P dilengkapi dengan Sistem Keselamatan 3.0 yang menawarkan radar gelombang-milimeter dan sistem Tri-Vision untuk pengesanan halangan, pemilihan laluan yang lebih pintar dan kadar kelegaan halangan yang jauh lebih baik.

Padat dan Fleksibel untuk Operasi Solo dengan Agras T25P

Agras T25P mengekalkan reka bentuk pendahulunya yang padat dan boleh dilipat namun menawarkan sistem perebakan tapakan skru berketepatan tinggi 25 kg yang dinaik taraf 4.0 dan Sistem Keselamatan 3.0. Amat sesuai untuk operasi solo, Agras T25P mudah diangkut, dipasang dan membolehkan operasi automatik sepenuhnya dalam pemetaan udara dan perlindungan tumbuhan.

Program Latihan Baharu untuk Operasi Dron Pertanian

Kini, DJI Agriculture menawarkan kursus latihan juruterbang baharu di bawah DJI Academy. Program ini akan mula-mula tersedia di 15 negara di Amerika dan Asia. Juruterbang akan mempelajari kemahiran yang penting untuk mengendalikan dron pertanian, termasuk penyemburan dan perebakan perlindungan tanaman, amalan pengendalian dron yang selamat dan peningkatan kecekapan dengan keberkesanan maksimum.

Ketersediaan

DJI Agras T100, T70P dan T25P akan tersedia untuk dijual di peringkat global bermula di Asia Tenggara dan Amerika Latin. Untuk maklumat lanjut mengenai ketersediaan tempatan dan harga, sila hubungi wakil penjual DJI Agriculture yang sah di negara atau wilayah anda.

Ketahui lebih lanjut:
https://ag.dji.com/t100
https://ag.dji.com/t70p
https://ag.dji.com/t25p 

* Semua data diukur menggunakan model pengeluaran dalam persekitaran terkawal.
**Mungkin berbeza-beza dalam pasaran berlainan lantaran peraturan tempatan.
 

Latar Belakang DJI Agriculture 

DJI Agriculture ditubuhkan oleh DJI pada tahun 2015 dengan misi untuk membawakan teknologi dron yang inovatif kepada pertanian, lalu menjadikannya lebih lestari, cekap dan lebih selamat. DJI mula melabur dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk kemajuan dron sembur pada tahun 2012, sebelum ia mewujudkan sebuah unit perniagaan khusus untuk dron pertanian. Sebagai peneraju dalam industri dron, DJI membina dunia dengan terus-menerus menggalakkan kemajuan insan melalui produk yang menambah nilai kepada kehidupan di serata dunia dengan cara yang lebih mendalam berbanding sebelum ini. Hari ini, anggaran 500,000 dron pertanian digunakan di seluruh dunia untuk merawat lebih daripada 300 jenis tanaman di lebih 100 negara.

 

Source: DJI
Keywords: Agriculture Airlines/Aviation Computer/Electronics Travel