omniture

MALAYSIA PERJUANGKAN AGENDA KEMAHIRAN ASEAN DI ATMC 2025: MENYERU KOLABORASI SERANTAU LEBIH MANTAP

HRD CORP
2025-07-16 10:35 24

KUALA LUMPUR, Malaysia, 16 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Kementerian Sumber Manusia Malaysia (KESUMA), seiring bersama agensinya, Human Resource Development Corporation (HRD Corp) menganjurkan dengan jayanya Persidangan Pasaran Latihan ASEAN (ATMC) 2025 di Kuala Lumpur. Acara ini memperkukuh komitmen ASEAN untuk melengkapkan tenaga kerjanya dengan kemahiran yang sedia mendepani masa depan di tengah-tengah transformasi ekonomi yang pesat.

From left: Dr. Rony Ambrose Gobilee, Chief Strategy Officer of HRD Corp; Datuk Azman Mohd Yusof, Secretary General of KESUMA; Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, Deputy Minister of Human Resources, Malaysia; Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Chairman of the Board, HRD Corp; En. Soffian Mohammed Amin, Chief Programmes Officer of HRD Corp.
From left: Dr. Rony Ambrose Gobilee, Chief Strategy Officer of HRD Corp; Datuk Azman Mohd Yusof, Secretary General of KESUMA; Dato’ Sri Abdul Rahman Mohamad, Deputy Minister of Human Resources, Malaysia; Datuk Abu Huraira Abu Yazid, Chairman of the Board, HRD Corp; En. Soffian Mohammed Amin, Chief Programmes Officer of HRD Corp.

Diadakan di Berjaya Times Square Hotel, ATMC menghimpunkan lebih 600 peserta, termasuk penyedia latihan nasional dan serantau, majikan, penggubal dasar dan wakil daripada organisasi perniagaan di seluruh ASEAN. Persidangan ini merupakan salah satu daripada tujuh inisiatif utama di bawah Tahun Kemahiran ASEAN (ASEAN Year of Skills, AYOS) 2025.

Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia, Yang Berhormat Dato' Sri Abdul Rahman Mohamad yang merasmikan acara ini, menekankan bahawa pengukuhan ekosistem penyedia latihan dan jurulatih merupakan sesuatu yang amat penting dalam menjamin daya saing masa depan ASEAN.

"Di seluruh ASEAN, kita menyaksikan kuasa automasi yang disruptif, kecerdasan buatan, ekonomi digital dan peralihan hijau. Kesemua kuasa ini mentransformasikan industri-industri, menggantikan peranan dan mentakrifkan semula kemahiran yang diperlukan oleh rakyat kita demi berkembang maju."

"Bagi mentransformasikan ekonomi kita, kita mesti terlebih dahulu mengubah cara kita melatih rakyat kita. Malaysia berbesar hati dapat memacu agenda ini di bawah Kepengerusian ASEAN kita bagi memastikan sistem latihan kita relevan dalam industri, bersifat inklusif dan bersedia mendepani masa depan," katanya.

Di bawah tema "Memperkasakan Bekalan Latihan ASEAN: Merapatkan Jurang Kemahiran, Inovasi dan Kolaborasi untuk Ekonomi Sedia Masa Depan," ATMC memfokuskan pada pengukuhan ekosistem latihan di rantau ini bagi memenuhi permintaan yang muncul. Perbincangan utama menumpukan untuk meningkatkan kualiti dan kapasiti penyedia latihan, merapatkan jurang ketakpadanan kemahiran yang berulang-ulang, meluaskan capaian kepada peluang pembelajaran dan menonjolkan inovasi dalam penyampaian latihan serta pendidikan.

Antara para pemimpin serantau ternama yang menyumbangkan pandangan mereka di persidangan ini ialah Dr. Markus Bernhardt, Pakar Strategi Pembelajaran dan Pembangunan untuk AI-Powered Workforce; Yue Yean Feng, Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat dan Program Universiti di IBM Asia Pacific dan Mary Kent, Pakar Kemahiran dan Kebolehgajian di International Labour Organization (ILO).

Pengerusi HRD Corp, Datuk Abu Huraira Abu Yazid dalam ucapannya menyebut bahawa ATMC bermatlamat bukan sahaja untuk mengukuhkan bekalan latihan di Malaysia bahkan untuk membina sebuah ekosistem padu yang menyokong pertumbuhan ASEAN.

"Kami berbesar hati dan berbangga dapat membawakan set pameran negara dan inovasi serantau yang berbagai-bagai sepanjang program ini, pada hari ini. Kolaborasi dan perkongsian yang dibentuk di sini akan memastikan tenaga kerja kita kekal berdaya saing, boleh menyesuaikan diri dan bingkas dalam menghadapi anjakan global. Kita boleh bersama-sama meningkatkan kualiti dan jangkauan pasaran latihan kita untuk berkhidmat dengan lebih baik kepada rakyat dan ekonomi kita," simpulnya.

Di bawah kepimpinan Menteri Sumber Manusia Malaysia, Yang Berhormat Tuan Steven Sim Chee Keong, Malaysia terus mengemudi agenda ASEAN ke arah melahirkan tenaga kerja yang lebih mahir, lincah dan bersedia mendepani masa depan.

Turut hadir ialah Ketua Setiausaha KESUMA Datuk Azman Yusoff; Ketua Pegawai Strategi HRD Corp, Dr. Rony Ambrose Gobilee; dan Ketua Pegawai Program, Soffian Mohammed Amin.

Awal tahun ini, Minggu Latihan Kebangsaan (NTW) Malaysia di bawah AYOS 2025 merekodkan sejumlah 3.7 juta peserta yang tidak pernah terjadi sebelum ini di seluruh rantau ini dengan 73,000 kursus tersedia secara percuma hingga akhir tahun.

Memandang ke hadapan, KESUMA dan HRD Corp akan terus memperjuangkan kolaborasi serantau melalui acara-acara penting yang akan datang seperti Persidangan TVET ASEAN, Persidangan & Pameran Modal Insan Kebangsaan 2025, Forum Kemahiran Global dan Forum Menteri Tenaga Manusia ASEAN untuk Pembangunan Modal Insan.

Untuk maklumat lanjut mengenai AYOS 2025 dan program-program serantau yang akan datang, sila kunjungi www.aseanyearofskills.org.

Source: HRD CORP
Keywords: Computer/Electronics Multimedia/Online/Internet Workforce Management/Human Resources Trade show news