omniture

Pelopori Revolusi Bangunan Pintar: Persidangan TRUE Midea Building Tech. ke-4 Buka Laluan Menuju Era Rendah-karbon

Midea Building Technology
2025-07-16 12:19 38

SHANGHAI, 16 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Dengan industri bangunan yang mempercepat transformasi digital dan rendah karbon, Persidangan TRUE Midea Building Tech ("Persidangan TRUE") ke-4 berlangsung mulai 2 hingga 3 Julai di Shanghai.

Memfokuskan pada barisan hadapan bangunan pintar dan pembangunan mampan, Persidangan TRUE menarik minat lebih 300 peneraju industri dan lebih 10,000 peserta dalam tempoh tiga tahun lalu, memudahkan pelbagai kolaborasi teknikal dalam sektor bangunan.

Bertemakan "Evolusi TRUE: Bangunan Pintar, Masa Depan Hijau," persidangan pada tahun ini menghimpunkan lebih daripada 50 peneraju dan pakar industri global untuk berkongsi visi mereka dan memacu selanjutnya evolusi industri ini melalui forum utama, perbincangan panel, pelancaran produk serta pameran-eko. Acara ini menarik kira-kira 2,000 rakan kongsi daripada ekosistem sektor bangunan.

The 4th Midea Building Tech. TRUE Conference
The 4th Midea Building Tech. TRUE Conference

Semasa forum utama, pakar berkongsi pandangan berhubung memajukan pembangunan hijau dan rendah karbon. Perbincangan menekankan keperluan untuk membina sistem tenaga seni bina baharu bagi menyokong pembangunan tenaga yang berkualiti tinggi, di samping konsep inovatif pergabungan bersinergi antara bangunan hijau dan ekosistem kewangan demi menggalakkan penyelesaian pembiayaan mampan. Pengalaman praktikal dalam meningkatkan kecekapan tenaga dan melaksanakan strategi penyahkarbonan bandar dibentangkan yang bersumberkan kajian kes antarabangsa.

Selain itu, Midea Building Technologies ("MBT") memperkenalkan lima penyelesaian inovatif di persidangan ini yang merangkumi bidang perniagaan utamanya termasuk HVAC, lif pintar, automasi bangunan dan pengurusan tenaga. Midea V9 VRF mengatasi cabaran industri termasuk degradasi kecekapan penyejukan dalam suhu yang melampau, keperluan terhadap penyongsang tambahan dalam integrasi fotovolta dan sisa tenaga daripada penggunaan penyaman udara yang tidak dipantau. Dalam sektor pendingin berskala besar, Midea memanfaatkan teknologi "MAGLEV+" terasnya untuk meraih pencapaian komprehensif bermula daripada penyejukan hinggalah bekalan tenaga industri. Ini dapat memacu peralihan medan tenaga daripada peningkatan peralatan tunggal kepada transformasi peringkat sistem.

Sementara itu, Kermi memperkenalkan Penyelesaian HVAC+E kediaman pintarnya yang mewujudkan lingkungan kehidupan yang lebih selesa, pintar dan mampan. LINVOL melancarkan teknologi lif kediaman generasi akan datang dan penyelesaian senario penuh untuk lif kargo bagi memastikan setiap perjalanan mencapai ketibaan yang lebih baik.

"MBT mewujudkan projek-projek penanda aras dalam kampus pintar, kemudahan penjagaan kesihatan pintar, kilang pembuatan termaju dan sistem transit rel digital," kata Peter Guan, Naib Presiden Midea Group dan Presiden Midea Building Tech. "Menyasarkan untuk menjadi Rakan Kongsi Binaan Pintar pelanggan kami, kami terus-menerus meningkatkan keupayaan dalam pendigitalan, kawalan automatik, reka bentuk sistem dan penyampaian kejuruteraan, kesemuanya bagi memenuhi keperluan rendah karbon dan pintar."

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi mbt.midea.com/global

 

 

Source: Midea Building Technology
Keywords: Computer/Electronics Environmental Products & Services Green Technology Household/Consumer/Cosmetics HVAC Utilities New products/services Trade show news