![]() |
Kejuaraan phygital sports (sukan fizital) terbesar di dunia akan diadakan di ibu kota Kazakhstan dari 18 Julai hingga 1 Ogos 2026.
Kejuaraan ini dijangka akan menerima sekitar 1,500 atlet, dengan acara dalam 13 disiplin fizital yang akan diadakan di seluruh bandar.
Para atlet dan kelab akan bersaing untuk merebut bahagian daripada dana hadiah bernilai $10 juta.
ASTANA, Kazakhstan, 16 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Phygital International (Fizital Antarabangsa), penganjur dan pemegang hak bagi Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan - GOTF), secara rasmi mengesahkan Astana sebagai bandar tuan rumah untuk edisi 2026, yang akan berlangsung dari 18 Julai hingga 1 Ogos 2026.
Pengumuman tersebut dibuat semasa mesyuarat rasmi bersama Perdana Menteri Olzhas Bektenov dari Republik Kazakhstan, diikuti dengan sidang media yang dipimpin oleh wakil utama acara termasuk Serik Zharasbayev, Timbalan Menteri Pelancongan dan Sukan Republik Kazakhstan; Nis Hatt, Ketua Pegawai Eksekutif Phygital International (Fizital Antarabangsa); dan Alibek Khassenov, Presiden Kazsportinvest JSC.
Dikenali sebagai gabungan terbaik antara kecergasan fizikal dan permainan digital, Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026 akan mengubah Astana menjadi pusat pertandingan elit dan inovasi terkini. Edisi 2026 akan menampilkan 13 disiplin, termasuk kegemaran peminat seperti Phygital Football (Bola Sepak Fizital), Phygital Basketball (Bola Keranjang Fizital), Phygital Dancing (Tarian Fizital) dan Phygital Shooter (Sukan Menembak Fizital), serta mempamerkan versi fizital untuk Hockey (Hoki), Fighting (MMA dan Tinju) dan banyak lagi. Dalam setiap disiplin, atlet pertama-tama bertanding dalam versi digital sukan tersebut sebelum beralih ke versi fizikalnya; keputusan akhir ditentukan oleh prestasi gabungan di kedua-dua peringkat tersebut.
Dana hadiah sebanyak $10 juta disediakan untuk meningkatkan persaingan di GOTF 2026, menarik perhatian global dan memikat bakat bertaraf tertinggi. Dengan kira-kira 1,500 peserta dijangka bertanding di pelbagai lokasi di Astana, kejohanan ini menandakan satu mercu tanda penting bagi perkembangan gerakan fizital. Untuk meningkatkan lagi impaknya dan menonjolkan kepimpinan Kazakhstan dalam teknologi sukan dan inovasi digital, bandar ini akan menjadi tuan rumah Games of the Future City (Bandar Temasya Sukan Masa Depan), sebuah sambutan inovasi yang menampilkan zon peminat, pameran interaktif dan pengaktifan teknologi yang dikendalikan oleh komuniti.
"Format fizital mewujudkan peluang baharu yang menarik untuk melibatkan belia berbakat dalam sukan, sejajar dengan jangkaan yang berkembang daripada komuniti sukan moden. Format pertandingan yang inovatif ini membentuk agenda dinamik dan relevan di persimpangan sukan dan teknologi", tegas Serik Zharasbayev, Naib Menteri Pelancongan Kazakhstan.
"Astana ialah sebuah bandar yang mewujudkan semangat masa depan. Dengan infrastruktur bertaraf dunia, rekod kejayaan dalam menganjurkan acara global, serta pelaburan mendalam dalam golongan muda dan teknologi, Astana adalah pentas sempurna untuk membantu membentuk masa depan phygital sports (sukan fizital) di peringkat global," kata Nis Hatt, Ketua Pegawai Eksekutif Phygital International (Fizital Antarabangsa).
Kazakhstan telah dipilih sebagai tuan rumah untuk 2026 oleh Jawatankuasa Pakar Phygital International (Fizital Antarabangsa) selepas proses bidaan antarabangsa yang kompetitif pada akhir tahun 2024. Kazsportinvest JSC — yang mempunyai rekod kejayaan termasuk Asian Winter Games (Sukan Musim Sejuk Asia) 2011, Winter Universiade (Universiade Musim Sejuk) 2017 dan World Nomad Games (Sukan Nomad Dunia). Astana 2024 telah dilantik untuk menganjur dan melaksanakan acara ini, membawa kepakaran mendalam dalam mengendalikan pertandingan sukan berprofil tinggi.
"Kejohanan ini mempunyai potensi antarabangsa yang luar biasa dan berdiri sebagai acara utama dalam dunia phygital sports (sukan fizital) yang baru muncul. Teknologi sedang mengubah dengan pantas masa depan sukan, dan Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) mewakili peluang unik bagi kami untuk menyumbang secara bermakna kepada evolusinya serta membantu menjana keterujaan global terhadap sempadan baharu yang menarik dalam pertandingan ini , " kata Alibek Khassenov, Presiden Kazsportinvest JSC.
Walaupun Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026 di Astana masih setahun lagi, jangkaan terus meningkat apabila Abu Dhabi bersiap sedia untuk menjadi tuan rumah edisi 2025 dari 18 hingga 23 Disember. Susulan kejayaan sulung kejohanan pada tahun 2024, Abu Dhabi bersedia untuk menganjurkan satu lagi pameran global phygital sports (sukan fizital) yang tiada tandingan. Acara ini akan menggabungkan yang terbaik dari phygital sports (sukan fizital) dan inovasi teknologi, menghimpunkan beribu-ribu atlet dan peminat daripada phygital community (komuniti fizital) global, membuka jalan bagi Astana untuk meneruskan momentum ini pada tahun 2026.
Maklumat Tentang Phygital International (Fizital Antarbangsa - PI):
Phygital International (Fizital Antarbangsa) ialah penganjur phygital sports (sukan fizital) pada peringkat global dan memberi tumpuan kepada inovasi serta mendefinisikan semula sukan. Syarikat ini ialah penjaga dan pemegang hak Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan), serta mengawasi proses pembidaan untuk setiap bandar tuan rumah.
Untuk maklumat lebih lanjut sila kunjungi: https://Phygitalinternational.com
Maklumat Tentang Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan - GOFT):
Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) ialah acara antarabangsa tahunan yang menggabungkan dunia fizikal dan digital dan merupakan kemuncak phygital sports (sukan fizital). Kejohanan ini menghimpunkan para wira phygital sports (sukan fizital) generasi akan datang dari seluruh dunia untuk bersaing dalam pelbagai disiplin dan cabaran fizital. Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2025 akan diadakan di Abu Dhabi manakala Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan) 2026, akan diadakan di Astana.
Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: https://gofuture.games/
Maklumat Tentang World Phygital Community (Komuniti Fizital Dunia - WPC):
World Phygital Community (Komuniti Fizital Dunia - WPC) ialah sebuah organisasi antarabangsa bukan berasaskan keuntungan yang bertujuan untuk mempromosikan phygital sports (sukan fizital) di seluruh dunia dengan menyatukan ahli fizikal dan digital di seluruh dunia. Organisasi ini bertanggungjawab menyediakan penjagaan peraturan dan undang-undang phygital sports (sukan fizital) dan menganjurkan kejohanan kedudukan kelayakan untuk Games of the Future (Temasya Sukan Masa Depan): https://worldphygital.org/
Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2730390/GoF_Basketball.jpg?p=medium600
Gambar - https://mma.prnasia.com/media2/2730391/GOF_Astana_2025.jpg?p=medium600
Logo - https://mma.prnasia.com/media2/2529536/5323689/Phygital_International_Logo.jpg?p=medium600