omniture

XCMG dan O.C.R. Thailand Tandatangani Kontrak $14 Juta Utama di Sambutan Ulang Tahun ke-20, Memacu Selanjutnya Pembinaan Hijau dan Pintar di Asia Tenggara

XCMG Machinery
2025-07-17 11:04 16

PATTAYA, Thailand, 17 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Menyaksikan dua dekad perkongsian strategik, XCMG Machinery (SHE:000425), peneraju bertaraf global bagi jentera pembinaan dan O.C.R. Company Limited ("OCR"), penyedia produk dan perkhidmatan ulung Thailand menandatangani perjanjian perolehan utama melebihi nilai 100 juta RMB (kira-kira USD 14 juta). Kontrak ini, yang ditandatangani semasa sambutan ulang tahun ke-20 perkongsian ini yang bertempat di Pattaya, melibatkan penghantaran trak lombong elektrik tulen XCMG dan jentera angkut tenaga baharu, bagi mempercepat penerimagunaan penyelesaian pembinaan rendah karbon di Thailand.

XCMG and O.C.R. Thailand Sign Landmark $14 Million Contract at 20th Anniversary Celebration, Driving Further Green and Smart Construction in Southeast Asia
XCMG and O.C.R. Thailand Sign Landmark $14 Million Contract at 20th Anniversary Celebration, Driving Further Green and Smart Construction in Southeast Asia

Acara ulang tahun yang penting ini, bertemakan 20 Tahun Kepercayaan, Kuasa dan Kemajuan — Sentiasa Mendahului, Selama-lamanya Bersama, menunjukkan komitmen XCMG terhadap penyetempatan yang mendalam dan transformasi inovatif, sejajar dengan strategi pembangunan "4.0" negara Thailand melalui aktiviti imersif, demonstrasi teknologi dan penghargaan pelanggan sepanjang hari.

Sorotan acara utama termasuk: 

  • Pandu Uji Awam Pertama Thailand: Para hadirin merasai pengalaman jentera pembinaan tanpa pemandu termaju XCMG yang dilengkapi dengan sistem kawalan berautonomi sepenuhnya – demonstrasi awam pertama di pasaran Thailand.
  • Penyelesaian Elektrik Termaju: Mempamerkan unit kepala traktor elektrik tulen yang terkini, menonjolkan prestasi yang berkuasa lagi cekap tenaga.
  • Penghargaan Pelanggan Besar-besaran: Hadiah cabutan bernilai lebih 4 juta baht, menampilkan kenderaan elektrik BYD dan hadiah premium lain.
  • Hiburan Perayaan: Persembahan secara langsung oleh MC Dai Diana dan ahli muzik ternama Singto Numchok, mewujudkan suasana yang tidak dapat dilupakan.

"XCMG tetap komited untuk mengamalkan strategi penyetempatan yang mendalam dan berkongsi peluang pembangunan bersama rakan kongsi global kami," ujar Yang Dongsheng, Pengerusi XCMG Machinery. "Berada di persimpangan bersejarah yang baharu ini, kami berharap agar dapat saling bekerjasama dengan OCR bagi menempuh era kecerdasan terkandung dan jentera pembinaan pintar. Dengan mengubah amalan terbaik global XCMG menjadi penyelesaian yang disesuaikan di peringkat tempatan, kami akan mempercepat peralihan Thailand menuju pembinaan karbon sifar, tanpa pemandu dan pintar. Perkongsian ini mewujudkan nilai yang lebih besar untuk pelanggan kami serta menyumbang dengan ketara kepada pembangunan infrastruktur dan ekonomi Thailand yang mampan."

Sejak menjadi rakan kongsi pada tahun 2005, OCR berkembang menjadi hab strategik XCMG yang paling penting di Asia Tenggara. Sepanjang 20 tahun yang lalu, kolaborasi ini memainkan peranan yang penting dalam menyetempatkan peralatan pembinaan termaju, meluaskan rangkaian perkhidmatan di seluruh Thailand dan menyokong pemodenan infrastruktur negara.

Memandang ke hadapan, XCMG dan OCR bersedia untuk mengukuhkan lagi kolaborasi mereka. Tumpuan akan diberikan untuk menyediakan peralatan dan penyelesaian yang lebih hijau, lebih pintar dan lebih cekap ke pasaran Thailand untuk terus memberikan sumbangan yang berpanjangan terhadap kemajuan ekonomi Thailand dan membina masa depan yang lebih lestari.

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
Shanghai:00042.SS Shanghai:000425
Keywords: Auto Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation Contracts