omniture

Xinhua Silk Road: Legasi etnik Cina purba tonjol lakuran budaya tercatat sebagai Warisan Dunia UNESCO

Xinhua Silk Road
2025-07-17 16:53 70

BEIJING, 17 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Makam Imperial Xixia telahpun dicatatkan dalam Senarai Warisan Dunia pada 11 Julai semasa sesi ke-47 Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO di Paris, Perancis. Ini merupakan tapak Warisan Dunia ke-60 China.

A drone photo taken on July 10, 2025 shows two Xixia imperial tombs in northwest China's Ningxia Hui Autonomous Region. (By Wang Peng)
A drone photo taken on July 10, 2025 shows two Xixia imperial tombs in northwest China's Ningxia Hui Autonomous Region. (By Wang Peng)

Terletak di kaki Gunung Helan di Yinchuan, Wilayah Autonomi Ningxia Hui di barat laut China, Makam Imperial Xixia merupakan tinggalan arkeologi terbesar, berkedudukan tertinggi dan paling terpelihara daripada Dinasti Xixia (1038-1227).

Kawasan warisan ini merangkum sembilan makam diraja imperial, 271 makam bawahan, sebuah kompleks seni bina di bahagian hujung utara dan 32 kemudahan kawalan banjir.

Melalui penggalian hampir setengah abad lamanya, lebih 7,100 artifak indah telahpun digali, termasuk lembu jantan gangsa bersepuh emas dan Chiwen licau. Penemuan ini memaparkan dengan jelas ciri-ciri tamadun Xixia.

Jawatankuasa Warisan Dunia UNESCO mengiktiraf Makam Imperial Xixia sebagai bukti yang luar biasa kepada lakuran pelbagai budaya.

Susun atur ruangan, falsafah reka bentuk dan bentuk seni binanya mewarisi sistem makam diraja imperial Dinasti Tang (618-907) serta Song (960-1279) dan dalam masa yang sama mengintegrasikan kepercayaan Buddha dan adat resam etnik tempatan purba. Hal ini mencipta tradisi pengebumian yang unik dan menunjukkan peranan penting dinasti dalam pertukaran budaya dan komersial sepanjang Silk Road pada abad ke-11 hingga abad ke-13.

Usaha besar-besaran dan pencapaian cemerlang kerajaan China dalam melindungi warisan budaya Makam Imperial Xixia mendapat pujian tinggi daripada pihak Jawatankuasa.

Sejak dinamakan sebagai Unit Perlindungan Peninggalan Budaya Utama Negara pada tahun 1988, tapak ini mewujudkan undang-undang, peraturan dan sistem pengurusan yang komprehensif.

Terutamanya sejak tahun 2000, melalui kolaborasi bersama institusi-institusi profesional, sebanyak 60 projek pengukuhan utama telahpun dilaksanakan dengan jayanya di makam itu sendiri. Hal ini pada dasarnya menghapuskan risiko ketidakstabilan dan isu hakisan permukaan yang dapat menjejaskan makam diraja imperial dan makam bawahan yang utama.

Di samping itu, pemindahan bangunan dan kemudahan moden seluas kira-kira 100,000 meter persegi dalam zon warisan, digabungkan dengan pewujudan platform pemantauan dan amaran awal yang komprehensif, memastikan ketulenan, integriti dan persekitaran pemeliharaan tapak ini dengan berkesan.

Para ilmuwan antarabangsa menyatakan bahawa Makam Imperial Xixia menjadi bukti fizikal yang amat penting untuk mengkaji hubungan etnik purba, seni dalam seni bina dan tradisi pengebumian di China. Kejayaan inskripsinya memperkayakan kepelbagaian warisan budaya global.

Pautan asal: https://en.imsilkroad.com/p/346640.html

Source: Xinhua Silk Road
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Publishing/Information Service Travel