FOSHAN, China, 18 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Baru-baru ini, Midea dan Konfederasi Bola Sepak Afrika (Confédération Africaine de Football, CAF) memuktamadkan satu perjanjian di Foshan, China untuk Midea menjadi Penaja Rasmi TotalEnergies CAF Africa Cup of Nations ("AFCON") 2025.
Midea ialah salah satu pengilang peralatan rumah yang terkemuka di dunia serta mengkhusus dalam rawatan udara, penyejukan, dobi-mendobi, ketuhar gelombang mikro & ketuhar, penjagaan lantai, mesin basuh pinggan mangkuk dan juga peralatan domestik kecil. Perkongsian ini menyaksikan satu pencapaian penting dalam portfolio sukan global syarikat gergasi peralatan rumah yang semakin berkembang ini dan menekankan dedikasinya untuk berinteraksi dengan penonton sukan bola sepak yang bersemangat di seluruh Afrika.
Véron Mosengo-Omba, Setiausaha Agung CAF dialu-alukan ke Ibu Pejabat Midea sempena acara ini oleh Eric Wang, Presiden Midea Smart Home Business Group & Naib Presiden Midea Group, Lewis Fu, Presiden Midea International Business dan Robert Tong, Pengarah Pengurusan & Pemasaran Jenama Midea International Business.
Lewis Fu berucap di acara ini yang mana beliau berkata bahawa, "Perkongsian kami untuk AFCON 2025 merupakan detik yang membanggakan dalam perjalanan jenama kami. Di seluruh Afrika, kami melihat isi rumah semakin menerima peralatan rumah pintar moden dan kami percaya bahawa CAF merupakan rakan kongsi yang sempurna untuk menonjolkan komitmen kami terhadap rantau ini. Tidak disangsikan lagi AFCON merupakan salah satu pertandingan bola sepak yang paling mengujakan pada hari ini yang melaluinya beberapa pemain bola sepak yang paling hebat di dunia disaksikan oleh lebih daripada satu bilion penonton global. Midea mempunyai keyakinan penuh bahawa peristiwa ini hanyalah merupakan suatu permulaan perkongsian yang panjang dan mendalam bersama CAF."
TotalEnergies CAF Africa Cup of Nations, Morocco 2025 akan dimainkan di Maghribi dan melalui perkongsian ini, Midea akan menikmati kebolehlihatan jenama yang meluas melalui pertandingan CAF, platform digital dan aktiviti penglibatan peminat, lalu memantapkan kedudukannya sebagai nama yang menjadi sebutan ramai dalam pasaran Afrika.
Latar Belakang Midea
Midea ialah jenama peralatan rumah pintar yang terkemuka di dunia dan meliputi pelbagai kategori produk termasuk penyaman udara, peti sejuk, mesin basuh, mesin basuh pinggan mangkuk, ketuhar, penggoreng kering dan pembersih vakum robot. Midea Group yang ditubuhkan pada tahun 1968 ialah sebuah syarikat teknologi global yang terkemuka dengan lebih 190,000 pekerja di seluruh dunia dan menduduki tempat #277 dalam senarai Fortune Global 500 2024. Ketahui lebih lanjut mengenai peralatan rumah Midea di midea.com/global dan Midea Group di midea.com.cn/en