omniture

Sejuta Pengguna di Malaysia Kini Menggunakan moomoo

Moomoo Malaysia
2025-07-18 10:24 57

Penerimagunaan pantas menggambarkan permintaan yang semakin meningkat terhadap alatan lebih pintar, capaian global dan rangkaian peluang pelaburan yang lebih luas

KUALA LUMPUR, Malaysia, 18 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Moomoo Securities Malaysia (Moomoo MY) mengumumkan pada hari ini bahawa ia telah melangkaui 1 juta pengguna berdaftar yang menekankan penerimagunaan yang semakin pantas terhadap pelaburan dipacu data dan didayakan teknologi dalam kalangan rakyat Malaysia serta seluruh wilayah ini. Penerimagunaan yang pantas ini mengetengahkan peralihan asas dalam kalangan pelabur runcit Malaysia menuju platform yang menawarkan capaian yang saksama kepada maklumat kewangan serta alatan analitis gred profesional, cerapan pasaran yang tepat pada masanya serta capaian yang lancar kepada peluang pelaburan global.

1 Million Investors in Malaysia are Now on Moomoo
1 Million Investors in Malaysia are Now on Moomoo

Sejak dilancarkan, Moomoo MY memantapkan kedudukannya sebagai brokeraj yang terkemuka, mencapai 100,000 pengguna dan menjadi aplikasi kewangan yang paling banyak dimuat turun di Malaysia dalam masa hanya enam minggu selepas menembusi pasaran. Berasaskan momentum peringkat awal ini, platform ini berkembang sebanyak sepuluh kali ganda — daripada 100,000 kepada lebih 1 juta pengguna — dalam masa lebih setahun sahaja, lantas meningkatkan standard untuk perkhidmatan brokeraj runcit di peringkat tempatan dengan ketara. Pertumbuhan pesat ini menggambarkan keutamaan pelabur yang semakin meningkat terhadap perisikan pasaran yang boleh diambil tindakan, keupayaan analitis termaju dan capaian berintegrasi ke pasaran global — ciri-ciri yang lazimnya tersedia terutamanya melalui saluran profesional.

"Kelakuan pelabur Malaysia berkembang dengan jelas," kata Ivan Mok, Ketua Pegawai Eksekutif Moomoo Malaysia. "Kami dapat menyaksikan pelabur yang lebih termaklum dan arif muncul — iaitu pelabur yang melihat lebih daripada sekadar fi rendah dan platform transaksi, sebaliknya mencari analitis yang teguh, data masa nyata dan pendidikan untuk membuat keputusan jangka panjang yang lebih baik. Melepasi ambang satu juta pengguna bukan sahaja mengenai pertumbuhan kami; ia menandakan harapan yang semakin meningkat serta kematangan pasaran modal Malaysia."

Memangkinkan Capaian dan Meningkatkan Standard Melalui Teknologi dan Cerapan

Sejak memasuki Malaysia, moomoo memperkenalkan beberapa inovasi untuk menjadikan pelaburan berkualiti profesional sesuatu yang lebih mudah dicapai oleh pelabur runcit.

Melalui satu platform yang intuitif, moomoo menawarkan pelabur Malaysia dengan berita masa nyata dan data pasaran yang komprehensif, capaian yang lancar ke pasaran A.S., Hong Kong, saham-A China, Singapura dan Malaysia, serta beraneka jenis instrumen — termasuk ekuiti, REIT, waran dan opsyen A.S. antara lain. Digabungkan dengan inovasi seperti pelaburan saham pecahan, Cash Plus dan pelan simpanan automatik, keupayaan ini membolehkan pelabur membina portfolio yang lebih bingkas dan terpelbagai di peringkat global dengan yakin.

Sejajar dengan misinya untuk memperkasakan pelaburan yang lebih bijak, baru-baru ini moomoo melancarkan moomoo AI, satu ciri canggih yang memanfaatkan kecerdasan buatan untuk membantu pengguna menganalisis saham, mendedahkan arah aliran dan memahami data pasaran yang kompleks dengan lebih mudah.

"Memandangkan lebih ramai pelabur runcit mengambil perspektif global, industri pembrokeran harus berkembang seiring dengannya," tambah Mok. "Apa yang membezakan moomoo ialah keupayaan kami untuk menggabungkan alatan dan cerapan termaju secara mudah dan jelas — agar setiap pelabur boleh mendekati pasaran dengan yakin."

Membina Komuniti Pelabur Berkeyakinan

Selain daripada alatan dan data, Moomoo Malaysia turut memfokuskan untuk memupuk pendidikan dan keterlibatan — mengiktiraf bahawa pelabur termaklum berkembang maju dalam persekitaran kolaboratif. Hari ini, moomoo menyokong komuniti pelabur yang terkemuka di wilayah ini, dengan lebih 26 juta pelabur di peringkat global bertukar-tukar pandangan, strategi serta perspektif pasaran dalam ruang yang selamat dan terjamin. Koleksinya yang mengandungi lebih 700 sumber pembelajaran, disokong oleh analitis dikuasakan AI, menarik minat lebih daripada 2.7 juta pandangan setakat ini.

Tahun lalu, Moomoo Malaysia menganjurkan Moofest, yang bakal menjadi festival pelabur tahunan dan menghimpunkan lebih tiga (3) ribu peserta — bermula daripada pedagang berpengalaman hinggalah pelabur kali pertama — bagi tujuan pendidikan, perbincangan dan pandangan mengenai arah aliran dan strategi pelaburan selama 3 hari.

Memandangkan kumpulan pelabur runcit Malaysia terus menunjukkan kematangan, Moomoo Malaysia tetap komited untuk memainkan peranan aktif dalam membentuk evolusi ini. Platform ini akan terus menyampaikan analitis yang utama dalam pasaran, pendidikan pelabur yang boleh dicapai dan keterhubungan global yang lancar, seterusnya memperkasakan pelabur untuk mengemudi pasaran global yang semakin rumit dengan yakin.

*Pelaburan melibatkan risiko. Penafian penuh di https://www.moomoo.com/my/support/topic9_37. Iklan ini masih belum disemak oleh SC.

###

Latar Belakang Moomoo Malaysia

Moomoo Securities Malaysia Sdn. Bhd. ("Moomoo Malaysia") merupakan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal (No. Lesen eCMSL/A0397/2024). Moomoo Malaysia ialah platform pelaburan digital termaju yang direka untuk memperkasakan pelabur daripada semua peringkat dengan alatan gred profesional, data pasaran mendalam dan cerapan pakar. Sebagai subsidiari kepada syarikat tersenarai Nasdaq dan rakan kongsi global NYSE serta Nasdaq, Moomoo Malaysia membawakan teknologi kewangan yang bertaraf dunia ke Malaysia.

Sebagai firma sekuriti runcit terbesar dengan bilangan pelanggan terbesar di Hong Kong dan Singapura, moomoo dengan pantas menjadi aplikasi kewangan No. 1 yang paling banyak dimuat turun di Malaysia berdasarkan muat turun dan pengguna aktif harian[1]. Gabungan ciri-ciri inovatif dan kemudahan penggunaan daripada platform ini melayakkannya memperoleh pelbagai anugerah bertaraf antarabangsa daripada Benzinga, Fintech Breakthrough dan banyak lagi, termasuk anugerah 'Teknologi Perdagangan Terbaik', 'Teknologi Penyelidikan Pelaburan Terbaik', 'Platform Perdagangan Terbaik' serta "Broker Runcit Terbaik" di Singapura yang diiktiraf oleh Securities Investors Association (Singapore).

Mengkhusus untuk mentransformasikan senario pelaburan tempatan, Moomoo Malaysia menjadikan alatan perdagangan yang inovatif dan sumber pendidikan boleh dicapai oleh semua pelabur, seterusnya menetapkan standard baharu dalam teknologi kewangan serta memperkukuh kedudukannya sebagai platform pelaburan digital yang terkemuka di rantau ini.

Ketahui lebih lanjut di www.moomoo.com/my.

[1] Data muat turun No. 1 ditentukan berdasarkan muat turun terkumpul dari tarikh pelancaran aplikasi brokeraj di Malaysia sebagai perbandingan setakat 23 April 2024 melalui data.ai.

 

 

Source: Moomoo Malaysia
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Financial Technology