omniture

Vantage Menjadi Tumpuan Utama sebagai Penaja Berlian di Wealth Expo Ecuador 2025

Vantage
2025-07-18 18:03 66

PORT VILA, Vanuatu, 18 Julai 2025 /PRNewswire/ -- Vantage Markets dengan bangganya mengumumkan penyertaannya sebagai Penaja Berlian di Wealth Expo Ecuador 2025 yang berlangsung pada 19 Julai di Quorum Convention Center di Quito. Sebagai salah satu ekspo kewangan yang terkemuka di rantau ini, acara ini akan menghimpunkan broker terkemuka, penginovasi teknologi kewangan (fintech), pelabur dan ahli profesional perdagangan bagi tujuan pembelajaran dan perangkaian berimpak tinggi selama sehari.

Vantage to Take Center Stage as Diamond Sponsor at Wealth Expo Ecuador 2025
Vantage to Take Center Stage as Diamond Sponsor at Wealth Expo Ecuador 2025

Menjadi nadi kehadiran Vantage adalah pengalaman reruai yang dinamik dan menarik. Para pengunjung akan diundang untuk mengambil bahagian dalam cabaran rafel udara (air raffle) mendebarkan yang mana mereka boleh melangkah masuk ke dalam mesin rafel kaca dan cuba untuk merebut tiket yang terbang di udara. Para pemenang bertuah akan pulang dengan kit barangan Vantage yang eksklusif atau kad hadiah istimewa – suatu cara yang menyeronokkan dan mendatangkan kepuasan untuk berinteraksi dengan jenama ini.

Rodrigo Martínez, Ketua Pasukan Pembangunan Perniagaan akan menyampaikan pembentangan ucaptama di pentas utama yang bertajuk "Smart CopyTrading Within Everyone's Reach" ("Perdagangan Salinan Pintar Dalam Jangkauan Setiap Orang"). Sesi beliau akan meneroka bagaimana platform intuitif Vantage dan teknologi perdagangan salinan yang inovatif dapat memperkasakan pedagang baharu dan juga pedagang berpengalaman untuk mengambil bahagian dengan yakin dalam pasaran global.

Bagi menambah lagi nilai pendidikan dalam ekspo ini, Juan Gonzalez, Penganalisis Pasaran Pertumbuhan Perhubungan Pelanggan akan mengetuai bengkel mengenai "Pengurusan Emosi & Psikologi Perdagangan" bagi membimbing hadirin menerusi aspek-aspek psikologi perdagangan dan cara untuk mengurus emosi bagi membuat keputusan yang lebih baik. Jose Flores, Pengurus Pembangunan Perniagaan akan turut mewakili Vantage dalam perbincangan panel bagi menyumbang pandangan strategik mengenai arah aliran pasaran dan evolusi rangkuman kewangan di wilayah LATAM.

Sebagai pramula kepada acara utama, Vantage akan menaja Wealth Expo Cocktail Reception rasmi pada 18 Julai yang turut diadakan di Quorum Convention Center. Acara sebelah malam yang eksklusif ini akan menawarkan tetamu dengan persekitaran yang santai dan elegan untuk membina hubungan, bertukar-tukar idea dan bersantai dengan rakan industri sambil menikmati koktel dan pembuka selera.

"Penyertaan Vantage dalam Wealth Expo Ecuador pada tahun ini menggambarkan komitmen kami yang lebih luas untuk menyokong pendidikan kewangan dan keterlibatan di acara-acara industri antarabangsa," kata Marc Despallieres, Ketua Pegawai Eksekutif Vantage Markets. "Melalui kepimpinan berwibawa, pendidikan produk dan keterlibatan sejati, kami bermatlamat untuk menyokong pedagang pada semua peringkat."

Dengan lebih 800 hadirin dijangkakan, Wealth Expo Ecuador 2025 bakal menyediakan peluang yang luar biasa untuk pembelajaran kewangan, penemuan platform dan juga kolaborasi. Para hadirin di ekspo ini diundang untuk berinteraksi dengan wakil-wakil Vantage dan mempelajari lebih lanjut mengenai alat perdagangan CFD serta sumber pendidikan.

Latar Belakang Vantage

Vantage Markets (atau Vantage) ialah broker CFD berbilang aset yang menawarkan pelanggan akses perkhidmatan yang tangkas dan berkuasa bagi memperdagangkan produk Kontrak untuk Perbezaan (CFD), termasuk tukaran mata wang asing (Forex), Komoditi, Indeks, Saham, ETF dan Bon.

Dengan pengalaman pasaran selama lebih 15 tahun, Vantage melangkaui peranan sebagai broker, menyediakan platform perdagangan andal, aplikasi perdagangan mudah alih yang memenangi anugerah dan platform perdagangan mesra pengguna yang menyediakan capaian peluang perdagangan kepada pelanggan.

berdagang lebih bijak @vantage

AMARAN RISIKO: CFD ialah instrumen kompleks dan membawa risiko tinggi mengalami kerugian wang dengan cepat lantaran leveraj. Pastikan anda memahami risiko sebelum berdagang.

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak terdapat nasihat kewangan, tawaran atau rayuan bagi apa-apa produk atau perkhidmatan kewangan. Kandungan ini bukan bertujuan untuk penduduk di mana-mana bidang kuasa di mana pengedaran atau penggunaan sedemikian akan bertentangan dengan undang-undang atau peraturan tempatan. Pembaca dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat profesional bebas sebelum membuat apa-apa keputusan pelaburan atau kewangan. Apa-apa pergantungan yang anda letakkan pada maklumat yang dibentangkan adalah atas risiko anda sendiri sepenuhnya.

 

Source: Vantage
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Trade show news Financial Technology