omniture

XCMG Machinery Mencapai Dwi Pensijilan Pematuhan ISO 37301 dan GB/T 35770, Perkukuh Kepimpinan Tadbir Urus Global

XCMG Machinery
2025-07-19 10:38 15

XUZHOU, China, 19 Julai 2025 /PRNewswire/ -- XCMG Machinery (SHE:000425), peneraju bertaraf global bagi pembuatan jentera berat dan subsidiarinya XCMG Import & Export Co., Ltd., dianugerahkan Pensijilan Sistem Pengurusan Pematuhan ISO 37301:2021 oleh International Certification Network (IQNET), seiring bersama Pensijilan Sistem Pengurusan PematuhanGB/T 35770-2022 kebangsaan China oleh China Quality Certification Centre (CQC). Pensijilan ini yang berkuat kuasa 19 Jun 2025, mengesahkan kerangka pematuhan bertaraf dunia XCMG merentas perdagangan dan perkhidmatan selepas jualan jentera pembinaan dan juga alat gantinya.

XCMG Machinery Achieves Dual ISO 37301 and GB/T 35770 Compliance Certifications, Reinforcing Global Governance Leadership
XCMG Machinery Achieves Dual ISO 37301 and GB/T 35770 Compliance Certifications, Reinforcing Global Governance Leadership

ISO 37301:2021, dikeluarkan oleh Pertubuhan Pemiawaian Antarabangsa (ISO) dan yang setaraf dengan pensijilan Chinanya, GB/T 35770-2022, menyediakan metodologi sistematik untuk pematuhan organisasi. Piawaian ini mengguna pakai kitaran Rancang-Buat-Semak-Bertindak (Plan-Do-Check-Act, PDCA) yang mengupayakan pengurusan sistem pematuhan hujung-ke-hujung. Dwipensijilan XCMG ini menunjukkan komitmennya untuk memenuhi keperluan perdagangan antarabangsa dan juga penanda aras kawal selia China, seterusnya memberi tempat kepada syarikat ini sebagai penanda aras untuk kecemerlangan tadbir urus rentas sempadan.

Sejak tahun 2023, XCMG mempelopori seni bina pematuhan yang bertunjangkan prinsip-prinsip teras berhubung liputan komprehensif, kebertanggungjawaban yang jelas dan kecekapan pragmatik antara kumpulan.

Syarikat ini mengintegrasikan integriti, persaingan yang adil dan fideliti kontrak merentas seluruh rantaian nilainya, didorong oleh dwiprinsipnya: 'Pematuhan sebagai Kewajipan' dan 'Pematuhan sebagai Pengupaya Perniagaan.' Pensijilan ini mengesahkan kejayaan XCMG dalam membina budaya yang melaluinya pematuhan memperkasakan pertumbuhan yang mampan.

Dalam pasaran antarabangsa yang kompleks, sistem pematuhan diperakui XCMG mengurangkan risiko operasi melalui tadbir urus proaktif sekali gus memperkemas perdagangan rentas sempadan melalui kerangka terpiawai. Sijil-sijil ini akan membina kepercayaan pihak berkepentingan dengan kawalan yang disahkan oleh pihak ketiga. Seperti yang dinyatakan dalam garis panduan ISO 37301, pensijilan sedemikian berfungsi sebagai "bukti kebijaksanaan, pengalaman yang penting dan prinsip-prinsip yang tinggi," seterusnya memudahkan perkongsian yang lebih lancar di seluruh dunia.

Pensijilan ini bukanlah titik akhir tetapi pemecut. Syarikat ini akan memperdalam pematuhan sebagai sistem kejuruteraan jangka panjang, mengintegrasikannya ke dalam setiap pautan perniagaan bagi memperkasakan pembangunan berkualiti tinggi XCMG. Syarikat ini akan terus mengoptimumkan ekosistem pematuhannya bagi mengemudi peraturan global yang kian berkembang dan dalam masa yang sama memajukan amalan terbaik industri.

Latar Belakang XCMG Machinery 
XCMG Machinery (SHE:000425) ialah pengilang jentera berat multinasional yang beribu pejabat di Xuzhou, China. Dengan portfolio produk yang menawarkan perkhidmatan di lebih 190 negara, XCMG berada di kedudukan antara tiga jenama jentera pembinaan teratas di dunia. Syarikat ini memacu inovasi melalui pembuatan pintar dan penyelesaian yang mampan.

Source: XCMG Machinery
Related Stocks:
SHE:000425
Keywords: Mining/Metals Awards General Manufacturing